Khamis, 27 Mei 2010

KESEDERHANAAN


Mood nak menulis tu datang lagi. Jam di laptopku menunjukkan angka 0.35. Menandakan waktu sekarang adalah 12.35 am, 28 Mei 2010.
Berada sendirian di dalam bilik, di tengah malam sebegini, banyak benda yang aku fikirkan. Tentang masa depan, perpisahan, pertemuan, kematian, persahabatan..segalanya apabila digabungkan menjadi 1, tentang kehidupan.
Di sini aku masih sendiri,
merenungi hari-hari sepi,
aku tanpamu,
masih tanpamu
Bila esok hari datang lagi,
kucoba untuk hadapi semua ini,
meski tanpamu..
Di saat aku jatuh, aku mahu terus bangkit. Di saat aku sedih, aku mahu terus tersenyum. Di saat aku sakit, aku mahu terus kuat..di saat aku mula benci, aku mahu terus menyukai. Di saat aku mahu menangis, aku mahu terus tertawa.Di saat aku takut, aku mahu terus berani. Di saat aku gelabah, aku mahu terus tenang. Di saat aku rasa marah, aku mahu terus sabar. Aku mahu menyintainya dengan sederhana. Lewat kata yang terucap, aku mahu mencintainya dengan sederhana.
Hari- hari yang aku lewati, meskipun tanpa dia, aku mahu terus senyum, tertawa dan gembira. Bila hari esok datang lagi, aku mahu dia tahu, aku masih setia di sini. Menunggunya dengan sabar. Menyintainya dengan sederhana.

Mati itu pasti menjemput

Salam percutian indah..

Blog aku sunyi dan sepi. Maaf aku menyepi buat seketika. Banyak program dan perkara yang perlu diselesaikan. Alhamdulilah sekarang aku tenang menikmati percutian di kampung halaman yang tercinta, Sungai Petani.

Menjadi mahasiswa/i bukan hanya sekadar perlu bergelumang dengan buku semata. Softskill dan pengalaman di luar kampus itu penting sebagai persiapan menghadapi dunia pekerjaan yang kian mencabar. Ramai juga yang bertanya apa yang aku dapat dengan menyertai pelbagai program universiti contohnya seperti Khidmat Komuniti dan Pembangunan Sahsiah Pelajar. Bukankah lebih seronok menghabiskan cuti yang panjang bersama keluarga tercinta? Jawapan aku mudah. Dari masyarakat kita datang, kepada masyarakat juga kita kembali. Jadi kenapa tidak? Berbakti dan berkhidmatlah kepada masyarakat selagi terdaya. Di sinilah medannya untuk kita belajar perkara yang tidak mampu dipelajari dari buku. Bagaimana untuk berhadapan dengan masyarakat luar yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, bagaimana untuk mengendalikan sesuatu program dengan jayanya, bagaimana untuk mendapatkan kerjasama dari setiap ahli dengan sepenuhnya. Aku puas. Biarpun penat berhempas pulas dengan Program Pembangunan Sahsiah Pelajar yang bertempat di Kundang Ulu, Johor dan Pulau Manis, Pekan Pahang dua minggu berturut- turut, tapi aku puas dapat mendekatkan diri dengan masyarakat. Cuba memahami gaya hidup dan budaya orang lain. Memang satu pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Mati itu pasti. Kematian itu pasti tiba. Tiada yang terkecuali. Baik aku, baik kamu mahupun dia. Kita semua pasti kembali kepadaNya. Dua hari lepas, aku dikejutkan dengan satu berita kematian seorang teman. Umurnya masih muda. Sebaya aku. Aku tidak mampu berkata apa-apa. Benar- benar terkejut. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang- orang yang beriman. Itu doa aku. Dan semoga keluarganya tabah menghadapi ujian Tuhan. Allah lebih sayangkan dia. Yang penting mereka telah berusaha sedayanya untuk mengubatinya. Pasrahlah. Kita bertemu untuk berpisah dan kita berpisah untuk bertemu. Kalau tidak bertemu di dunia, InsyaAllah kita pasti bertemu di penghujung destinasi sana, syurga. Biarpun tidak mengenali arwah secara rapat, aku banyak mendengar ceritanya melalui seorang teman. Dan ketika arwah di dalam koma lagi, aku tidak henti- henti berdoa semoga diberikannya kekuatan dan semangat untuk teruskan hidup. Tapi apakan daya, Allah lebih sayangkannya. Pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap yang berlaku. Marilah sama- sama kita hadiahkan Al- Fatihah buat arwah. Al- Fatihah..
Kita yang masih hidup ini perlu teruskan hidup. Kematian itu mengingatkan aku bahawa apa yang aku miliki ini hanya pinjaman. Tiada yang menjadi milik mutlakku. Sampai masa perlu kuserah kepada yang selayaknya. Aku hanya mampu menghargai apa yang ku ada ini selagi ianya ada denganku. Teringat pula aku kepada kata- kata seorang ustaz ketika menyampaikan ceramah ugamanya di fakulti bulan lalu. Katanya, sememangnya jodoh, pertemuan, ajal dan maut itu ditangan Tuhan. Dah tu, kalau sememangnya sudah tertulis suratan takdirnya begitu, apa perlunya berdoa? Sambungnya lagi, Allah itu Maha Berkuasa dan bisa Mengubah segalanya. Oleh itu, jangan berhenti berdoa dan berusaha kerana Allah tak akan mengubah nasib hambaNya selagi mereka tidak berusaha mengubahnya. Di situlah fungsinya doa. Kita menadah tangan dan meminta kepadaNya Yang Maha Agung. InsyaAllah berkat doa yang tulus dan ikhlas ditambah dengan usaha yang kuat, doa itu pasti dimakbulkan Tuhan.

I asked for Strength And was given Difficulties to make me strong.
I asked for Wisdom And was given Problems to solve.
I asked for Prosperity And was given a Brain and Brawn to work.
I asked for Courage And was given Danger to overcome.
I asked for Love And was given Troubled people to help.
I asked for Favors And was given Opportunities.
I received nothing I wanted.I received everything I needed.

p/s: Buat teman tercinta, aku amat merindui kalian! Semoga kita sentiasa berada dalam keredhaanNya InsyaAllah.