Jumaat, 29 Mei 2009

Promise



As you sit in silence,

Wondering why

I'll be your shoulder to cry on

Until your tears run dry.

When you've been hurt,

And can't believe what they've done

If you need someone to talk to

I'll be the one.

If a close friend hurts you,

And you don't understand

Remember I'm here,I'll lend a helping hand.

Burdens are lighter when carried by two,

And I just want you to know

I'm here for you.

Selasa, 26 Mei 2009

cinta oh cinta

Sudah lama rasanya tidak menerjah dan menitipkan karangan jiwa serta kisah kehidupan dalam laman ini.Terasa blog saya kian hambar..blog ini bukanlah bertujuan untuk hanya ditatapi tetapi yang lebih penting untuk dihayati bersama mengenai liku2 kehidupan bergelar insan biasa.
Hari ini seperti biasa menghabiskan hari2 cuti bersama-sama keluarga.Maklumlah mama dan abah selalu saja sibuk dengan kerja.Maka hari minggu dianggap sangat special buat saya. Yang penting kadang-kadang tu,kalu mama xdak apa2 kerja,mama akan masak.Wah..besnya dpt rs mskn mama! Hari ini seawal pukul 7 pagi dah mama kejut.Suruh mandi dan siap2 sebab pagi tu nak ikut mama ke alor star.Ada persidangan UMNO. Smpai ja di bangunan UMNO kat alor star 2 tgk org da ramai.siap dgn press lagi.Oh dunia politik..macam2 pendapat dpt didgr. Yang pasti nm pon ahli UMNO mst la semua pasal UMNO adalah btl.Hmm....berfikir sejenak..bosannya dunia politik..haha.Tah kenapa saya x seperti mama yang punya semangat berkobar-kobar dlm politik UMNOnya..saya lebih kepada mendengar dan memberi pendapat.Utk involve dlm politik..mungkin tidak..sekadar berharap yang barisan yang menerajui negara benar2 tulus menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira agama dan warna kulit..Bukankah rakyat Malaysia adalah 1 suara?
Smpai ja kat umah jam da tunjuk kol 2.Hari ni cuaca panas sampai nk celik mata pun da xlarat. Tp online larat plak.haha..smpai abg dan kakak kt umah x abis2 kata ‘hang ni asyik online ja keja’.Well...saya buat xendah ja..Dapat ja online trs saya sign in ym..Maka bermula la 1 episod berfikir sejenak hari ini..memikirkan betapa hidup ini tidaklah semudah yang disangka. 1 of my fren kt ym cita problem dia kat saya sampai saya pun speechless xtaw nk cakap apa. Biasalah masalah remaja masa skrg..LOVE.
CINTA.Lima perkataan ja tapi makna dan kesannya sangat mendalam.Cinta tu apa?haha..kadang-kadang saya sendiri tak terjawab apakah itu CINTA. Cinta dianggap oleh saya sebagai satu perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadap seseorang sampai kita sanggup buat apa saja untuk dia. Sama ker cinta dengan suka? Suka tu bagi saya hanya sekadar perasaan mengagumi seseorang tapi xla sampai adanya perasaan sayang..btl ker??cam merepek ja.haha.hmm..pada saya juga percintaan yg hanya berlandaskan perasaan suka sahaja xkan bertahan lama sebab kita insan biasa ni banyak kelemahan..jdk kalu da couple then ada part2 kt pasangan yang kita xsuka mcm mn?Itulah sebabnya pada saya bila couple ni kena ada perasaan sayang.Baru hubungan boleh kekal lama.Sebabnya bila dah sayang..maka kita bersedia untuk menerima baik buruk pasangan dan bersedia utk sm2 memperbaiki bagi mencantikkan lagi hubungan.panjangnya la saya melalut..sepanjang da lebih 20 tahun saya hidup,saya acap kali melihat kawan saya menangis kerana cinta. Kadang-kadang saya pun menangis kerana cinta.Hebat sgt ka cinta ni??Kerana cinta, ada yang diawang-awangan, kerna cinta ada yang ketawa..kerana cinta ada yang bahagia..kerana cinta ada jiwa yang tersenyum..dan kerna cinta jugak..ada yang menangis..ada hati yang menjauh..ada persahabatan yg terputus..ada yg merana..ada yg mrh dan smpaikan kerana cinta ada yang meninggalkan keluarga dan sgp mati kerana cinta.CINTA oh...CINTA..
Berbicara berkenaan cinta..sejak di bangku sekolah lagi, di zaman muda-mudi yang masih mentah, ramai kawan saya yang pernah bercinta. Xkisah lah cinta monyet ker atau cinta sejati yang kekal hingga ke hari ini. Namun realitinya ramai yang sekadar cinta monyet,terkandas di tengah jalan dan kemudiannya membawa haluan masing-masing. Tetapi pengalaman juga menyaksikan ada di kalangan rakan saya yang percintaannya kekal smpai sekarang. Baguslah..semoga terus perpanjangan hingga ke akhir usia. Tak salah rasanya bercinta ketika di bangku sekolah namun harus saling ingat-mengingati tanggungjawab yang lebih utama sebagai pelajar harapan bangsa dan negara. Yang penting biar keduanya berjalan seiring dan tiptop. Apabila memperkatakan tentang cinta, saya percaya boleh dikatakan perbualan kita bersama rakan-rakan sering berkisar tentang hal ini. Apakah cinta itu tidak boleh dipisahkan dari jiwa manusia? Ya. Mana mungkin jiwa manusia ini dapat dipisahkan dari rasa cinta. Sekiranya dipisahkan, maka akan lahirkan ramai manusia yang tidak berhati perut dan berperikemanusian kerna skop cinta itu meluas. Bukan hanya rasa cinta terhadap pasangan berlainan jantina tetapi rasa cinta kepada ibubapa,sesama mahhluk lain dan yang lebih utama kepada Allah S.W.T. Tuhan yang mencipta segalanya.
Hari bertukar hari, bulan bertukar bulan dan dari tahun ke tahun kita semakin membesar..usia semakin bertambah..namun adakah angka usia yang bertambah itu sudah cukup untuk menguji kedewasaan seseorang? Saya pernah terbaca satu entry ini dan sehingga ke hari ini saya masih mengingat kata-katanya. Katanya..kita semua membesar dan usia kita kesemuanya bertambah saban tahun tetapi tidak semuanya menjadi dewasa. Berfikir saya sejenak kebenaran kata-kata ini dan saya mengakui. Bukan semua usia yang bertambah itu bermakna dewasa pemikiran dan akhlaknya. Lalu saya tertanya bagaimana untuk kita menjadi dewasa? Sering saya mendengar ‘pengalaman dan cabaran itu bakal mendewasakan anda’. Ya benar! Kita melalui proses kedewasaan itu dengan pengalaman dan cabaran. Dan pengalaman dan cabaran itu tidak pernah melepaskan kita dari melalui proses mencintai dan dicintai. Percayalah, dengan cinta kita belajar menjadi dewasa. Kita belajar menghargai orang lain dan kita juga belajar memikirkan bukan hanya untuk diri sendiri tetapi juga untuk orang lain. Betapa indahnya cinta itu.
Saya sering mendengar dan terdengar sahabat2 saya mengeluh berkenaan cinta. Sehinggakan ada yang tidak sanggup lagi mempertaruhkan hati dan perasaannya kepada seorang lelaki. Dan saya juga slalu melihat ada pula dikalangan rakan yang terlalu pemurah cintanya. Alahai cinta..kerenah manusia pelbagai hanya kerana dek penangan cinta. Sahabat, apabila melalui proses percintaan, jangan terlalu pemurah memberi dan jangan pula terlalu susah untuk memberi. Berilah cintamu kepada yang benar-benar ikhlas. Saya bukan mengajar anda untuk tidak mempercayai lelaki tetapi sejarah menyaksikan ramai yang terluka kerana lelaki. Jangan terlalu mudah untuk melayan kerana kita mungkin tidak tahu motif sebenarnya. Biarlah kita dikatakan agak jual mahal dari dikatakan perempuan murahan. Rambut kita mungkin sama hitam tetapi hati orang lain-lain. Ambil masa untuk kenali hati budinya dan selidiki latar belakangnya.Ingat, pendapat dari rakan-rakan sangatlah membantu!dan sesekali cubalah menguji hatinya agar kita tahu sama ada dia benar-benar serius dengan kita. Apabila bercinta, jangan sekadar hanya menerima tetapi bersedia juga untuk memberi. Sesekali tidak salah rasanya kita pula yang menghulur wang di kaunter untuk membayar makanan.Bukankah dengan bercinta itu kita belajar untuk saling berkongsi sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan yang pastinya menjanjikan banyak perkara yang perlu dikongsi bersama.
Percayalah..cinta itu benar-benar indah apabila kita betul-betul menghayatinya. Jangan sesekali mempermainkan cinta kerana cinta adalah anugerah yang tidak ternilai yang diberikan Allah kepada hambanya. Kepada yang masih belum menemui cinta sejati dan sering dilukai, be strong. Jangan pernah putus asa untuk mencari cinta yang sejati dan jangan pula sekadar menunggu. Kadangkala kita perlu bergerak mencari sebagai pembuka jalan ke arah menemuinya. Mungkin Allah sedang menguji kita dan mengajar kita untuk menjadi dewasa sebelum menemukan kita dengan yang benar-benar berhak ke atas kita.Jadikan setiap pengalaman dan kesilapan sebagai pengajaran yang amat berharga! Semoga kebahagiaan sentiasa bersama kita!