Rabu, 15 April 2009

Pentas hidup

Di waktu petang2 sebegini elok rsnya aku berfikir sejenak mengenai makna hidup. Nak studi pon rsnya dah xdpt msuk memandangkan ada sorang kawan aku ckp, tak elok studi dkt2 maghrib. Ilmu tak msk.haha..jadi saya amik sedikit kesempatan ni utk menulis untuk kita sama2 berfikir apa makna hidup ini.
Tadi, time bosan2 asyik ngadap buku, aku usha blog sorang hamba Allah ni..(nama maafkan aku, tak leh nk mention). Dia kata dunia ni ibarat pentas.btl ker?Sejenak terfikir, btl gak kata member aku nih.Dunia ni ibarat pentas dan kita manusia adalah pelakonnya. Manusia, kita dicipta, dilahirkan ke dunia dgn sifat, kelebihan dan kelemahan masing-masing. Kita manusia, tidak kira lelaki dan perempuan dilahirkan ke dunia dengan keunikan yang berbeza dan keunikan ini mana mungkin sama pada setiap manusia.Betapa agungnya ciptaan Tuhan!Dan sudah tentu juga lakonan setiap manusia di pentas dunia ini berbeza. Tahukah anda siapa pemerhati setiap lakonan kita di dunia?Sudah tentu Yang Di Atas. Allah Yang Maha Esa. Ibarat sebuah drama yang selalu kita tgk di kaca tv, dunia sebenar juga adalah sama. Di pentas dunia ini, setiap manusia sibuk memainkan watak masing-masing dengan indahnya. Barangkali kerana terlalu sibuk dgn watak sendiri, ada manusia yang pentingkan diri.Langsung tidak menghiraukan watak orang lain. Ibarat sebuah drama juga, di pentas dunia ini, watak manusia pelbagai. Ada yang melakonkan watak yang baik, jahat..topeng 2 muka,watak berlagak..watak anak solehah..watak manusia bijak dan sebagainya..kadangkala kita manusia mengutuk dalam hati, knp perlu ada watak yang mengganggu jiwa?yang menyakitkan hati?yang suka mengganggu keharmonian hidup orang lain?knp perlu ada watak yang busuk hati? Tanpa kita sedari..kita manusia terlupa bahawa watak-watak ini perlu dalam pentas dunia ini untuk menjadikan hidup ini indah. Tanpa kita sedari..watak-watak ini menjadikan hidup kita sempurna dan jiwa kita hidup..
Manusia, kita dicipta bukan hanya sekadar untuk melihat dunia tp untuk mempelajari apa yang ada di dunia. Menjadikan kita insan yang ada nurani dan ada jiwa yang hebat. Saya tidak nafikan bahawa bila dtg manusia2 yang membuatkan hidup saya pening, saya mengeluh dan tertanya juga knp perlu ada watak sebegitu dalam hidup ini?sejenak saya terfikir...sekiranya saya dilahirkan dengan adanya nurani dan jiwa, bagaimana untuk saya jadikan jiwa saya ini hidup? Dan akhirnya setelah saya berfikir, saya menemui jawapannya.Melalui watak2 manusia di pentas dunia inilah, jiwa saya hidup!Saya menjadi insan! Mereka menguji saya dan apabila saya diuji,kadangkala jiwa saya rs skt, rs marah..rs nk nanges..dr c2 saya tahu jiwa saya hidup rupanya.
Manusia, bila kita diuji..bersabarlah.Bila kita diuji dengan watak bermasalah di pentas dunia ini, berfikirlah secara positif bahawasanya mereka didatangkan kepada anda untuk melatih jiwa anda, menjadikan anda insan yang lebih baik dan hebat. Pasti ada hikmah dan kemudahan di sebalik setiap kesulitan. Sepertimana Allah jadikan alam ini, selepas siang ada malam,selepas surut ada pasangnya dan selepas hujan ada pelangi yang menyinari hari. Allah tidak akan pernah menguji hambaNya sekiranya dia tidak mampu menghadapinya.
Sesungguhnya hidup ini indah dan penuh warna warni apabila dipenuhi dengan cabaran dan rintangan. Cabaran di pentas dunia ini hadir bukan untuk menjadikan kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan dan menyerlahkan kematangan. Semoga setiap ujian yang kita terima dapat dihadapi dengan dada yang lapang.

lelaki dan wanita

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan?

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia, sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo - Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki?

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita
mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api. Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan
didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari lanngit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalami selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya - Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia,
menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan
molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita. Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara.Tetapi jika kita bijak menatangnya,semuanya pasti baik-baik sahaja. Namun itulah adat dalam perhubungan.Yang buruk-buruk pasti ada - Barangkali daripada si dia,barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan famili dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih.Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia. Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa. Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gaha sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit darpada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi,tetapi dekat pelusuk hati - Untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang,kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga,menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.

Semoga kita semua diketemukan dengan lelaki idaman jiwa.

Selasa, 14 April 2009

Aku rindu korang!!

Korang taw x skrg da kol brp? Time ak tgh tulis ni, jam kat laptop aku da tunjuk kol 12.30. Aku igt nk tido setelah seharian hari ni wat keja.bangun pon awal arini sebab ada presentation public speaking pagi tadi. Tp mata ni x leh nk lelap2 sbb hati dan jiwa aku ni rs rindu sgt kt korang. Rindu sgt2!! Aku rindu sgt suasana time kita kt felda bilut aritu..korang igt lg x??aku prcaya korang pon mst igt kan!besnya time 2..kalu la ms 2 bole diulang cam tgk photo berulang-rulang kali, nk ja ak ulang kembali masa 2.
Di felda Bilut ini, telah menjadi saksi
temasya yang gemilang..
Haha..korang msti igt kan lagu 2 kita tuju kat sp??hehe..
Rindu la..seyes rindu! Aku sgt rindu pada mt2 kesayangan aku..pd kita yg tujuh badik..haha..
Ingat x camna susah payahnya kita wat persediaan utk km neh? Tiap minggu kita da meeting kt ptsl 2 smpai naik muak ak tgk muka korang. Tambah2 muka pengarah kita.haha..kt c2 la kita bincang segala hal..n bermulanya pengenalan kita. Aku rs kalu aku tukar set lain mst xdapat nk knl korang kan?huhu..nasib baik aku pilih set 8.
Hari berganti hari, minggu bersilih ganti, akhirnya tiba gk masanya kita nk gerak ke felda penuh bersejarah tu, Felda Lurah Bilut. Kita pikir segalanya akan berjalan dengan lancar tp..hidup ini x semudah yang disangka. Tuhan telah menguji kita. Bas yg sepatutnya smpai pd msny lewat sampai.serabut gak aku. Tp aku igt g Hamzah kata, xpa..anggap ni kenangan manis..hehe..Akhirnya dalam kol 1, bergerak gk 4 buah bas ke Felda Lurah Bilut.Alhamdulilah..
Sampai ja kami kt sn..sambutannya..fulamak..gle meriah!siap dengan silat lg.Terima kasih warga Bilut!
Kita sangka hari 2 akn berakhir dengan senyuman tetapi ternyata hari 2 dibelenggu dengan pelbagai masalah. Aku igt g, time postmotem malam 2,muka suma orang tegang ja. Aku perhati ja muka sorang2..haha.nk tergelak pon ada gk.tp ak try r wat seyes..pastu bermula la babak-babak penuh syahdu kita yang semestinya aku akn igt smpai bila2. Hamzah suh sorang2 ckp part msg2..then kuar la mcm2 mslh.yg pasti protokol kena hentam teruk malam 2. Ketat gk la muka atik ak tgk.sori ek atik..kitaorg marah tu tnda kitaorg care sal post ko..malam 2 postmotem abes kol 2.muka suma org mmg letih abes r.tp xdak sorang pn merungut letih..nk blk la ap..mmg aku respect abes r dgn smgt korang!Kita pon pulang umah dgn harapan esok segalanya akan berjalan dgn lancar.
Esoknya, pagi2 g Opah da kejut kitaorg 7 badik bangun..time 2 mata xyah nk ckp r..mmg ssh gle nk bukak. Maklumlah..tido pun brp jam ja. Pastu kitaorang pun siap2 tgu bas kt jalan besar gerak ke dewan. Pagi 2 ada aerobik.bes gle! mcm2 aksi leh tgk.haha..ak mmg rindu gle suma 2. Abes aerobik, ada gotong royong..melawat muzium..ha, malam seribu kenangan yang xtahan.Memang memberi seribu kenangan gle lah!
Malam 2 mmg penuh warna warni dan sebagai ank Malaysia,kita bole berbangga melihat keunikan budaya plbagai kaum di Malaysia.Begitu juga dengan perpaduan kaum yg kitaorang cuba pupuk pada malam 2. Bayangkan betapa warna warninya perpaduan kaum di Malaysia apabila 3 kaum yang berbeza mampu hidup bersama dan mampu melibatkan diri bersama dalam program Bakti Siswa neh!mmg dasyat gle. Malam tu mmg penuh warna warni seperti mana warna warninya perasaan mt2 pada malam 2.
For sure,postmotem adalah saat yg ditunggu tgu. Sebab time 2 la para mt leh luahkan ketidakpuasan hati dan sbagainya. Sampaikan ada sorang 2 nk baling botol kt sorang ni sbb pandai sgt menjawab.haha..dlm keadaan penuh emosi dan tegang 2,smpt g hamzah tya kt ak, nk gelak ka ap ni?haha..hamzah2..Memandangkan malam tu malam terkhir postmotem kitaorg,mmg suasana syahdu sgt..ak pon turut sedey.ya r..da dkt 2 bln lbh asyk pndang muka diorang ja tiap minggu..kerja sama2..3 hari 2 malam menatap muka yang sama..hadapi susah senang bersama..jadi bila tiba masa..tuptaptuptap tgk da nk abes dah program.mmg sedey gle. Pastu ada la sesi ucapan mt cket.Setiap orang bagitaw la perasaan or ap2 ja yg diorang nk ckp. Yang pasti ak nk cakap bes sgt dapat kenal korang..kita da macam 1 family..kenangn ngn korang tu smpai sekarang masih segar dlm igtn aku.Aku bangga ngn korang sebb walaupun kita br 1st year tp kita da mampu wat program yg besar camtu. Ada cacat cela cket2 2 pada aku adat la..mana ada yg sempurna dlm dunia ni.Btl kata raihan,semua orang buat silap.Apa yang penting, kita blajar dr kesilapan tu dan cuba untuk melakukan sesuatu yang lebih baik pada ms depan.
Wat korang suma, aku nk korang tahu ak sgt rindu korang!tq sbb hadir n wat idup ak warna warni!cayunk korang!!

besday aku!!



Tanggal 10 april 2009 menyaksikan satu lagi detik menarik dalam hidup aku.Xsangka celebration kali ni meriah gle..terharu sgt!tq zahirah, atik..amer n all my frens in mt km..U all da best! Cita dia camni, waktu tu awal lg..lam kol 11..ada meeting kt pusan. Then lam kol 11 lbh aku mintak diri untuk balik coz ada hal.ehehe..tp ditahan xkasi blk sebab katanya ada hal lg nk bincang.okehlah..aku pon tgu..dalam hati da gelisah abes sebab ada orang tu da tgu kita nk celebrate besday sekali. Enset memang xlekang dari tgn r..aku cuba call 'orang tu' suh tgu jap ada hal tp 'orang tu' x angkat2 plak..pa g..makin x senang duduk dibuatnya.huhu. Then tiba-tiba ja, toleh2 belakang tgk zahirah n atik datang sambil nyanyi lagu hepi besday to me.haha.yang terkejutnya tgk 'orang tu' pon ada sekali sambil bawa kek!Haha..suprise gle!mmg xsgka..xsgka sgt besday kali ni dapat celebrate ramai2 dengan kawan2 makan kek sama2.bes sgt!Tq korang..time ak tgh tulis ni, muka ak asyik tersenyum ja bila igt blk sambutan 2.haha..pas ramai-ramai makan kek, then aku, amer, atik, zahirah, kucai,hamzah, anis n farah gerak ke village view bangi makan2..suasana malam 2 wah! romantik gle dengan desiran air kolam yang ada ikan..haha. Lam kol 2.30 gak r br kitaorg gerak blk. Tq korang! U all da bg ak 1 memory yg x mungkin ak lupa sampai bila2..
Aku igt g, time aku nk tiup lilin yang ada 20 batang 2, (umo ak da 20.huhu)ada yang suh aku wish dlu..n tya apa wish aku untuk besday kali ni..okeh!untuk besday kali ni, aku wish dalam hati hope persahabatan aku ngn kawan-kawan akan kekal, aku wish aku dpt sambut besday taun dpn dgn korang lg n aku wish kita suma success dlm final exam nnt. xlupa aku wish aku ni panjang umo leh g tgk dunia,tgk kwn2 aku membesar,haha..maklumlah di usia puluhan ni..n aku juga wish hidup aku pas ni akan lebih ceria, bahagia..berjaya dan mendapat ketenangan dunia dan akhirat. xlupa gak aku ucap tima kasih kat mama kerana da susah payah mengandungkan aku dan menjaga aku hingga ke hari ni..tq mama!
Untuk mengetahuan korang, besday kali ni adalah besday terakhir aku sambut ngn amer. Besday taun dpn xleh smbut dgn dia dah..sedeynya..sebabnya taun hadapan dia da nk fly ke jepun. Doakan hubungan kami berpanjangan walaupun berjauhan.Amin..

Salam buat semua

Haha..terasa kelakar pulak tiba-tiba saya create blog sendiri sedangkan bahang final exam semakin terasa. Terlebih dahulu, saya ucapkan salam perkenalan buat semua pembaca blog. Sejenak berfikir saya ilhamkan buat suma bagi melatih minat saya untuk menulis di dalam laman cyber ini. Ternyata dunia sekarang semakin canggih dan mencabar. Maka, untuk tidak ketinggalan zaman, maka saya ilhamkan sebuah blog buat tatapan pembaca serta kawan2 yang disayangi. Saya percaya setiap manusia dilahirkan dengan pemikiran dan pandangan yang berbeza dan mintak maaf sekiranya pandangan atau pemikiran saya mungkin bakal menguris hati sesetengah pihak. Kepada semua, kritikan dan nasihat anda adalah pembakar semangat saya dan membuatkan jiwa saya hidup!