Khamis, 30 Disember 2010

Nostalgia zaman sekolah part 2

Ok sambung lagi dengan nostalgia zaman sekolah.

Aku ni dulu tadika kt KEMAS. Aku tak berapa igt sgt lah cerita2 masa tu. Yang aku taw aku tak dak pic grad mcm budak-budak tadika yang lain. Aku pun tataw apa pasai. Sebab aku tak pandai kot tyme tu. Alah hang macam lah sekarang pandai. Hekhek.

Pas tadika mcm orang lain gak la. Aku pun masuk darjah 1. Masa ni aku xpakai baju kurung lagi. Aku pakai skirt kale biru gelap tu. Ala..yg pakai ngn kemeja putih kat dalam tu. Tak macam bdk-bdk lain yg menangis nangis di hari pertama persekolahan, siap cabut lari balik umah lagi.aku pulak sgt kental. Haha act la. Mau tak kental mama aku ngajar kt sekolah tu kot.heheeee

Masuk darjah 2 mama aku dah pindah sekolah. Tak pa aku masih selamat dilindungi oleh abg dan kakak aku yang tercinta. Sebelah petang ada mengaji kafa kalau tak silap. Tapi bukan ngaji sangat pn. Main ja lebih. Biasalah bdk-bdk lagi. Permainan yg biasa dimain oleh kanak-kanak perempuan adalah seperti main masak-masak dan main kawen-kawen. Amboih hang kecik-kecik da gatai nk kawen naa..

Berbekalkan keazaman yang kuat dan cita-cita yang tinggi utk menjadi seorang doktor, aku mula menunjukkan belang dan kecemerlangan aku di dalam pelbagai arena. Ahh hang act la plak. Aku tampil segak bergaya dalam pelbagai pertandingan antaranya seperti pertandingan peragaan, bercerita sang kancil dan sang buaya, sketsa, nyanyian twinkle little star dan sebagainya. No wonder lah hang tak dapat jadik doktor!hahah

Hampa igt lagi dak, ada satu masa tu doktor gigi akan mai sekolah nk check gigi bdk2. Pastu nnt ada nurse tu bawak gigi besaq dengan berus gigi sama colgate. Yang kita lak akn dapat berus gigi dan ubat gigi sorang 1. Cawan bwk sendiri dr umah. Pastu bermulalah sesi pembelajaran cara-cara menggosok gigi dengan betul.

“ok murid-murid...mula2 nganga luas-luas. Lepas tu gosok gigi bawah..gosok gosok gosok gosok..smpai bersih ya. Ok sekarang gigi atas pula. Gosok gosok gosok...” .

Ha lebih kurang cmtu la gayanya. Aku pun tak berapa nk igt dah. Nanti nanti plak akan dapat kad kale ijau setiap sorang. Pasal laporan pergigian. Kalau kena yang dapat tanda “X” tu kt mn2 kotak ha pandai pandai la hang pikiaq sendiri. Memang abes la gigi hang kena cabut sat gi.ekeke..apapun memang aku kagum la dengan doktor ni. Cool je cabut gigi orang. Sebab tu la kot ak penah bercita- cita nk jadik doktor.

Dlu umah sukan aku kale biru. Umah merah hijau kuning memang aku anti lah.Tak geng. Hahah. Tapi season tu ja la tak geng. Nnt geng balik. Aku masuk 4x200, 100m pecut dan jugak merentas desa. Aku main rembat ja lari. Part kecut plus berdebar nak mampos masa nk tgu orang tembak tu. Kegarisan...sedia...POMMMM...mak aih..mau tak cukup kaki aku lari. Menang tak? Hampa mai umah aku. Kalau hampa nmpak ada medal johan 4x200, 100m perempuan tu, faham2 sendiri lah. Boleh lagu tu?

Syokk oo cita pasal nostalgia zaman sekolah ni. Tu baru part sek rendah. Nanti-nanti aku cerita lagi.
Mood nk sengih sorang-sorang teringat nostalgia zaman sekolah.hahah =))

pic aku tyme kecik2.kuruih lg. Sekarang hampa tgk la sendiri!hihi

Nostalgia zaman sekolah part 1

31 disember 2010.

Aku celik celik ja mata tiba-tiba aku rasa nk p tulih kat blog. Apa pasai? Mungkin sebab aku nk ucap goodbye kt 2010 kot. Atau dengan erti kata lain aku sedih nk tinggalkan 2010. Tapi yang paling utama aku bangun awal sebab perut aku sakit. Pastu nk tidoq tak leh dah..huhu

Ok. Bila nak masuk tahun baru ni aku taw semua orang jadik excited. Kalau zaman-zaman sekolah dulu, aku cukup excited bila nk p sekolah pada hari pertama. Sebab? Kot-kot la ada boy ensem baru pindah sekolah masuk kelas aku. Amboih gatai na..

Bukan tu ja sebab aku excited bila masuk tahun baru ni. Sebab lainnya adalah aku tak sabar nk p tayang baju baru beg baru kasut baru pensil box baru plus stokin baru kat kengkawan. Padahal kalau aku pikir balik sama je pon gayanya..Tetap kain biru baju putih. Uih tapi feel dia lain. Hang tak caya ka??lantak hang la.

Seingat aku time sekolah dlu, bukak2 ja sekolah semua orang semangat mai awai. Perhimpunan yang pertama tu tak yah nak cakap la. Feel abes. Syok2..tapi bila mai ja dekat ujung-ujung taun, xyah ujung la. Tengah pun jadik. Aku rasa loceng da bunyi aku baru muncul kt depan pintu pagar sekolah kot.heheh

Huh memang rindu abes aku waktu zaman sekolah. Aku ni p sekolah mama aku antaq. Sebab apa? Bukan sebab aku manja tp sebab sekolah mama aku one way je ngn sekolah aku. Part yang aku tak ley lupa before aku turun keta, aku mesti cium tangan mama aku dulu. Pastu mama aku akan cakap “ok cepat2 turun. Loceng da bunyik tu. belajaq rajin-rajin. Jangan dok main- main”. Aku pun apa lagi terus bergegas lari terkedek kedek. Kang tak pasal- pasal aku kena berdiri kat depan perhimpunan. Malu oo..

Tyme rehat plak, disebabkan aku ni pengawas aku pon mintak kat ustaz nak kuaq awai. Kononnya aku nk jaga kantin. Padahal bukan nak jaga sangat pon. Akal nk makan awai ja lebih..Memang ramai la bdk-bdk lain pandang muka tak puas hati ja kan. Ya lah nanti bunyi loceng hang tak caya, kringgggggggg..semua berlari-lari ke kantin. Beratuq punya la panjang. Tyme ni sapa yang baik dengan makcik kantin mmg advantages abes la. Jadi moral of the story, kepada adik- adik yang masih sekolah, silalah berbuat baik dengan makcik kantin ye. =))

Sebenaqnya kalau nk cita part zaman sekolah ni memang xabes hari ni. Nnt la aku sambung lagi. Saja mau mengembalikan nostalgia zaman sekolah.

Owh btw, sebelum aku lupa. Selamat tahun baru buat semua ya! Xyah nk excited sgtlah nk p tgk bunga api. Dari membazir kt bunga api tu, baik kerajaan wak masuk duit JPA kami cepat-cepat lekaih!

Ok aku sedih YES dah nk abes..=((

pic aku ngn kengkawan baik aku

Rabu, 22 Disember 2010

S.E.P.I

Hari ni 23hb Disember 2010. Tak lama lagi nak masuk tahun baru..
Sekarang dah tepat kol 1.24 pagi. Bertempat di kolej pendeta zaba, UKM. Mata masih segar bugar. Kenapa laa susah sangat nk lelapkan mata ni.hmmm

Masuk malam ni dah 3 malam aku tido sorang-sorang. Rumet tak balik2 lagi. Rasa sunyi sangat. Rindu sgt2 kt umah. Abah mama kakak abg men, adik rindu..!huhu.

Bila dok sorang-sorang, rasa sepi sangat..kalau dilayan terus perasaan ni, bole nanges taw. Anda pasti pernah alaminya kan? Jadi mesti taw mcm mn rasanya. Ehem ehem pun dah tak de. Dia dah lari tinggalkn daku keseorangan. Waaaaaaaaa..
Banyak kali aku tanya pada diri aku, apa sebenarnya yang aku nak dalam hidup ni? Tapi kadang- kadang diri ni ego sangat. Tak nak mengaku masih sayang..tak nak ngaku yang sebenarnya rindu..Ah. Bukan aku tak nak ngaku, tapi aku takut kalau diberi peluang lagi, diri sendiri yang akan merana. Tak faham ke yang aku takut semua tu jadik.

Melangkah terus ke hadapan. Misi 2011 harus aku gapai. Biarlah sehebat mn sekalipun cobaan dan dugaan, harus aku tempuh dengan tabah. Ya. Percayalah..sampai ke saat ini, aku masih mencuba untuk menjadi lebih baik. Setiap saat, setiap minit,setiap jam, setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun yang berlalu, aku hanya mahukan perubahan yang lebih gembira dan bahagia. Demi insan-insan yang aku sayang, selagi hidup, aku janji aku akan sentiasa buat kalian tersenyum dan bangga.

Saat Berpisah

Ketika hatimu jemu dengan ketaatan, mula tergiur dengan kemaksiatan… kenang-kenangkanlah SAAT BERPISAH

Saat perpisahan itu pasti tiba. Dan tidak ada masa yang sesuai untuk saat itu. Kita datang tidak diminta, kita pulang tidak diduga. Bila sanggup hidup, mesti sanggup mati. Bila sanggup datang, mesti sanggup pulang. Kita hanya menghabisi bilah-bilah hari yang telah ditentukan. Tujuan ke sini untuk diuji… tiba masanya pasti kembali!Mengapa terlalu enggan untuk berpisah? Nikmat sangatkah dunia ini? Padahal senang dan susah bertukar ganti, suka dan duka datang dan pergi. Tidak ada yang kekal lama, semuanya bersifat sementara. Jika mati tidak memisahkan, kesenangan ini pun akan pergi jua.

Kata mereka yang arif tentang kehidupan:“Manusia lahir bersama tangisan, dicelahi kehidupannya oleh tangisan dan akan dihantar ke pusara oleh tangisan.”Pernahkah ada kesenangan yang abadi dan hakiki? Tidak ada. Justeru, hiduplah berpada-pada. Hiduplah bagai musafir lalu yang singgah bagaikan dagang di rantau orang. Hatinya tetap merindui kampung halaman. Hiduplah bagai orang yang sedang menyeberangi satu jambatan. Tidak sudi berlama-lama kerana di situ hanya sementara. Kakinya melangkah kencang justeru jiwanya sudah di seberang.

Hidup mesti sederhana kerana dunia ini sementara. Sederhana itu bukan pada ringgit dan harta tetapi pada jiwa dan rasa. Jangan terlalu gembira, jangan terlalu berdukacita.Tidak ada kesenangan yang tidak diiringi kesukaran dan tidak ada kesukaran yang tidak diiringi kesenangan. Selepas ketawa, pasti menyusul air mata. Selepas nestapa pasti kegembiraan menjelma. Allah memberikan kita terang… untuk bersyukur. Allah berikan kita gelap… untuk bersabar.Jadilah insan lara yang temannya mujahadah dan taubat. Sentiasalah berusaha menjadi insan yang baik walaupun masih digamit oleh ghairah kejahatan dan dosa. Jatuh, bangun kembali. Jatuh, bangun lagi.Ukirlah seribu taubat walaupun telah berkali-kali ia dimungkiri. Allah tidak akan jemu dengan taubat hamba-Nya selagi kita tidak putus asa kepada-Nya. Tempuhi jalan mujahadah sekalipun langkahmu pernah goyah. Jangan mengalah. Kau tidak akan kalah selagi tidak mengalah.Luruskan jalan menuju Tuhan dengan tulusnya hati sesama insan. Elakkan hasad, jauhi mengumpat. Jika tidak mampu menambah, jangan mengurang. Jika tidak mampu menjulang, jangan menghalang. Ingat selalu kata hukama:“Jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan jadi lalat yang membusukkannya.”Jika tidak dapat mengucapkan perkataan yang baik, banyakkan diam. Jika memberi nasihat dirasakan terlalu berat, cukuplah dengan menghulurkan doa dan munajat.

Setiap kita mempunyai kelebihan. Kata orang, Tuhan tidak mencipta manusia bodoh… Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza.Justeru, carilah apakah “kebijaksanaan” itu kerana itulah saluran kita untuk berbakti. Ketika rasa takut singgah oleh kebimbangan dijemput maut… katalah pada diri, bila berdepan dengannya kita akan lupa segala-galanya. Kesayangan yang kita takutkan kehilangannya, kecintaan yang kita bimbangkan perpisahan dengannya, akan menjadi sedebu bila berdepan dengan detik itu.Kita akan terlupa akan jalan yang telah jauh kita tinggalkan di belakang kerana memandangkan jalan yang lebih jauh merentang di hadapan. Nikmat dunia akan kita lupakan sebaik sahaja melihat azab di akhirat. Dan azab di dunia akan kita lupakan setelah melihat nikmat di akhirat.

Sesungguhnya mati itu bukan satu pengakhiran tetapi ia satu permulaan kepada satu kehidupan yang lebih sejati dan hakiki. Mati itu hanya proses perpindahan – dari alam dunia ke alam barzakh. Sama seperti kelahiran – proses berpindah dari alam rahim ke alam dunia.

Ya, kalau sanggup datang. Mesti sanggup pulang. Hati sewajarnya sentiasa merasa bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah. Bukankah kita bertemu untuk berpisah? Dan berpisah untuk bertemu? Semoga kembara kita di dunia akan tiba bersama di hujung destinasinya… syurga!

Pada kita, cuma pasrah…

Selasa, 14 Disember 2010

Kepada dia yang akan jadi suamiku kelak

Kepada dia yg akan menjadi suamiku kelak,
Saya tak tahu bila kita akan ditakdirkan berjumpa. Mungkin besok mungkin lusa. Mungkin tahun depan.Yang penting jgn buat saya tunggu lama sgt..nanti tak pasal-pasal saya dapat gelaran andartu. Anak dara tua.

Kepada dia yg akan menjadi suamiku kelak,
Saya harap time kita jumpa nnt, awak dapat terima saya seadanya. Saya ni tak la cantik macam Lisa Surihani tapi boleh lah.Manis-manis buah.heee.. gaya pn biasa2 je.mungkin masa jmp nnt awak tak kenal saya sgt, tp sy harap awak ada feelin nk kenal sy dengan lebih dekat.

Kepada dia yang akan menjadi suamiku kelak,
Bila kt dah start kenal nnt, mesti awak nk tya sy mcm2 kn? Awak boleh tanya apa saja kat saya. Tapi boleh tak sy nak mintak 1 perkara kat awak. Awak jangan tya soal sp bf lama sy..sy penah wat apa dengan dia. Tu semua kisam silam sy. Saya nk awk kenal sp saya yang sekarang bukan yg dlu. Dan sy pun tak nak tya pasal kisah lama awak dgn gf awak. Yang penting sy terima siapa awak sekarang.

Kepada dia yang akan menjadi suamiku kelak,
Sepanjang kita kenal, awak akan dpt tengok macam-macam ragam,peragai buruk saya dan kekurangan pada diri saya. Kadang-kadang sy ok.kadang-kadang sy mcm orang gila. Saya harap awak dapat sabar dan bertahan dengan semua tu. Sbnrnya saya just nak test awak je. Tgk awak ni mcm mn orangnya. Penyabar ke tak.

Kepada dia yang akan menjadi suamiku kelak,
Awak jangan ajak dan ajar saya wat benda bukan-bukan taw. Jangan ajak sy pergi tempat-tempat gelap.Kalau awak sayang sy, awak mesti bimbing saya elok-elok. Awak mesti tunjuk contoh yg baik kat saya. Awak kn imam..dan sy makmumnya.

Kepada dia yang akan menjadi suamiku kelak,
Saya taw awak punya nafsu. Kalau nafsu awak membuak-buak, dah tak tahan sangat, kita buat cara halal.Awak pergi jumpa mama abah saya minta izin, pastu hantar rombongan meminang. Jangan risau. Saya tak minta mahar yang tinggi. Sekadar cukup dengan kemampuan awak. Yang penting sah!

Kepada dia yang akan menjadi suamiku kelak,
Bila saya dah jadi isteri awak, mesti rasa sunyi bila duduk berdua je kan. Pastu mesti awak nak anak. Boleh saya tak kisah awak nak anak berapa ramai pun. Tapi jangan la ramai sangat sampai tiap2 tahun saya pregnant. Awak tak kesian ke kt saya..Pastu bila saya masak, awak mesti makan dengan penuh berselera taw. Bila sy tanya sedap ke tak? Awak mesti cakap sedap walaupun tak sedap. Susah payah sy masak untuk awak taw. Dengan penuh kasih sayang.

Kepada dia yang akan menjadi suamiku kelak,
Saya tahu awak ni kacak orangnya. Tapi jangan sesekali awak ada niat nk madukan saya. Saya ni dah cukup manis utk awak. Jadi tak perlu nk tambah- tambah madu lagi.

Kepada dia yang akan menjadi suamiku kelak,
Awak taw kan selama ni saya berhempas pulas belajar sebab nk capai apa yang saya cita-citakan. Jadi saya harap sangat awak faham kerjaya saya. Kalau kadang-kadang saya sibuk dan tak sempat nak uruskan anak-anak dan rumah kita, tak salah awak jdk mr mama kejap kan? Awak jangan suruh saya berhenti kerja taw. Saya janji akan menjadi wanita berkerjaya, isteri dan ibu yang baik untuk anak- anak kita.
Janji pada saya yang kita akan didik anak-anak kita elok-elok. Dengan penuh kasih sayang.Kalau boleh saya nak anak saya semua dapat straight A’s. Kita akan bekalkan mereka dengan ilmu agama yang cukup. Supaya mereka tak sesat. Saya risau tengok anak-anak remaja sekarang..saya tak nak anak kita nanti buat peragai tak elok.

Kepada dia yang akan menjadi suamiku kelak,
Awak kt mana?cepat-cepatlah cari saya. Awak mesti tak nak saya jadik anak dara tua kn?hahaha

Jumaat, 3 Disember 2010

little king of my heart

tak ada apa- apa sgt nk ckp. just nk ckp rindu sgt kt bdk kecik ni..


waaa..acu miss u so much dear..

sekarang ayen dh 2 tahun lebih. dlu kecik je kan?skrg dh besar.dh pandai membebel
syg kamu sgt2!!
mmuahh



Khamis, 2 Disember 2010

CERPEN: HATIKU MAINANMU

Baitil memandang cermin.hah.Bulu mata itu jatuh lagi. Dia tersenyum sendirian. Kata orang tua, kalau bulu mata jatuh di sebelah mata kanan, ada orang rindukan kita. Kalau di sebelah mata kiri pula, maknanya ada orang mengumpat. Hah. Siapa pula yang rindukan aku kali ini? Dia mengomel dalam hati. Mungkinkah dia yang aku kenal 6 bulan yang lalu? Mustahillah.
Kenangan itu datang lagi mengusik di kalbu. Setiap kali dia teringatkan kenangan itu, dia pasti tersenyum sendirian. Lagaknya seperti orang tak keruan. Kalau ada orang yang lalu dan terpandang dia waktu ini, pasti dikatanya dia ini gila.
__________________________________________________________________

Baitil menangis tak berlagu. Kalau diikutkan dia memang sudah tidak mampu lagi untuk menangis. Kenapa Sham sanggup memperlakukan dia sebegini? Setelah lebih 4 tahun bercinta, akhirnya Sham berpaling kepada perempuan lain dan tinggalkan dia sendirian. Apa salah aku padanya? Apa yang kurang pada dirinya berbanding perempuan itu? Hatinya benar-benar terguris kali ini. Bukan tak pernah diajak berbincang tetapi hasilnya tetap sama. Sham pasti melebih-lebihkan teman rapatnya itu. Hati perempuan mana yang tidak akan terluka. Dia sudah penat menangis. Kali ini dia tekad. Biar sesayang dan secinta mana dia pada lelaki itu, lelaki itu harus dibiarkan pergi. Bebas dengan hidupnya sendiri. Lagipun lelaki itu akan terbang ke UK untuk menyambung pengajiannya. Dan yang pasti perempuan itu juga turut serta. Dia yakin sekiranya jodoh itu ada, mereka pasti akan bersama kembali.

Benar kata orang. Bukan mudah untuk melepaskan seseorang pergi. Apatah lagi seseorang yang telah benar-benar sebati dengan jiwa. Baitil tahu dia harus kuat dan perlu menampakkan dirinya seorang perempuan yang tabah. Walaupun dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa peritnya rasa di hati. Setiap kali terpandangkan gambar mesra Sham bersama perempuan itu, hatinya seperti di siat-siat. Pedihnya terasa. Dia tidak mahu menangis lagi. Tetapi tanpa sedar, air mata itu mengalir lagi. Ya Tuhan..kuatkan hatiku..doanya di dalam hati.

Tiba- tiba, buzz!! YM nya dibuzz. Disaat hati dirundum kesedihan, seorang teman datang mengukir senyuman. Menghiburkan hati dan menumbuhkan semangat dalam diri.
Aiman: Buzz!
Baitil : Buzz!
Aiman: Camne ko ngn Sham sekarang? Dah baik?
Baitil : Hmm tak. Aku dah buat keputusan untuk break. Lagipun perempuan tu sangat bermakna dalam hidup dia.
Aiman: Haishh jangan buat keputusan terburu- buru. Aku yakin Sham ngn perempuan tu xde apa2. Dia still sayang ko.
Baitil : Cukuplah. Aku dah penat. Malas nak fikir apa2 lagi. Lagipun Sham akan ke UK dengan pmpn tu jgk kan. Jadik the best way is, let him go. Aku rasa dah penat. Better aku single.
Aiman: hmmm ape2 pn, jgn wat keputusan ikut perasaan k. Dah2 jgn nges. Cuba ko msk blog ni. (URL). Maybe u ll gain sumthin.
Baitil : Thanks..=)

Bermula dari saat itu, Aiman sentiasa hadir menemani dirinya. Banyak perkara yang Baitil kongsi bersama Aiman. Aiman seperti biasa pasti cuba untuk memperbaiki kembali hubungan dia dengan Sham. Maklumlah Aiman juga kawan Sham. Pasti dia memenangkan kawannya sendiri. Tetapi hati Baitil sudah benar- benar tawar dan tertutup untuk menerima cinta Sham buat kali kedua. Dia lebih suka hidup sendirian. Lagipun hubungan Sham dengan perempuan itu semakin akrab. Biarlah dia berbahagia dengan perempuan itu.

Setiap kali hujung minggu datang, untuk tidak membiarkan dirinya sendirian di dalam bilik, menangisi nasib diri, Baitil lebih suka balik ke rumah abangnya di Setapak. Lagipun keletah si Raiyan, anak buahnya yang baru berusia 1 tahun itu selalu membuatkan dia rindu lalu menggamit dirinya pulang. Seperti biasa dia lebih suka menggunakan komuter untuk pulang. Walaupun terpaksa bersesak-sesak dengan orang yang ramai, dia lebih suka begitu dari menyusahkan abangnya. Dalam kesesakan dan kebingitan suara yang ramai, tut tut..handphonenya berbunyi menandakan 1 sms received.

Kat mana dah awak?
Ermm baru dekat Salak Selatan. Sori tren ramai orang..aku mungkin sampai lambat cket.
Ok. Nanti dah sampai kl sentral gtaw.
Ok.
Sejurus kemudian, telefonnya berbunyi lagi.
Hello.erm.
Adek kt mn? Nnt mai umah sape anta?
Owh tak pa. Tak yah amik adek. Nnt kwn adek anta.
Erm ok. Take care.
Ok.

Huh. Baitil menarik nafas lega apabila sampai di KL Sentral. Orang yang bersesak- sesak di dalam tren memang benar-benar menguji kesabaran. Dia terus menghayunkan langkahnya menaiki eskalator, dan destinasi seterusnya Terminal Putra. Ini kali pertama dia turun di Terminal Putra. Selalunya di Terminal Wangsa Maju. Dia terasa blur seketika. Lalu untuk memastikan dia benar-benar di jalan yang benar, dia terus menelefon Aiman.

Weh. Aku sekarang dah kt KL Sentral. Terminal Putra tu Gombak eh?
Yerp2. Satu hala ke Wangsa Maju juga.
Owh ok2. Get ready. Jap g aku sampai. Ko kt ne neh?
Dah kuar keje neh. On da way.
Erm ok c u then.Bye.

Baitil mempercepatkan langkahnya. Kesian pula kalau Aiman terpaksa tunggu lama-lama. Ini pertemuan keduanya dengan Aiman. Pertemuan pertama dulu adalah ketika reunion sekolah 5 bulan yang lalu. Harap- harap aku masih mengingati wajahnya.
Akhirnya sampai juga dia di Terminal Putra. Nasib baik kali ini orang tak berapa ramai. Lantas dia mengambil handphonenya itu memaklumkan kepada Aiman dia telah tiba.

Aku dah sampai ni. Mane ko?
Tunggu jap. Odw. Tadi ade hal cket. Sori2..
Erm xpe. Untuk ko seribu tahun pun aku sanggup tgu. Haha..sempat lagi dia berseloroh
Hahaa.. tgu jap ye..

Setelah lebih 15 minit termanggu di situ, akhirnya sampai jua mamat seorang neh. Baitil terus bangun dan menuju ke kereta.

“Hai!”

“Hai! Hmm nampaknya ade yang nak kena belanja neh..”Baitil memandang Aiman.

“Hahaa..sori2. Ade hal tadi. Dah makan blum?”

“Blum. Mmg tengah lapar neh”. Baitil tersenyum.

“Ok2. Kita g makan. Tapi before tu kena balik umah aku jap. Amek kakak aku. Hahaa..habesla ko..”

“Erm?ha? Biar betul. Ko gurau je kan..jangan la. Aku segan. Aku ni pemalu orangnya.”

“Tak de tak de. Kena juga. Kak aku suh amik dia jap. Ada hal cket. Haa tak taw lah..pandai-pandai la bawak diri ye. Hahahaa..”

Ciss..hmm Baitil mengomel dalam hati. Memang dia terasa benar-benar segan. Dia hanya tersenyum. Senyum yang benar-benar tak ikhlas. Dia hanya mengerut dahi. Adush..huh. Terdengar lagi keluhan.

Aiman di sebelah hanya tersenyum dan ketawa. Sengaja mahu mengenakan dirinya. Atau sememangnya dia memang suka melihat Baitil dalam keadaan resah sebegitu. Walaupun baru pertemuan yang kedua, mereka sudah kelihatan mesra. Ada keserasian di antara mereka.

“Sham tahu tak ni aku amik ko?”

“Erm? Hahaa..ade bgtaw dia td.”

“Ecece..kate dh tak nak tapi bagitaw jugak. Ape la korang ni.hmm..”

“Dah dia tya, aku cakap je lah. Lagipun buat apa nk gado2 kan.. walaupun kitaorg dah xkapel, kitaorg masih baik.”

“Betul ke ni nk break? Cuba fikir secara waras cket. Jangan wat keptusan terburu-buru. Lagipn Sham sendiri cakap kat aku dia ngn perempuan tu kawan je.”

“Haha kawan la sangat. Mulut cakap kawan tapi lagaknya tak macam kawan. Hmm aku dah penat lah. Kali ini aku benar-benar tekad. Better we break. Huhu”

“Ker ko yang ade orang lain?” Aiman sengaja menduga.

“Hahahaa tak mungkinlah. Aku tak de sape2 pun ok. Aku Cuma ade ko je. Ehehe..”

“Eleh..ya lah hatiku mainanmu.”

“Aah hatiku mainanmu jua kn?ahaha dah2 mengarut je.”

Aiman hanya ketawa. Baitil juga begitu. Ternyata dia selesa bersama Aiman. Dia benar- benar menjadi dirinya yang sebenar. Tidak henti- henti berceloteh menceritakan itu dan ini. Sehingga akhirnya dia terdiam seribu kata apabila tiba di hadapan rumah Aiman. Dan muncul pula kakaknya yang terus masuk ke dalam kereta.

Baitil hanya mampu tersenyum dan menyebut hai lantas menyalam kakak Aiman. Dia terasa malu. Yerp benar-benar malu. Aiman di sebelahnya hanya tersenyum kepadanya.

“Cis, mesti dia ketawakan aku dalam hati nih.hmmm”, Baitil mengomel lagi dalam hati.

Sepanjang perjalanan dia hanya mendiamkan diri. Malu untuk berkata apa-apa. Yang kedengaran hanyalah nyanyian lagu di radio dan perbualan Aiman dengan kakaknya. Perjalanannya terasa lama. Dalam hati dia hanya mampu berkata, tolonglah cepat-cepatlah sampai.huh.

Akhirnya sampai juga mereka di tempat yang dituju. Aiman menurunkan kakaknya dan dia memakirkan kereta sementara menunggu kakaknya kembali. Dan mereka berdua hanya menunggu di dalam kereta.

Setelah kakaknya pergi, Aiman memandang Baitil dan ketawa. “Haha..kakak aku masuk terus diam”.Lelaki itu ketawa lagi. Hmm..dan Baitil terasa mahu saja dicubitnya lelaki itu. Baru padan!

“Kakak ko pergi mane?”

“Dia g jumpa orang. Pasal kete ni..ni kete dia. Ade nk pasang ape tah.”

“Oo..baru lagi kn kete ni? Masih bau baru lagi.”

“Aah. Dan ko adalah orang asing pertama yang naik kete ni.”

“Wah, hahaa..very terharu!” Sahut Baitil dengan nada sinis.

Aiman tersenyum dan ketawa lagi kepadanya. Lelaki ini tak henti- henti ketawa. Aiman menghulurkan kepadanya roti.

“Nak? Cuba try”. Sedap.

“Iya? “Baitil tersenyum lantas mengambil roti tersebut.

“Sedap kan?”

“Erm sedap!”

Setelah lebih kurang 15 minit menunggu, kakaknya muncul kembali. Seperti biasa Baitil yang tadinya tak henti-henti berceloteh terus mendiamkan diri. Dia memang begitu. Dengan orang yang tak kenal, dia lebih suka mendiamkan diri. Tetapi kalau orang yang rapat dengannya memang tahu dia banyak bercakap. Tak henti- henti.Telefonnya berdering lagi. Tertera nama abangnya.

Adek kt mn dah?
Adek nak sampai dh ni. Tapi nk singgah makan jap.
Erm ok. Tolong belikan raiyan cheese.
Erm cheese? Ok2. Nanti adek beli.
Ok jangan balik lambat.
Baik.

Baitil tersenyum sendiri. Si kecil Raiyan itu suka benar makan cheese. Tak habis- habis dengan cheese. Hmm. Dan abangnya pula telah mula menunjukkan sifat kebapaannya. Risau apabila dia pulang lewat.

“Sape kol?” Tya Aiman.

“Abang aku. Mintak belikan cheese untuk Raiyan. Belagak betul budak kecik tu, nak makan cheese. Hmm”

“Iya? Hahaa..nk beli cheese kt mn?”

“Ermm t tolong singgah 7e boleh?”

“Boleh..untuk ko apa saja.”

“Hahaa ok thanks.”

Setelah menghantar kakak Aiman di rumah, mereka terus bergerak ke kedai makan. Banyak perkara yang mereka bualkan bersama. Setelah itu, mereka singgah sebentar di 7e dan seterusnya Aiman menghantar Baitil pulang. Dengan selamatnya.

“Thanks 4 d ride..”ucap Baitil seraya tersenyum.

“U r welcome.” Aiman tersenyum

“Ok. C u again next time”. Bye. Baitil melambaikan tangannya.

“Bye”.
__________________________________________________________________

Pertemuan kedua itu akhirnya membawa kepada pertemuan ketiga, keempat dan seterusnya. Boleh dikatakan setiap hujung minggu mereka pasti keluar bersama. Baitil terasa hidupnya kembali ceria. Pertemuannya dengan Aiman banyak menggembirakan dirinya. Tengok wayang, makan dan shopping menjadi rutin setiap hujung minggu. Memang sekali tengok, mereka tidak ubah seperti pasangan bercinta. Sangat mesra dan akrab. Tetapi bagi Baitil, dia menganggap Aiman tidak lebih dari teman rapatnya. Tidak mungkin dia bercinta dengan kawan kepada ex boyfriendnya sendiri. Itu mustahil. Meskipun ada yang mengatakan ada kemungkinan untuk Aiman menyukainya lebih dari seorang kawan, dia hanya ketawa terbahak-bahak dan mengatakan itu mustahil. Dia bukan taste Aiman. Aiman cuma mahu yang vouge2 dan hot saja. Sedangkan dia hanya gadis biasa. Terlalu biasa. Tiada yang istimewa.

Hujung minggu itu, mereka keluar lagi bersama. Seperti biasa mereka sepakat untuk berjumpa di Mid Valley. Tempat paling mudah untuk dituju memandangkan Baitil boleh saja terus mengambil komuter untuk sampai di sana. Sesampai sahaja dia di Mid Valley, dia terus melangkah naik ke tempat wayang. GSC. Dia yakin benar Aiman pasti belum sampai memandangkan dia baru keluar dari tempat kerja dan jalan pula dikatanya sesak. Jadi adalah lebih baik dia saja beratur dan membeli tiket wayang terlebih dahulu. Sedang dia beratur, tiba-tiba..

‘Hmm jammed teruk ye kt sini’, Baitil seraya menoleh ke belakang. Dilihatnya lelaki yang berdiri di hadapannya itu. Dengan hanya berseluar 3 quater dan berbaju lengan panjang warna coklat gelap, lelaki itu nampak bersahaja dan santai. Tak de langsung gaya orang baru balik keja.huh. Lelaki ini memang suka buat kejutan. Katanya jammed tadi. Rupa-rupanya, wa kena beb!huhu..

‘Hahaa..hmm kate jammed tadi.i mati2 ingat betul tadi taw. Baru plan pasni nak g solat dulu sementara tgu u sampai. Rupa-rupanya..hmm xpe2. Glad to see u r here’, Baitil tersenyum.

‘Hahaa..betullah i kate jammed. Tgk nih. Jammed kan. Beratur je dah panjang. Erm nak tengok cite ape neh?

‘iya lah awak..mmg jammed.ahaha.ermm..tengok..u kate nk tgk mualaf kn?tengok mualaf lah.ok?

‘ok deal’, Aiman mengangguk.

‘ Ok set. Yang awak kenapa berdiri kt situ lagi. Sinilah.u, nnt turun bawah jap eh. G surau. I nk solat kejap’.

‘Ok awak’.

Begitulah selalu. Aiman suka benar mengusik Baitil. Ada saja yang mahu diusik. Kadang- kadang terkedu Baitil dibuatnya. Dia hanya mampu tersenyum dan akhirnya satu cubitan hinggap di lengan Aiman. Nah rasakan! Baitil pula apa kurangnya. Ada saja akalnya untuk membalas. Senyum dan ketawa sentiasa menghiasi hari- hari mereka. Ada sekali itu, Aiman sengaja buat-buat tidak larat mahu menghantarnya pulang dan menyuruhnya pulang dengan tren saja. Lalu diberinya pelbagai helah kepada Aiman.

‘u balik ngn tren je lah eh? Jauhlah Bangi..’,usik Aiman

‘Adush tiba2 pinggang i sakit lah. Serius sakit. Kaki i aduh lenguh2..huhh. Camne nak naik tren nih..’, Baitil pura-pura mengadu kesakitan sambil memegang megang pinggangnya.

‘hahaa..pandai eh u..mcm2 eh helah dia’, Aiman ketawa. Mana mungkin dia biarkan gadis itu pulang seorang diri malam-malam begini.
__________________________________________________________________

Baitil tersengih- tersengih macam kerang busuk. Kerang busuk tersengih kah? Dia pun tidak faham kenapa orang suka benar guna istilah tersengih macam kerang busuk. Cuba bayangkan kerang tersengih. Busuk plak tuh! Hah kan buruk rupanya. Kawan- kawannya tidak abis- abis mengusiknya. Kata mereka dia tengah angau. Asyik tersenyum sendirian. Aneh sejak akhir- akhirnya hatinya terasa sangat senang dan bahagia. Dan tidurnya sentiasa dibuai mimpi indah. Jatuh cintakah dia? Ahaha no no no..mustahil! Tak mungkinlah dia jatuh cinta dengan teman baiknya sendiri. Dia dan Aiman hanya kawan baik. Tak mungkin dan tak akan lebih. Yahh..mungkin hatinya senang memiliki teman seperti Aiman. Sangat mengambil berat tentang dirinya. Lelaki itu tidaklah sekacak mana. Sekali pandang, dia biasa saja. Tetapi ada sesuatu yang istimewa pada lelaki itu. Yang selalu buat Baitil senang berdamping dengannya.

‘sayang, i mish u so much!’ Baitil tersenyum membaca sms yang diterimanya. Lelaki itu suka benar memanggilnya ‘sayang’. Dia tahu lelaki itu hanya bergurau.

‘i miss u even more syg..’, Baitil membalas kembali sms Aiman. ‘ sayang’ itu juga sekadar gurauan.

‘ u tahu tak, macam rintik-rintik hujan di luar tu, banyak mana yang u tak dapat tangkap tu, banyak itulah i rindu u’, Baitil terbahak- bahak ketawa membaca balasan sms dari Aiman. Lelaki itu memang suka benar bergurau. Layan je lahhh..

‘Wahh..hebatnya kata-kata u! Yerp hatiku mainanmu..’, Baitil membalas.

‘ Eleh tiru ayat i..ni tengah buat ape syg? Kelas abis kol brp? Sms Aiman masuk lagi.

‘ I kat dalam library nih. Hari ni klas pack.kol 4 baru abes. Huh letih’, Balas Baitil

‘ Ok. I abes keje kol 5. Take care syg.mish u’.

Baitil tersenyum lagi membaca kiriman sms dari Aiman. Jangan benar- benar sayang sudahh..bisiknya di dalam hati. Hari ini jadual kuliahnya benar- benar padat. Ditambah dengan tutorial lagi. Huh benar- benar penat. Apapun ini adalah jalan yang dia pilih. Dia mahu berjaya mencapai impiannya menjadi seorang lawyer. Walaupun terpaksa berhempas pulas dengan bermacam- macam kes dan assignment, dia puas dan bangga dapat menjadi seorang pelajar undang- undang. Ini adalah cita- citanya sejak di bangku sekolah. Kata abah dan mama, u are born to be a lawyer! Sebab dia cakap banyak dan suka kepada perkara yang bersifat argumentation. Dulu pernah juga dia bercita- cita mahu menjadi doktor tetapi dia tahu menjadi seorang peguam adalah yang terbaik bersesuaian dengan minat dan keupayaannya yang lebih menjurus kepada sastera. Baitil tahu harapan besar keluarga terletak di bahunya. Dia tidak mahu mempersia-siakan peluang yang ada. Walaupun dia bukanlah pelajar yang skema atau ulat buku, tetapi dia juga bukanlah pelajar yang hanya tahu main- main. Prinsipnya, work smart not hard. Dia lebih suka suasana pembelajaran yang tidak keterlaluan. Apabila tiba masa belajar, dia benar- benar fokus. When it’s come to playful time, she’s d one who enjoyed it the most! Dia paling tidak suka dipaksa. Atau disuruhnya menyiapkan tugasan secara tergesa-gesa. Dia tidak suka bekerja di bawah tekanan yang keterlaluan. Boleh jadi gila! Dia percaya setiap orang ada cara belajar yang tersendiri. Dan dia selesa dengan cara belajarnya. Apa yang penting, matlamat setiap orang adalah sama. Mahu berjaya.
___________________________________________________________________

Entah di mana silapnya. Aiman tiba- tiba sedikit berubah. Kelakuan ganjilnya benar- benar menimbulkan tanda tanya dalam diri Baitil. Aiman tidak lagi banyak bercakap. Kurang menghubunginya dan seakan cuba menjauhkan diri. Baitil benar- benar tidak faham. Apabila bercakap di talian juga, Aiman lebih banyak mendiamkan diri. Kata Aiman, dia ada masalah. Yah. Mungkin masalah kereta kesayangannya yang masih di bengkel kerana rosak tempoh hari. Baitil cuba menduga. Dia benar- benar buntu. Bukan dia berniat untuk membuat lelaki itu berasa rimas kerana sering dihubunginya. Sebagai seorang kawan, teman rapat, Baitil mahu Aiman tahu dia sentiasa bersamanya di saat susah mahupun senang. Tapi respon Aiman dari hari ke hari benar- benar menguji kesabaran hatinya. Apatah lagi ditambah dengan keberangkatan Sham ke UK seminggu yang lepas. Hidupnya benar-benar terasa diuji. Ya Allah..kuatkan semangat hambaMu ini. Baitil tidak henti-henti berdoa mohon diberikan kekuatan untuk menghadapi semua ini. Sudahlah kehilangan orang tersayang, teman baik pula mula menyisihkan diri. Hub nasib nasib..

Baitil masih teringat akan perbualannya bersama Aiman tempoh hari. Selepas dia pulang dari gym, dia cuba menghubungi Aiman. Mujur lelaki itu menjawab panggilannya. Seperti biasa, Aiman hanya diam seribu kata. Keadaan sebegitu benar-benar buat Baitil rasa sedih dan seperti mahu marah. Tetapi dia tahu dia harus sabar dan banyak bersabar.

Baitil : u, may i asked u something?

Aiman: erm.

Baitil: u realise x, wat happen now is not same as before. Dlu, we talked much, we care about each other better. But now, things gonna be very different. I believe everything happen for a reason. Tak akan tiba- tiba u berubah jadi macam ni kan? I ade buat salah dengan u ker...

Aiman: Betul u nak tahu sangat?

Baitil: Yup

Aiman: I rasa i belum puas lagi jadi single. Dan i belum ready lagi nak ada komitmen dengan sape2.

Baitil: Lah, so ape kena mengena dengan i? U nk single single lah. I tak de paksa u kapel ngn sapa2 pun. I pn sama. Single is the best way for me now.

Aiman: U taw x, i baru je clash 6 bulan lepas. And then i rapat dengan u. Selalu call, selalu message, nak g mn semua i bagitaw u. U rasa i single ker dalam keadaan macam tu? I need some space. Untuk i buat apa saja yang i suka. Tak perlu nak jaga hati sape- sape.

Baitil: Aiman, listen here. Sejak i rapat dengan u, i tak pernah minta u treat i macam tu. U yang start macam tu. So i terima jer. And yerp. Sorry mmg kadang- kadang i asked u too many question. Kenapa u dah tak macam dlu..bla2..suma tu sebab i do care about u. U noe, when we get less than wat we got before, the curiousity was there. I jadik pelik. Sorry, i tak maksud nak buat u rimas or rasa diri u terikat dengan i. No need for u to do that. Nak terlalu menjaga hati i ker apa..I nk tanya, memang u layan ur frens macam ni ker? I means macam mn u layan i?

Aiman: Yerp i admit. I memang treat u more than friend and i mmg consider u lebih dari seorang kawan. That’s why i think u should stop this. Lagipun, Sham deserve u better than me. Maybe u tak faham. Sham tu kawan i..n i tak boleh lah..u ni terlalu baik untuk i.

Baitil: What the nonsense are u talking about. Hey come on la..Plez..dun be like dis. Sham tu pun memang dah tak nak kat i la..i akui i memang baik dengan dia. Itu semua sebab kitorang tu dah kenal lama..since sekolah. So memang dia dah menjadi sebahagian dari hidup aku. Tapi untuk terima dia lebih dari seorang kawan tu tak mungkinlah..

Aiman: U taw tak, kalau laki tu dah clash dengan u, but still carik u, contact u, tu maknanya dia still nk la. I pun laki jugak. So i tahu Sham tu still nk kat u. I dlu dengan my ex mana ade contact2 lagi..sebab i memang dah tak nak.

Baitil : Huh i really2 dont understand. And now what’s ur problem? Kenapa tak kita continue jer our friendship, rapat macam biasa. Why do we have to stop?

Aiman: If i get to know you better, susah jadiknya nanti.

Baitil: Apa yang susah? U takut u jatuh hati kat i?

Aiman: Faham pun u.

Baitil: Haishh ape kena dengan u nih..u taw tak, Sham tu baru je fly ke UK. And now u plak macam ni. Dugaan apa ni..as a fren, i hope u are there. Dengan i. Support me. Give me courage when life seems like very unfair. I hope u always with me in any situation. I tu memang sayang sangat dengan our friendship nih. U adalah salah seorang kawan lelaki yang i betul- betul rapat and i hope u will remain as my good friend. Then, what will happen next? Erm?

Aiman: I rasa better kita buat hal masing- masing. U do ur part. I do my part. I tahu i kejam. Sorry. I memang teruk. I mainkan u. U deserve someone better k.

Baitil: U know, in friendship, there’s no need for u to say who deserve me better. We can make friends with anybody. No matter how does friends look, whether good or bad, slim or fat, stupid or wise, they are my friend. Till the end. Even u, always remain as my friend. Sampai bila- bila pun. Yerp. I tak leh nak paksa u. Kalau dah itu keputusan u. I terpaksa terima. Walaupun i terasa betul- betul sedih u buat i macam nih.
___________________________________________________________________

Baitil menangis tersedu- sedan. Semalaman dia tidak boleh tidur. Matanya bengkak- bengkak. Dia tidak faham keadaan yang melanda dirinya sekarang. Kenapa perlu Aiman membuat keputusan begitu? Tidak sayangkah dia kepada persahabatan yang dibina ini? Ah, mungkin Aiman telah biasa mempermainkan perempuan macam tu. Tapi Baitil bukan bahan mainannya. Dia seorang kawan yang tulus mengangap Aiman sebagai teman rapat dan tidak lebih dari itu. Kawan yang dia benar-benar percaya ikhlas menyayanginya sebagai seorang sahabat dan tidak akan sesekali mengkhinatinya.

Hidupnya kembali terasa sunyi. Entah kenapa kehilangan Aiman benar- benar dirasai olehnya. Istimewa sangatkah lelaki itu dalam hidupnya? Kenapa sukar benar dia melupakan bayang lelaki itu. Bukankah lelaki itu hanya dianggapnya sebagai teman rapat dan tidak lebih dari itu? Jadi kenapa harus dia bersedih sebegini rupa? Baitil banyak termenung. Aiman benar- benar meninggalkan kesan dalam hidupnya. 4 bulan mereka rapat, kalau diikutkan bukanlah satu tempoh yang lama. Lebih lama sekiranya dikira hubungannya dengan Sham yang menjangkau 4 tahun. Baitil benar- benar rindukan Aiman. Boleh dikatakan setiap malam lelaki itu hadir dalam mimpi- mimpinya. Yang peliknya dalam mimpi itu, hubungan mereka kelihatan sangat baik dan mesra. Alangkah indahnya kalau mimpi itu mampu dibawa ke dunia realiti.
Ya.mungkin benar. Hatiku mainanmu..
___________________________________________________________________________
Moral of the story: Persahabatan antara lelaki dan perempuan tak boleh diiringi oleh perasaan lebih dari seorang kawan. Kalau tak, dia tak akan selamanya bole jadik kawan kamu..
p/s: cerita ini tiada kaitan dgn penulis. Ini semua cuma khayalan nakal penulis sahaja.

Sabtu, 20 November 2010

Selamat Pengantin Baru!!

Seronok tengok orang kahwin. Hari ni aku siap g makan kenduri dekat dua buah rumah lagi. Haha..kenyang dengan nasi kenduri.
Dalam hati tertanya-tanya bila la aku pulak nak kahwin..hmmm..tunggu je la. Belajar pun tak abis lagi ada hati nak kahwin konon.
sampai masa nanti kahwin la kan
lebih baik tumpu kepada benda yang lebih penting. Studi untuk masa depan. Belajar sampai berjaya.kerja yang bagus2 then baru kahwin.bole kn?
Ada setengah perkara kita tak perlu menunggu, tak perlu tercari-cari. Sampai masanya ia akan datang dengan sendiri. Jadi biarlah masa yang menentukan.
sekarang tengah cuti semester. Aku seronok dan bahagia membela lemak-lemak kat badan. Agak- agak berapa kilo dh naik nih.huhu..aku harus diet! mau slim mcm dlu..
owh terlupa. selain mau ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada yang baru berkahwin, aku juga nk ucap selamat hari raya aidiladha buat semua muslim!

Rabu, 10 November 2010

TERIMA KASIH!



Utusan untuk awak!
untuk sudi menjadi teman saya, terima kasih!
untuk sudi teman sy mkn waktu lapar even tgh mlm2 buta, terima kasih!
untuk sentiasa senyum bila jumpa saya, terima kasih!
untuk sentiasa xpernah lewat dan tak buat saya tertunggu-tunggu, terima kasih!
untuk selalu tya saya ok ke tak, terima kasih!
untuk tunjuk kerisauan awak bila tahu sy jatuh motor, terima kasih!
untuk jg my baby@ my skuter waktu sy blk rumah, terima kasih!
untuk bawa sy g beli tiket kat hentian kajang, terima kasih!
untuk hantar sy naik bas kt hentian kajang, terima kasih!
untuk hantar d amik saya kt komuter, terima kasih!
untuk sanggup dengar celoteh d masalah saya, terima kasih!
untuk sentiasa ada d sisi saya, terima kasih!
untuk miscal saya sebab rindu, terima kasih!
untuk wish besday saya d belikan kek, terima kasih!
untuk selalu ambik berat soal diri saya, terima kasih!
untuk selalu buat saya ketawa, terima kasih!
u are amazing just the way you are!!

Isnin, 1 November 2010

HIDUP SATU PENGHARGAAN.

Life is too short to wake up in the morning with regrets. So, love the people who treat you right, forgive the ones who don't and believe that everything happens for a reason. If u get a chance, take it. if it changes your life, let it. Nobody said it'd be easy. they just promise it would be worth it!!
Hello everyone!
how was your life?
everything ok?
no matter what happen just keep smiling ok!
live as no regret.
because life hold no burden
appreciate what we have
fight for what is right
and just leave what is wrong
move on!!
it's just a chapter in the PAST
but..
don't close the book.
JUST TURN THE PAGE
smile ok...
(^____^)

Isnin, 11 Oktober 2010

LAWATAN KE BLOG SENDIRI

malam ni aku wat lawatan ke blog sendiri. *sepinya blog aku.adakah sesepi tuannya?

Sori sayang..i tak pernah lupakn u.u sentiasa di hati i.i sebenarnya selalu jer jenguk-jenguk u.cuma tak sempat nk berborak.mlm ni kita borak ok?*dh giler agkny aku berckp dgn blog

Aku sangat busy sejak kebelakangan ini. Busy dengan segala mcm assignment.PBL..presentation. test,open house raya..

lagi 2 minggu aku nak final exam plak.huhu..plezz pray for me.

Sekarang keadaan sudah kembali seperti sediakala.hmmm semuanya telah kembali ke tempat msg2. bosan jgk kdg2 tu. xde lg lepak ramai2 kt mamak mcm dlu-dlu. especially time weekend, memang rasa bosan sangat. Rindunyaa aku pada mereka. Rindu plk nk tgk suasana riuh2 mereka tu. Cepatlah pulang ke Malaysia!!

Alhamdulilah, antara aku dan dia, keadaan sudah menjadi semakin baik. Rindunya aku pada dia juga.=(

ok i got to go..nanti free2 i dtg lg okeng.bye*(^_^)

Selasa, 24 Ogos 2010

KUATKAN DIRI, SABARKAN HATI

Salam..

lama dah tak tulis kt blog nih. Jenguk pun dah jarang-jarang. Dlu blog ni la tempat aku mengadu.Tempat aku curahkan rasa hati, tempat aku cari semangat. Tempat aku carik kekuatan diri. (*sorie bkn aku dh lupa cuma byk hal yg terjadi smpai aku tak sempat nk mengarang*)

Bila ada masalah, bila rasa tertekan, macam-macam perasaan ada.masa tu rs mau nanges semahu-mahunya. Apatah lagi bila orang yang kita percaya, orang yang kita sayang tipu kita. Rasa sedih sangat-sangat. Kadang-kadang aku tataw apa patut aku buat. Kat kwn-kwn la tempat aku mengadu. Aku sangat syukur dalam hidup ni sebab aku ada kwn2 yang baek dan keluarga yang sgt memahami. (*Terima kasih kwn2 d keluarga atas segala dorongan dan semangat*)

Aku dah ada hobi baru. Aku suka amik pic yg cantik2.Baru- baru ni aku beli canon 500d yang aku kasik nama Jacob. Kenapa nama Jacob? Sebab aku suka sgt tgk Jacob dlm cerita twilight tu.gagah dan perkasa. Jgn tya lg knp aku suka Jacob.hihi.

Banyak benda yg tak dirancang berlaku dlm sekelip mata. Tiba- tiba 1st Ramadhan, hati terbuka untuk menerima kembali orang tuh. Yang sebelum ni da penah 4 thn dengan aku. Dalam hati, bila menadah tangan pohon kepadaNya, aku harap segalanya akan jadik lebih baik. Tapi aku pun da tak taw apa yang da jadik sekarang. Baru 2 minggu kapel balik, mcm2 dah yg jadik. Benar-benar menguji kekuatan diri.

Baru- baru ni jugak, tengah berjalan kt pesta konvo, aku nmpk 1 buku ni. Tajuknya jadilah wanita yang bahagia. Aku belek2, tya harga dia kate 10rgt. Isi pn bagus. Aku pun belilah. Bila aku down, rs jadik kurang sabar, aku bc buku tu. Bila ada ms free, aku bc buku tu. Sesungguhnya aku mahu menjadi wanita yang bahagia. Bukan yang sengsara. Aku mahu kehidupan yang tenang, penuh dengan gelak tawa.

Orang selalu kata, aku perempuan yang kuat. Diorang percaya aku kuat. Aku akan boleh hadapi semua dugaan ni. Tapih..sekuat mn pun kita, sampai 1 tahap kita akan jadik lemah juga. Cuma aku harap aku tak akan lemah. Aku tak akan mengalah. Aku akan teruskan perjuangan ini. Biar sesakit mn pun. Mudah mudahan..

esok aku ada test. sempat lagi kan aku karang2 nih.doakan aku berjaya wahai kwn2ku tercinta. Doakan aku bahagia, tenang dan gembira.

Wassalam.

Isnin, 12 Julai 2010

Salam Tahun Tiga

why my title is 'salam tahun tiga'?

Well congrats to all my frens in law fakulty of UKM, batch 24th coz berjaya melangkah sederap lagi ke hadapan,3rd year!

Time is running too fast. Macam tak percaya dh masuk 3rd year. Tahun depan insyaAllah masuk final year.
Seperti biasa kita semua bergerak ke hadapan. we are moving on. .but please dun forget ur past. Sejarah adalah guru yang terbaik.
Berada pada tahap sekarang, aku sedar banyak perkara yang dah berubah. Bilik pun dah berubah. cuma college je masih yg sama. Masih setia dgn Pendeta Zaba. Bukan apa, malas rasanya nak mengangkat barang yang banyak untuk pindah ke kolej lain. Barang aku sangat banyak. Sangat2 banyak. ada setengah tak pakai pun. Nak dibuang sayang. Ada juga terfikir nak sedekahkan saja barang2 yang masih elok tu ke rumah kebajikan. tapi aku tak taw cmne nk salurkan. Ada sape2 boleh membantu?
Ada yang kata d process of learning is by making mistake. Ada plak yang kata, to be wise, first u have to be stupid n fool. setujukah kalian? Think about it k!
kepada semua, d mn saja anda berada, doa aku sentiasa bersama anda. All d best!

Isnin, 5 Julai 2010

BERSAWANG

Kenapa tajuknya bersawang? Sebab dah lama aku tak update blog. So aku kira blog aku sudah bersawang.

Aku sedang busy dengan minggu mesra pelajar. Selamat datang diucapkan kepada pelajar2 baru ke Universiti Kebangsaan Malaysia. 1 UKM, 1 Malaysia! Semoga UKM akan terus unggul dalam menjana dan melahirkan modal insan bertaraf global dan berinovasi!

To all 24th batch of FUU,Welcome to 3rd year! Semoga terus unggul!

Apa rasanya kalau dikecewakan?
Apa rasanya kalau kita nak sangat sesuatu tu jadik milik kita, tapi kita tak dapat?
Apa rasanya bila kita cuba lupakan seseorang tapi tak berjaya?
Apa rasanya bila letih?
Apa rasanya bila marah?
Apa rasanya bila kita rindu tapi dia jauh sangat?
apa rasanya kalau kita dalam dilema? Bila kita mula keliru?Bila kita terpaksa membuat pilihan dan keputusan?
Apa rasanya bila sesuatu keadaan berubah?

Terima kasih,
kerana Tuhan beri aku peluang untuk rasa semua itu.





Jumaat, 4 Jun 2010

ALHAMDULILAH

“ Segala puji kepunyaan Allah, Tuhan yang memelihara segala alam pujian yang menyamai nikmatNya dan menandingi keutamaanNya”.

Alhamdulilah..syukur ke hadirat Tuhan Yang Esa, kejayaan itu masih bersamaku. Semalam result semester II tahun 2 keluar. Hanya Tuhan saja yang tahu macam mana perasaan aku. Semalaman aku tidak tidur lena memikirkan keputusan yang bakal aku terima. Hanya kepada Dia aku berserah. Minta dikuatkan hati dan semangat dalam menerima walau apa jua keputusan sama ada baik atau buruk. Dalam hati, aku doa banyak- banyak. Harap- haraplah pointer kali ini 3.5 dan ke atas.

Seawal pagi, aku sudah bangun. Terkejut mama dan abah tengok aku bangun awal. Dalam nk lalu pergi bilik air, abah tegur ‘ hai, awal bangun hari ni’. Hmm aku hanya menjawab ‘ erm ada keja cket’. Aku sejujurnya tak berani nak beritahu mama dan abah result keluar hari ni. Kalau dapat result teruk macam mana..

Lepas basuh muka, aku terus capai laptop, on dan connect to Streamyx. Memang berdebar habis. Lalu aku masuk smpweb, tekan id pelajar dan password. Dan click pada keputusan peperiksaan. Maka terpampanglah result aku untuk semester ini. Alhamdulilah, terjerit aku panggil mama dan abah. Memang dah tersengih- sengih macam kerang busuk. It’s beyond my expectation! Wow..syukur. Seronok tengok muka abah dan mama happy. Yerp, i ll keep it up!!

Khamis, 27 Mei 2010

KESEDERHANAAN


Mood nak menulis tu datang lagi. Jam di laptopku menunjukkan angka 0.35. Menandakan waktu sekarang adalah 12.35 am, 28 Mei 2010.
Berada sendirian di dalam bilik, di tengah malam sebegini, banyak benda yang aku fikirkan. Tentang masa depan, perpisahan, pertemuan, kematian, persahabatan..segalanya apabila digabungkan menjadi 1, tentang kehidupan.
Di sini aku masih sendiri,
merenungi hari-hari sepi,
aku tanpamu,
masih tanpamu
Bila esok hari datang lagi,
kucoba untuk hadapi semua ini,
meski tanpamu..
Di saat aku jatuh, aku mahu terus bangkit. Di saat aku sedih, aku mahu terus tersenyum. Di saat aku sakit, aku mahu terus kuat..di saat aku mula benci, aku mahu terus menyukai. Di saat aku mahu menangis, aku mahu terus tertawa.Di saat aku takut, aku mahu terus berani. Di saat aku gelabah, aku mahu terus tenang. Di saat aku rasa marah, aku mahu terus sabar. Aku mahu menyintainya dengan sederhana. Lewat kata yang terucap, aku mahu mencintainya dengan sederhana.
Hari- hari yang aku lewati, meskipun tanpa dia, aku mahu terus senyum, tertawa dan gembira. Bila hari esok datang lagi, aku mahu dia tahu, aku masih setia di sini. Menunggunya dengan sabar. Menyintainya dengan sederhana.

Mati itu pasti menjemput

Salam percutian indah..

Blog aku sunyi dan sepi. Maaf aku menyepi buat seketika. Banyak program dan perkara yang perlu diselesaikan. Alhamdulilah sekarang aku tenang menikmati percutian di kampung halaman yang tercinta, Sungai Petani.

Menjadi mahasiswa/i bukan hanya sekadar perlu bergelumang dengan buku semata. Softskill dan pengalaman di luar kampus itu penting sebagai persiapan menghadapi dunia pekerjaan yang kian mencabar. Ramai juga yang bertanya apa yang aku dapat dengan menyertai pelbagai program universiti contohnya seperti Khidmat Komuniti dan Pembangunan Sahsiah Pelajar. Bukankah lebih seronok menghabiskan cuti yang panjang bersama keluarga tercinta? Jawapan aku mudah. Dari masyarakat kita datang, kepada masyarakat juga kita kembali. Jadi kenapa tidak? Berbakti dan berkhidmatlah kepada masyarakat selagi terdaya. Di sinilah medannya untuk kita belajar perkara yang tidak mampu dipelajari dari buku. Bagaimana untuk berhadapan dengan masyarakat luar yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, bagaimana untuk mengendalikan sesuatu program dengan jayanya, bagaimana untuk mendapatkan kerjasama dari setiap ahli dengan sepenuhnya. Aku puas. Biarpun penat berhempas pulas dengan Program Pembangunan Sahsiah Pelajar yang bertempat di Kundang Ulu, Johor dan Pulau Manis, Pekan Pahang dua minggu berturut- turut, tapi aku puas dapat mendekatkan diri dengan masyarakat. Cuba memahami gaya hidup dan budaya orang lain. Memang satu pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Mati itu pasti. Kematian itu pasti tiba. Tiada yang terkecuali. Baik aku, baik kamu mahupun dia. Kita semua pasti kembali kepadaNya. Dua hari lepas, aku dikejutkan dengan satu berita kematian seorang teman. Umurnya masih muda. Sebaya aku. Aku tidak mampu berkata apa-apa. Benar- benar terkejut. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang- orang yang beriman. Itu doa aku. Dan semoga keluarganya tabah menghadapi ujian Tuhan. Allah lebih sayangkan dia. Yang penting mereka telah berusaha sedayanya untuk mengubatinya. Pasrahlah. Kita bertemu untuk berpisah dan kita berpisah untuk bertemu. Kalau tidak bertemu di dunia, InsyaAllah kita pasti bertemu di penghujung destinasi sana, syurga. Biarpun tidak mengenali arwah secara rapat, aku banyak mendengar ceritanya melalui seorang teman. Dan ketika arwah di dalam koma lagi, aku tidak henti- henti berdoa semoga diberikannya kekuatan dan semangat untuk teruskan hidup. Tapi apakan daya, Allah lebih sayangkannya. Pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap yang berlaku. Marilah sama- sama kita hadiahkan Al- Fatihah buat arwah. Al- Fatihah..
Kita yang masih hidup ini perlu teruskan hidup. Kematian itu mengingatkan aku bahawa apa yang aku miliki ini hanya pinjaman. Tiada yang menjadi milik mutlakku. Sampai masa perlu kuserah kepada yang selayaknya. Aku hanya mampu menghargai apa yang ku ada ini selagi ianya ada denganku. Teringat pula aku kepada kata- kata seorang ustaz ketika menyampaikan ceramah ugamanya di fakulti bulan lalu. Katanya, sememangnya jodoh, pertemuan, ajal dan maut itu ditangan Tuhan. Dah tu, kalau sememangnya sudah tertulis suratan takdirnya begitu, apa perlunya berdoa? Sambungnya lagi, Allah itu Maha Berkuasa dan bisa Mengubah segalanya. Oleh itu, jangan berhenti berdoa dan berusaha kerana Allah tak akan mengubah nasib hambaNya selagi mereka tidak berusaha mengubahnya. Di situlah fungsinya doa. Kita menadah tangan dan meminta kepadaNya Yang Maha Agung. InsyaAllah berkat doa yang tulus dan ikhlas ditambah dengan usaha yang kuat, doa itu pasti dimakbulkan Tuhan.

I asked for Strength And was given Difficulties to make me strong.
I asked for Wisdom And was given Problems to solve.
I asked for Prosperity And was given a Brain and Brawn to work.
I asked for Courage And was given Danger to overcome.
I asked for Love And was given Troubled people to help.
I asked for Favors And was given Opportunities.
I received nothing I wanted.I received everything I needed.

p/s: Buat teman tercinta, aku amat merindui kalian! Semoga kita sentiasa berada dalam keredhaanNya InsyaAllah.



Isnin, 26 April 2010

Sweet quotes

Saja gedik2 nk share sweet qoutes nih. Dah lama dah tersimpan dalam folder laptop aku.If you hide, I’ll seek for you. If you’re lost, I’ll search for you. If you leave, I’ll wait for you. If they try to take you away from me, I’ll fight for you. Cause I never want to lose someone I love.
I know your life can go on without me, that you can be happy without me, that you can survive without me. But even if you turn me away, I will still choose to stay with you and be your sweetest stranger forever.
I don’t know why I keep on loving you despite the fact that I’ll get hurt again just like before. I never learn cause I don’t want to. Not now when I’m still strong to fall for you over and over again.
If someone would ask me what a beautiful life means, I would lean my head on your shoulder, hold you close to me and answer with a smile, “Like this.”
There’s a love that only you can give, a smile that only your lips can show, a twinkle that can only be seen in your eyes and my life that only you can complete.
You’re one of the people I never asked from God but still, He gave you to me. I asked Him why, He said, “Because he can fill your life like no one else can.”
If I can just make everything fall where it should be, I would. If I could make life better for you, I would. But I can’t. All I can do is to let you know that mine has been better because of you.
When I say I love you, please believe it’s true. When I say forever, know I’ll never leave you. When I say goodbye, promise me you won’t cry. Cause the day I’ll be saying that would be the day I die.
Death scares the hell out of me. I don’t wanna die knowing that you’ll cry over me but if death means watching over you and being with you, I might as well take my life just for you.
Would you believe me if I tell you that I love you so much? Actually, I’d prefer it if you won’t. Why? So that I can spend the rest of my life proving to you how much I do.
We spend most of our time talking about nothing but I just want to let you know that all these nothings mean so much more to me than so many somethings.
I asked God why life’s like this. He gave me no answer. I asked why I’m still here. Again, He gave me no answer. I asked why I met you. He smiled and said, “So there’d be a reason for everything else.”

Ahad, 18 April 2010

Bebel lagi

Aku terasa blog aku semakin hambar. Ye..b4 dis aku dah lama tak update blog. Aku sibuk dengan bermacam-macam hal dunia. Buat keja2 tak berfaedah pun banyak jugak. Antaranya shopping menghabiskan duit. So bila duit dah habis, im back. Aha..kembali kepada blogger world.

Aku bukan xde menda nak cita. Banyak sebenarnya.Kadang-kadang aku malas nak cerita sebab it’s complicated. Siyes complicated. Aku takut kalau aku cita nanti korang tak faham plak. Aku usha blog orang lain, cam bes je citer2 mereka. Ada je menda nak story. Idea tak pernah kering2. Ada setengah tu setiap hari update blog. Tahniah diucapkan. Tak sia2 korang wat blog.

Sebenarnya aku wat blog nih bukan nak orang baca sangat pun. Tak baca lagi bagus. Sebab tujuan utama aku wat blog ni adalah nak memotivasikan diri sendiri melalui penulisan. Bila aku pikir2 balik bagus jugak ada orang baca, at least boleh motivate org (kepada yg terasa trmotivate la) n dapat berkongsi cerita tentang hidup.

*Sorie la blog aku ni xde unsur lawak sgt. Xde talent laa..

Now aku tengah final exam. Seingat aku la dulu masa 1st year, kalau nk final exam ja mesti berdebar-debar, pulun studi nak dapat dean list. Entah kenapa sekarang ni aku rasa aku dah mcm lepak je studi. Kadang2 tu sampaikan esok nak exam, hari ni aku tak rasa apa2. Pelikkan? Ya Allah, berilah petunjuk ke jalan yang benar kepada hambaMu ini..

Ok sape ckp jadik single tu bes? Meh2 citer kat aku apa yg bes sangat jadik single.huh. Nak bebas konon! Kepada yang da kapel tu, teruskan je la kapel. Tak yah nk ngada2 tukar status single plak. It’s complicated u noe? Serabut+penat. Syukur la dengan apa yang korang ada.. Biarpun tak sempurna tapi melengkapi ok..

Aku kadang2 tu bila tengak orang jalan berpasangan, senyum2 gelak2 ketawa terasa bahagia hati tengok. Aku yang tengok ni rasa bahagia, mereka apatah la lagi kan..Adat berkasih lahh, gado2 manja tu biasa la tu..xdaknya pasangan yang bercinta tak penah gado. Trust me! Selagi boleh bertahan, bertahan. If memang da xde jodoh pun, tak perlu sampai nk membenci. Sapa kita nk benci2 orang?kan2? So just be gud to people. Treat people as well as u can. Tak rugi pn.

*wahwahh Zati pandai awak nasihatkan orang ye!

I miss home so much. Da 2bulan lebih ye tak balik s petani. Rumah abang kt cni pn dah 3 minggu tak g. I miss my raiyan..waa ryan, Acu miss u so much la dear!nk meluk2 nk kiss2 nak cubit2..nk holding2 hand..uhuks. Keja banyak nak kena wat. Program pun banyak nk kena join.

*Ya Allah kuatkan lah semangat hambaMu yang kudus ini. Amin..


Sabtu, 17 April 2010

DUNIA SEMATA

Hari ni 17 April 2010, bangun pagi agak awal. Dalam otak dok terfikr apa aku nak wat hari ni. Terpandang baju sebakul yang belum terbasuh. Dalam hati ‘alaa mesin kan ada. Apa susah..’. So aku decide nak basuh je esok. Bagus gak tak basuh hari ni. Hujan kot petang tadi.

Mood mcm rojak sejak akhir-akhir nih. Studi pun dah macam rojak. Tunggang langgang. Hari ni dimaklumkan buku ada kat atas katil tapi aku belum bukak- bukak lagi. Sibok maen gitar, facebooking..(yerp aku rs nk mencarut kt diri sendiri).

‘zati come on..apa nak jadik nih’ mengutuk diri sendiri dalam hati. Tolonglah kuarkan segala setan- setan yang ada. Aku benci situasi begini!

Ok. Semalam aku bersuka ria tgk wayang bersama karok. Yerp sekali segala bole laa. Reward diri sendiri setelah berhempas pulas dgn buku. 3 papers kot dlm satu minggu. Dah la paper hebat2 belaka.huh terasa release seketika.

Dalam aku dok syok- syok bersuka ria, balik ja bukak pintu bilik, hempaskan diri atas katil..tertengok kt lappy aku kale pink tu dok memanggil manggil manje..on la saya..huh nasib baek aku sayang ko. Ko lah peneman setia. Tak penah lari dari hidup aku. So aku pun on laa..bila dah on mulalahh bukan takat pasang headphone dgr lagu, online skali ye. Pakej lengkap.

Sapa kata aku suka facebook? Aku xsuka. Aku plg xsuka. Buang ms taw ark..huh. Dah tu bila trtgk menda yg kita xsuka lagi laa xsuka. Aku benci! Wahahaa yg ko emo ni apahal zati? Aku tls byk2 smlm aku xmo nges, aku kuat semangat, aku akan terus senyum. Taw nape?? Sebab aku rs nk nanges laa.

Tapih aku pk2 balik, ko sape nk wat aku nges??tolanglah..aku tak kenal pn sapa ko! Wahahaa cubaan Zati menipu diri sendiri. Berjaya ker cik Zati oiii??

Dengan ini dimaklumkan Cik Zati tengah dilanda penyakit gila( tlg jgn slh fhm aku masih siuman. Tiada sp yg akn disakiti). Adoyaii bila penyakit ni datang, aku benci! Sebab tu aku lebih suka kuar jalan2 sedut udara yg xde la segar pn. Tp better dr dok bilik sorang2, layan lagu tah apa2 then..uhuhu..xmampu lagi aku ceritakan. Faham2 la sendiri. Tima kasih.

Sekarang minggu exam. Yerp aku mahu fokus. Menjerit lagi dalam hati

‘ aku mahu fokus!!’


Jerit lagi kuat lahhh..

‘aku mahu fokus studi!!!!ko xfaham kerr??

Ok aku sedang bermonolog. Tolong faham.

Setiap hari yang aku lalui, aku mahukn kehidupan yang lebih baik. Tidur yang lebih nyenyak. Sekian dari saya untuk hari ini. Jumpa lagi!

Khamis, 15 April 2010

AKU SUDAH 21 TAHUN


Waa...aku dah 21 tahun!!
Tahniah buat diri sendiri..
Taun nie terfikir yang besday mesti da tak se best taun-taun yang lepas. Ya lahh 1 of person yg aku sayang dah tak dapat sambut bersama lagi.
Ternyata SALAH jangkaannya.
Aku masih ada kawan2 dan family yang masih setia menyambut besdayku.
Bermula dengan 31 Mac 2010..kak yong, zaza n aisyah wat suprise utk aku dan kak nana. Kira celebration 2 in 1 laa..
Thanks korang! Luv u all muahh!
Then 8 hb April 2010, yerp sambutan terlebih awal jgk from Haziq. Tq dear!=)
Malam nih, walaupun belum sampai detik 12 malam, i received a call from my family wishing me hepi besday!
Tq mama, abah, kakak n men!i love u all so much!
Tak dilupakan teman yang setia di sisi, Radzi, thanks 4 d cake ya!
Well umur dah 21..
Pesan abah:
Adek dah 21 kan?jangan lupa daftar mengundi. Hepi besday.
Pesan mama:
Adek nk final kan? Mama sentiasa doakan yg terbaek utk anak mama.hepi besday syg!
Pesan kakak:
Adek nk adiah eh?cmna nk bagi..jauh larh..apa anta duit?mata duitan betul!ahahaa..
Pesan haziq:
Happy 21th birthday dear..may Allah bless u.
Pesan Radzi:
Hppy birthday Zati!!dont worry tomorow u will still look cute, hot n gorgeous as always...lets pray on ur 21 year, u will have better life, better exam result, get wat u want n have sumone dat u have been waiting for..n dont forget, the love around u will continue grows as the time past.
Pesan kawan-kawan kt fb:
Zati happy birthday!!may God bless u n hepi always!


P/s :thanks you so much for wishing me happy besday!(^^)

Selasa, 9 Februari 2010

TAKDIR CINTA





We were given: Two hands to hold. To legs to walk. Two eyes to see. Two ears to listen. But why only one heart? Because the other was given to someone else. For us to find.




Cinta itu susah untuk mengerti. Kadang- kadang kita rasa ‘dia’ adalah cinta sejati. We keep saying he’s my soulmate. Kita sedaya upaya menyakinkan diri dan cuba berpegang pada prinsip ‘sekali cinta aku tetap cinta’. Memang semua orang ada impian itu. Untuk menyaksikan satu hubungan cinta antara dua hati berakhir dalam bahtera perkahwinan, hidup bahagia sebagai sebagai sepasang suami isteri dan kekal selamanya.



Aku juga tak pernah terlepas untuk merasai pengalaman mencintai dan dicintai. Dan aku juga semestinya antara insan-insan yang pernah dilukai apabila akhirnya cinta yang dibina itu terputus di tengah jalan. Aku tak pernah minta untuk dipertemukan dengan orang yang salah. Aku juga tak pernah minta untuk dia pergi dan meninggalkan aku sendiri. Dan aku juga tak pernah menyalahkan takdir yang menemukan kami. Because i believe everything happens for a reason. Mungkin aku ditakdirnya bukan untuk dia dan dia ditakdirkan bukan untuk aku.



Ya. Kadang-kadang aku cuba mengelak dari berbicara soal hati dan perasaan. Dan kadang-kadang aku sedaya upaya untuk tidak berada bersendirian dalam bilik. Sebab waktu dan ketika itu, banyak benda yang buat aku terkenang dan boleh buat aku nanges. Erm nampak macam senang tapi sebenarnya susah..susah untuk melupakan seseorang yang pernah menyentuh hidup kita dan buat kita rasa bahagia.




Kata orang, kata mama, kata abah, kata kakak, kata abang..



‘ Jodoh ni kita xmampu nak predict. Kadang2 bercinta punyalah lama tapi tuptap kawennya dengan orang lain’.


Mesti kita tertanya tanya siapalah jodoh kita kan? Mesti semua orang mengharapkan orang yang dia cinta itu adalah jodoh mereka. Doa aku, semoga apa yang anda harapkan menjadi satu kenyataan yang indah. Bertuahnya apabila kita bertemu dengan seseorang yang kita cintai dan berakhir dengan satu ikatan yang sah.

Kepada yang masih mencari seperti aku, cinta bukan bermaksud mencari yang sempurna. Cinta bukan bermaksud mencari yang terbaik TETAPI cinta adalah bagaimana kita mampu menyempurnakan hidupnya dan berusaha untuk menjadi yang terbaik di matanya. Cinta itu tak buta. Cinta itu sentiasa melihat. Lihatnya dari mata, tafsirannya dari hati. Cinta yang sejati adalah ketika kita hadir dalam hidupnya, kita dapat menjana satu kehidupan yang lebih baik. Jangan biarkan cinta itu BUTA kerana cinta itu akan musnah. Biarkan cinta itu sentiasa MELIHAT agar kita dapat menilai antara putih dan hitam.

Kepada yang sedang bercinta, hargailah hubungan itu sebaiknya. Berdoalah banyak-banyak agar didekatkan dan dipanjangkan jodoh antara kalian dan hidup bahagia selamanya. Jangan takut untuk berselisih faham kerana dari salahfaham itulah anda belajar untuk lebih memahami antara satu sama lain.

p/s : Cinta tu perlu dicari atau ditunggu?







Khamis, 21 Januari 2010

PEMBETULAN

Ok. First sekali nak cakap sorry if this entri mengganggu jiwa siapa2.bukan niat di hati nak mengata atau mengumpat jauh sekali menghina. Aku hanya sekadar mahu menjernihkan keadaan dan membuat pembetulan sekiranya ada.

Ya. Mungkin aku banyak berdiam diri selama ini mendengar segala suara-suara sumbang di sebalik tabir atau pandangan-pandangan yang agak tidak menyenangkan. Bukan apa. Aku malas hendak melayan segala kerenah manusia yang aku kira tidak perlu untuk aku ambil serius. Masalah dalaman, konflik persahabatan yang punyalah erat satu ketika dulu mungkin antara isu yang sentiasa menjadi persoalan.hmm seperti:

‘kenapa dah tak nampak Zati dengan si .... dan si......?
‘ Apa masalah Zati ngan diorang? Gado ke?


Hmm terus terang aku katakan, aku tidak berminat untuk menceritakan keburukan orang. Maaf aku bukan seperti itu. Mereka pernah menjadi kawan rapat aku, sentiasa bersama aku malah pernah berjasa kepada aku. Jadi tak akanlah hanya kerana 1 titik hitam, aku perlu memejam mata dari melihat segala kebaikan mereka yang dahulu? Setiap orang ada kelemahan. Seego mana pun anda, tolonglah akuinya. Dan semua orang pernah buat silap dan mungkin terlanjur kata dan membuat orang terasa hati. Itu lumrah hidup. Selagi terdaya, baikilah kelemahan yang ada. Kita belajar dari kesilapan dan tidak seharusnya kita menghukum seseorang hanya kerana KESILAPAN. Sesempurna manakah anda untuk memandang kurangnya orang lain? Sehebat manakah anda untuk mencaci buruknya orang lain? Semulia manakah anda untuk menjaja cerita keburukan orang? Kita bukan hidup di bawah tempurung. Kita bukan hidup di zaman purba. Inikah rakyat Malaysia yang mentalitinya kelas pertama? Tolonglah..lebihkan buat kerja dari mengata. Aku selalu kata, orang tak akan faham situasi kita selagi mereka tidak berada di tempat kita. Aku harap satu hari nanti mereka akan faham.

Berkenaan dengan penamaan calon bagi exco sukan PERUNDANG. Hmm bukan tujuan nak melobi kat sini. Cuma sekadar meluahkan apa yang aku rasa. Ya, aku perempuan. Dan memang aku akui jawatan exco sukan ini lebih sesuai disandang oleh lelaki dan sememangnya jawatan ini sentiasa dimonopoli oleh kaum lelaki. But please..dont judge me because i nampak macam bukan budak sukan..or sebab muka aku tak pernah nampak kat PERUNDANG. Aku bukan jenis yang nak menempel sana sini. Apatah lagi nak membodek. Siyes aku tak pandai bab2 macam tu. Aku involve sukan selama ni pun sebab minat. Dari sekolah rendah aku involve sukan. Macam2 aku masuk. Hoki, bola jaring, bola baling, badminton, futsal..tapih orang tak tahu semua tu. Hanya mereka yang rapat dengan aku sahaja yang tahu. Ya. Aku jugak x miss sukan Perundang setiap tahun. 1st year main bola jaring. N 2nd year pn main.Tak pernah terfikir nak dicalonkan sebagai Exco Sukan Perundang. Aku sangat risau sekarang ni. Nak dapatkan kepercayaan orang bukan mudah. Tapi aku akan cuba yang terbaik. Aku tahu lepas ni mungkin aku akan mendengar banyak suara-suara sumbang. Terima kasih aku ucapkan. Anda buat aku menjadi lebih baik.

P/s : Maaf aku ter ‘emo’. Terima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokong aku.

Ahad, 17 Januari 2010

RINDU LAGI

aku tak tahu apakah perasaan aku sekarang nih.yang pasti rasa rindu sangat2 pada kawan2 aku especially kawan2 lama since sekolah rendah. seriously dah lama gler tak jumpa diorang.

Hepi bila facebook menjadi medan menemukan aku dengan kawan2 lama. Ramai yang dah mengalami perubahan. Hati rasa sangat seronok bila tengok kawan2 semua bahagia.

Haihh tah bila la bole jumpa diorang lagi.

So dalam kesyahduan mengenangkan sahabat2 aku..aku dedicate this poem to all my frens. no matter near or far, aku sangat2 rindu kat korang!!

My perfect friend holds me tight
My perfect friend kisses me goodnight

My perfect friend loves me for me
My perfect friend wont let me be

My perfect friend wears dark clothes
My perfect friend loves me loads

My perfect friend knows when in sad
My perfect friend isnt scared when im mad

My perfect friend makes me smile
My perfect friend would run a mile

My perfect friend is sweet at heart
My perfect friend is also smart

My perfect friend is really tall
My perfect friend will catch me when i fall

My perfect friend doesnt just look skin deep
My perfect friend is not cheap

My perfect friend is one of a kind
My perfect friend has one wild mind

My perfect friend is in my heart to stay
My perfect friend might be moving away

My perfect friend made me cry
My perfect friend can make me fly

My perfect friend left a tear in my eye
My perfect friend just said his last goodbye

My perfect friend saved my life
My perfect friend helped me battle the knife

My perfect friend is honest and true
My perfect friend just doenst get the clue

My perfect friend doesnt count my wrongs
My perfect friend writes me songs

My perfect friend will skip school
My perfect friend is deffinetly not cruel

My perfect friend i wished for in the past
My perfect friend is here at last

My perfect friend gives good advice
My perfect friend is so awesome and nice

My perfect friend is so strong
My perfect friend is almost never wrong

My perfect friend is to perfect to say
My perfect friend told me he was moving away

My perfect friend asked if i cried
My perfect friend knows that i lied

My perfect friend is moving away
my perfect friend is in my heart to stay...


Friendship is not everything but..without friend, u gain nothing!!

p/s :rasa mcm nak menangis..

Khamis, 7 Januari 2010

SEBUAH PENCARIAN

Hidup ini ibarat pencarian. Ya. Banyak benda yang kita cari. Kadang2 kita jumpa, kadang2 kita tak jumpa..kadang2 kita tersesat jalan dan kadang2 kita menemui jalan mati.

Aku sendiri tak faham kekadang tu apa yang sebenarnya aku cari dan kejar dalam dunia ni. Yang aku tahu aku mahukan sebuah kehidupan yang mendamaikan dan membahagiakan. Aku mencari ilmu untuk dimanfaatkan. Aku mencari kawan sebagai kekuatan. Aku mencari keluarga yang bahagia sebagai pengikat kasih sayang. Aku mencari cinta yang sejati. Aku mencari baju, seluar, jam dan sebagainya sebagai perhiasan..Aku mencari Tuhan Yang Satu. Macam2 benda yang aku cari.

Dalam pencarian aku itu, banyak benda yang buat aku keliru. Dan kadang2 buat aku lemah..dan jadik buntu. Haishh..yah. Aku akui bukan mudah untuk mencari hakikat kehidupan yang sebenar. Tapi aku percaya, apabila usia semakin ditelan masa, kita akan menjadi lebih matang dan menyedari hakikat bahawa dunia ini bukannya sekadar medan untuk mencari keseronokan.

Kepada semua pembaca, semoga anda berjaya dalam mencari apa yang dicari

Rabu, 6 Januari 2010

move on

Dah lama tak update blog. Banyak benda nak cerita tapihh tak taw nk stat kt mana.

Aku dah mula busy minggu nih dan minggu2 seterusnya. Tutorial pun dah start.

Jpa tak masuk lagi. Sian kat parents. Nak beli buku pun terpaksa minta duit kt diorang.

Dinner batch. Banyak masalah yang timbul. Apapun hope kita dapat settle sama2 tanpa ada gaduh2. To all comittee dinner..be strong. Memang susah nak puaskan hati orang. Just do ur best. Aku sentiasa support korang. Cayalah..

Bes dapat kenal dengan member2 baru..hang out together.lepak2..

Jatuh cinta lagi?ahaa..nope. I dont think so..xdak apa nk fikir soal cinta.

Selamat datang 2010. Yah. Azam baru..i want to be better than bef0re..xkisahlah dari segi pelajaran, peragai, kematangan, hubungan dengan family n kawan2, penampilan diri, hubungan dengan Allah..segalanya yang lebih baik.

Ahad, 3 Januari 2010

Kena tag lagi..

*aku kena tag kat fb..tapi aku nak jawab kat cni.
1. Bekas kekasih saya adalah :
*orang yang pernah aku sayang dan tersangat cinta

2. Saya sedang mendengar :
* bunyi kipas sedang ligat berputar

3. Mungkin saya patut:
* melakukan perubahan yang lebih baik pada diri di tahun baru ni.

4. Saya suka :
* dihargai dan disayangi. Dan bersama dengan orang2 yang bole buat aku ketawa.

5.Sahabat-sahabat baik saya :
*mereka yang boleh menjadi kawan yang jujur dan tiada istilah khianat. Mereka yang boleh memberi kesan perubahan yang lebih baik dalam hidup aku.

6.Saya tak paham :
* kenapa aku bole menangis dan ketawa secara tiba2. Tu maknanya aku dah GILA.

7.Saya kehilangan :
* aku tak pernah kehilangan apa2..semua yang pernah aku ada hanyalah pinjaman.bukan hak yang hakiki. Sampai masanya terpaksa aku serah kepada yang selayaknya.

8.Ramai yang berkata :
* aku sengal. Aku pun xtahu kat mana sengalnya aku.

9.Makna nama saya :
* zati tu xdak makna.sebab dia datang dari perkataan izzati. Hazwani maknanya pemberianku. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.

10.Cinta itu adalah :
* sangat subjektif. Cinta tu tak kenal siapa2. Hadirnya tanpa diundang, perginya tanpa dipinta. Apapun cinta yang hakiki adalah cinta kepada Allah. Jadi..untuk mencari cinta sesama manusia, pastikan anda menemui cinta hakiki terlebih dahulu.

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
* menikmati kehidupan terindah anugerah Tuhan.

12.Saya akan cuba :
* bangkit dari lamunan yang panjang, memandang ke hadapan..tersenyum, berusaha dalam hidup dan menjadi zati yang lebih baik.

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
* kehidupan di syurga yang abadi.

14.Telefon bimbit saya :
*sangat cikai kot..aku tak pernah dapat hp yang mahal. Ada gak la teringin hp mahal tapi kadang2 rasa mcm membazir plak. Tak pa la.Asal bole cakap dan hantar sms suda..kalau ada duit extra boleh la beli enset mahal.=)

15.Bila saya terjaga dari tidur :
* tak lain tak bukan sebab hp aku berbunyi..dan aku hanya mampu berkata kata yang aku sendiri pun xsedar.huhu

16.Saya paling meluat apabila :
* orang tidak mampu berlaku adil dalam hidupnya. N always judge orang sesuka hati.

17.Pesta/Parti adalah :
* sumthin yang agak asing dalam hidup aku.huhu..bajet baik la sgt.hihi.

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
* entah. Arnab kot..walaupun taiknya busuk, arnab tetap comel d mataku.=p


19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
* apabila aku sudah mencapai tahap matang dan mampu memikirkan baik dan buruk. Memang seronok sebab tak dak la aku terbabas kan..

20.Hari ini :
* aku baru sampai dari s.petani. Aku harap aku dapat jumpa mama dan abah lagi..

21.Malam ini saya akan :
* turun ke cafe dan makan.

22.Esok pula saya akan :
* bangun awal untuk ke kelas.

23.Saya betul-betul inginkan :
* ketenangan dan kebahagian dalam hidup aku. Aku juga mahu buat orang ketawa d hepi!!

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
* aku tengok sepintas lalu macam tu ja. Sebab dah lewat, perlu bergegas ke toilet, mandi dan bertolak ke UKM.

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
* mmg tempat paling aku suka..suka la kalau ada duit.kalu x, naknya aku menangis kat situ gak tgk sale sana sini.

26.Makanan Barat atau Jepun :
* dun noe. 2 2 boleh. Tapi xsuka sangat. Makanan tempatan paling bes lah..

27.Bilik yang terang atau gelap:
* ikut keadaan r..kalau nak belajar better bilik terang. Kalau nk tidur mestilah nak gelap.

28.Makanan segera adalah :
* makanan ketika terdesak xdak duit or lapar sangat.haha

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
* raiyan janganlah menangis..(anak buah aku nangis time antar aku balik ukm tadi.sebab nk ikut).sian dia..

30.Siapa yang anda mahu Tag?
* sapa2 yang nak jawab soalan2 ini silakan..