Khamis, 15 Disember 2011

Assalamualaikum

Assalamualaikum..
Hyeeeeeeee. i'm back. setelah lama gler tak update blog, Alhamdulilah malam ni tergerak hati nk conteng2 cket kt cni utk bgtaw i'm still alive!hihi

First n foremost, nk ucap makaseh banyak2 kat semua yg jalan2 kt blog ni dan tglkan komen. TQSM! Terharu.Sorie xreply kt komen tu n harap halal la ek aku komen kt cni je. *ala..jgn la sedey2 nges2 masuk blog nih. harapnya blog nih akan bglah cket sbnyk semangat kt korang.=) Mana yg elok tu amik lah ek. Yang xelok tu tgl je kt ctu jgn bwk balik.

Sapa dah tgk citer Ombak Rinduuuuuuuu? angkat tangan! So apa pendapat korang? bes sgt ke cite tu? Pada aku beslah sbb ada Aaron Aziz dan Maya Karin nmpk cantik dan baekk sgt dlm cite tu. View yg sgt sweeeet! "reda itu ikhlas, pasrah itu menyerah". "iza dah lama maafkan abg.." ini antara ayat2 yg aku egtlah. Ramai yg nges kn tgk cite tuh? Dlu masa sekolah zmn remaja mood tgh tinggi lyn novel, aku ada novel Ombak Rindu tu. dan bc novel mmg aku nges. Maybe sbb bl mcm novel, kita menghayati cerita tu ikt view kt sendiri. Appun aku bagi 4 bintang utk cerita tuh. Oklah. plg penting tatarias lighting, camera dan view yg sgt cantik! aku suka villa mcm tu. sgt cantik. Rumah idaman hati tuu..

Dalam 3 minggu lg, aku dh nk final exam. Exam yg kedua terakhir sebelum akhirnya selesailah perjuangan sebagai seorang pelajar undang2. Harapnya 4 taun berjuang utk dpt degree law ni berbaloi dan akan tamat dengan jayanya. InsyaAllah..pasni chambering plak. Harap Allah mudahkan segala urusan dan perjalanan aku. Menjadi peguam adalah antara cita-cita pilihan masa aku kecik. Dan harapnya dream will come true. Ameeeeen.

p/s: korang jaga diri baik2. skrg banjir sn sini. orang jahat pn ada je kt mn2. Jaga hati jgk ya. sbb pencuri hati pn banyak. =D

Selasa, 23 Ogos 2011

Aku Syukur Ya Allah

Assalamualaikum..

Alhamdulilah.Ramadhan hari ke 23. Diizinkan Tuhan, masih bernafas..dan tak lama lagi nk Syawal dah. Harap Tuhan bagi aku kesempatan untuk raya taun ni dan dipanjangkan umur utk tahun2 kedepannya.

Sekejap sangat masa berjalan. Tuptap pejam celik pejam celik dan nk raya. Dah hampir sebulan puasa. Sekarang tengah busy buat kuih raya. Baru 3 jenis dh sakit pinggang. Bes jgk tahun ni dpt rasa whole Ramadhan kt umah berbuka dengan family walaupun xcukup corum. Xsabar nk tgu semua balik raya nanti.Sure meriah!

Setiap hari aku selalu doa supaya Allah jadikkn aku orang yang selalu bersyukur dengan segala nikmat kurnianNya. Tuhan pelihara akhlak aku dan jadikkan aku lebih baik dari sebelumnya. Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu rahmat utk aku dan semua. Aku mau jadik orang yang selalu ikhlas, selalu sabar, selalu kuat semangat dan selalu bahagia dengan apa adanya.

Ya Allah, terima kasih atas segalanya. Keluarga yg bahagia, fizikal yang sempurna, minda yg cerdas, sihat tubuh badan, rezeki yang melimpah dan macam2 lagi. Alhamdulilah..=)

Ahad, 14 Ogos 2011

BERSABARLAH DUHAI HATI

Artikel ni aku copy dari iluvislam.com. Aku suka dengan ayat2 dia.Jadik aku kongsi kt cni.

kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba.

Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak.

Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan.

Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.

Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa.

Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah SWT sedang menduga.

Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya.

Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.

Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadangkala membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadangkala kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis oleh-Nya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuan-Nya?

Kadangkala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapan-Nya.
'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...''Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '

Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?

Subhanallah. Maha suci Allah!

Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayat-Nya.

Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.

Kenapa semua ini terjadi padaku?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Kenapa terlalu berat ujian ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

Bagaimana harus ku hadapi semua ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

Apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)

Kepada siapa harus aku berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

Berimankah aku?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)

Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Tenang

Agak lama aku menyepi dan xupdate blog kan?
Sebulan aku kt Mersing carik ketenangan. Satu pekan kecik tepi laut dan sungai yang sangat mendamaikan. Mersing mmg sesuai utk sapa2 yang mau carik ketenangan. Mersing jgk tempat orang naik jeti ke Tioman dan pulau2 sekitarnya.
Sekarang aku dah kt Sungai Petani. Rindu kt Mersing! For sure, insyaAllah akan ke sn lagi.

Alhamdulilah sekarang hidup semakin baik dan menggembirakan. Terima kasih kepada keluarga yang sentiasa ada di sisi. Menggembirakan hari-hari yang aku lalui. Antara aku dan dia, kitaorg masih berkawan. Aku selalu berpegang pd prinsip, if cannot be a lover, then be a fren! Tak rugi apa2 kn? daripada membenci dan berdendam utk apa? Bukan dapat apa pun..

Walaupun dah nak masuk hari ke-6 posa, rsnya masih belum terlambat utk aku ucapkan Salam Ramadhan utk semua. semoga Ramadhan kali ini lebih diberkati dan bererti. Ameen...=)

Rabu, 29 Jun 2011

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W

Bersempena israk mikraj- 27 Rejab, aku tertanya- tanya seramai mana anak-anak muda yang tahu dan menghayati pengertiannya? Oleh itu aku kongsikan peristiwa israk mikraj.

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab

1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..

SUMBER:
http://fullfilth.blogspot.com

Sabtu, 25 Jun 2011

Boleh tak?

Kadang- kadang aku mempersoalkan seperti ini :

Boleh tak kalau aku hanya mahu lihat dunia dari kaca mata aku sendiri?
Boleh tak aku tak nak cuba lihat dunia dari kaca mata orang lain?
Boleh kalau aku mahu pentingkan diri sendiri?
Boleh kalau aku tak nak fikir apa orang lain rasa?
Boleh tak aku nak buat apa saja aku suka ikut suka hati aku?
Boleh tak kalau aku ikut sahaja apa kata hati?
Boleh tak kalau aku mau marah ikut suka hati?
Boleh tak kalau aku nak ikut kepala sendiri je? Boleh?
Boleh kalau aku tak nak hiraukan apa orang lain cakap? Boleh?
Boleh??

p/s: mood tak berapa nk stabil.

Jumaat, 24 Jun 2011

BERSEDIA

Hidup ini banyak benda yang aku tak dapat nak duga. Banyak benda yang aku tak mampu jangka apa yang akan terjadi esok, lusa, masa depan. Sememangnya aku mengharapkan semuanya akan lebih baik. Tapi satu perkara yang aku kadang- kadang lupa. Hidup ini ada pasang surutnya. Ada jatuh dan bangunnya. Sering aku dengar orang cakap hidup ini ibarat roda. Adakala kita di atas, ada satu ketika kita dibawah. Memang tak dapat disangkal apatah lagi untuk menafikannya. Memang hidup ini umpama roda.

Tak kira appun jadik, cekalkan hati untuk terus hidup, tabah berdiri. Memang semuanya tidak akan seperti yang aku harapkan. Hari ini kita bertemu. Mungkin esok kita berpisah. Hari ini kita berkampung mungkin esok kita bercerai. Hari ini kita berkongsi gelak tawa, mungkin esok kita berduka. Menginjak ke usia yang lebih dewasa, banyak perkara yang aku belajar. Yang paling penting belajar untuk terima kenyataan walaupun menyakitkan. Belajar untuk bangun kembali, teruskan hidup walaupun saat itu hanya Tuhan yang tahu betapa lemahnya aku. Belajar untuk tidak mudah putus asa dan terus kuat walaupun terasa jiwa ini kosong. Aku belajar terima hakikat bahawa semuanya hanya pinjaman. Sampai masa aku harus redha. Aku harus merelakan sebuah perpisahan.

Dalam hidup ini kita kena sentiasa bersedia. Apa- apa sahaja boleh terjadi. Bukan niat untuk fikir yang bukan- bukan. Bukan niat untuk berfikiran negatif tapi itulah realiti yang harus kita terima. Kita harus bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Kemungkinan untuk ditinggalkan, kemungkinan untuk gagal, kemungkinan oleh kehilangan orang yang kita sayang..Siapa yang tak takut semua itu berlaku. Siapa yang rela? Siapa yang mahu? Rela tak rela, mahu tak mahu, terpaksa kita telan walaupun peritnya hanya Tuhan yang tahu. Bila semua itu terjadi, pejamkan mata dan selalu ingat Tuhan tak janjikan hidup ini mudah tapi Dia berjanji akan selalu bersama hamba- hambaNya tidak kira dalam keadaan apapun. Saat kita terasa seperti sudah tiada siapa- siapa, selalu ingat Allah sentiasa bersama kita kerana Dia kekasih yang Paling Setia.

Ibarat sepohon pokok yang akan terus berusaha hidup walaupun daunnya berguguran setiap hari, begitu juga aku. Daun- daun yang gugur itu umpama mereka yang pernah hadir dalam hidup aku. Yakinlah, yang gugur pasti diganti dengan yang baru. Itu firah hidup! Yang patah tumbuh, yang hilang pasti berganti. Pasti diganti dengan yang lebih baik! InsyaAllah..

Ahad, 8 Mei 2011

Si Matahari

Aku pandang langit,langit itu nampak cerah, warnanya kebiru- biruan..aku tersenyum. Hari ini pasti hari yang indah.

Aku melangkah lagi..aku pandang langit, masih cerah. Tiba- tiba mata aku mengecil. Aku tak boleh memandang langit lama-lama. Pancaran matahari yang terik itu buat mata aku jadi sakit. Matahari itu buat aku rasa bahang dan panas. Tubuh aku mula dibasahi peluh. Aku marah matahari. Aku tak suka matahari. Sebab matahari kulit aku jadi gelap, tekak aku jadi haus. Kadang- kadang aku jatuh sakit. Demam.

Lalu, aku lari. Berteduh bawah pokok. Dalam hati aku kata untung ada pokok. Pokok tak seperti matahari. Tak panas..bila angin datang, pokok pasti menyejukkan aku dengan lambaian daun-daunnya. Dalam hati, aku suruh matahari pergi jauh- jauh. Aku lebih suka angin dan pokok. Lebih nyaman.

Aku suka tengok langit. Langit itu terbentang luas. Cantik. Tapi aku tak suka tengok matahari bersama langit. Sebab matahari, aku tak boleh pandang langit yang cantik tu. Sebab tu setiap kali senja datang, aku bahagia tengok matahari jatuh. Sebab masa tu aku boleh pandang langit puas- puas. Benar- benar cantik. Warna langit yang keoren- orenan itu benar- benar memukau mataku. Aku sayang langit.

Aku masih lagi berdiri di situ. Memandang langit. Sekejap lagi langit akan jadi gelap. Aku jadi sedih. Aku tak mahu langit bertukar warna jadi gelap. Di balik awan, aku lihat matahari mula jatuh lalu menghilangkan diri. Lalu langit bertukar menjadi gelap. Aku sudah tidak nampak apa-apa. Dunia aku jadi gelap.

Aku pandang lagi langit. Kelam gelap gelita. Tiba- tiba nun jauh di atas langit, aku nampak bulan dan bintang. Cantik. Aku tersenyum. Nasib baik bulan dan bintang ada. Langit kesayanganku nampak cantik dan kembali cerah. Aku suka cahaya bulan. Tak panas dan menyakitkan mata macam matahari.

Di balik langit. Matahari masih di situ. Memerhati dunia dan tersenyum lalu berkata;


“Jangan risau. Esok aku pasti muncul lagi. Supaya kamu masih boleh memandang langit yang cantik. Di saat langit mula jadi gelap, dengan cahayaku, aku nampakkan bulan dan bintang.Sekalipun aku pergi, cahaya aku pasti ada supaya kamu masih boleh melihat bulan dan bintang di langit. Iya. Aku memang panas. Cahaya aku selalu menyakitkan kamu. Tetapi tanpa aku, dunia kamu akan gelap. Meskipun aku hanya mampu melihat kamu dari jauh, sekalipun kamu tak suka pandang aku, aku tetap ada untuk kamu. Dari jauh, aku akan sentiasa pastikan kamu tersenyum dan terus tersenyum dan aku akan pastikan cahayaku sentiasa menyinari harimu”.


p/s: kadang2 kita tak sedar orang yang kita tak suka tu lah orang yang benar- benar sayangkan kita dan sanggup berbuat apa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira. Apa kaitannya dengan si matahari? Fikir sedalam- dalamnya.

Rabu, 4 Mei 2011

TIPS UNTUK KAUM HAWA

Ni aku sajalah nak kongsi-kongsi tips ngn korang supaya hubungan cinta yang terjalin tuh sentiasa berpanjangan, tak pudar dan hangat sentiasa. Yang paling penting jangan wat sampai lelaki rasa nyampah dan bosan ngn korang.

SELALU IKHLAS DAN JUJUR
Selalu kita dengar kan orang ckp “honesty is the best policy”. Tiada keraguan. Memang pun. Dalam relationship ni, bila dah orang bagi kita kepercayaan, plezz la jaga elok2. Xmau tipu kanan, tipu kiri. Tp doesn’t mean semua rahsia kita nk kena inform pada pasangan. Berpada- padalah. Plg penting, jangan ada curang-curang. Rasa sesuai untuk dikongsikan, kongsi-kongsikan lah. Ikhlas dan jujur ni mesti 2 hala. Bukan pompuan je kena jujur, lelaki jugak!

JANGAN GEDIK& MENGADA-NGADA
Memang tak dinafikan lelaki suka pompuan yang manja. Tapi jangan terlebih manja sampai nampak macam gedik dan mengada- ngada. Intonasi suara tolong cover jgn nak terjerit- jerit sana sini tak egt orang kiri kanan, terhentak- hentak kaki mengalahkan budak kecik 1 tahun. Jangan ya! Sekali sekala mungkin bole tahan la kot. Pastu jangan nak ngada- ngada semua benda nk bergantung kat laki sampai beg tangan awak pn nk suh bf awak pegang. Owh tidak!haha maybe certain pasangan suka tp tidak pada saya.

PENYAYANG
Lelaki suka perempuan yang penyayang dan bersifat keibuan. So selalulah amik berat pasal pasangan kamu. Selalu la tya walaupun dengan hanya soalan simple seperti ini “awak sihat hari ni?”, “jaga diri taw!”, “dah makan?”, exam macam mn tadi,ok?”. Percaya atau tidak, soalan- soalan simple macam ni pun dah cukup untuk buat lelaki rasa dirinya disayangi. Tak perlu pun hadiah berdozen- dozen. Yang penting, perhatian!

PENGHARGAAN
Siapa- siapa sahaja suka diri mereka dihargai. Oleh itu, anda mesti buat lelaki rasa diri mereka dihargai dan berguna. Elakkanlah perkataan- perkataan seperti “awak ni tak gunalah!” atau “saya tak rasa awak layak untuk saya”. Lelaki pasti akan rasa down yang amat- amat apabila orang yang dia cintai merasakan dirinya tidak berguna. Lelaki suka bersikap seperti seorang pelindung dan sila jangan bandingkannya dengan lelaki2 lain terutamanya ex bf anda!jangan!

BERDIKARI
Jangan bergantung 100% kepada lelaki. Lelaki pasti akan berasa rimas. Jadilah perempuan yang boleh berdikari dan tidak terlalu manja. Benda yang simple, bole buat sendiri, buat je lah. Macam nak g fotostat kertas ke..nak basuh kereta ke..hantar anak ke taska ke..pergi kedai ke..TAPI, sekali sekala nk mengada- ngada tu boleh je. Ye lahh naik lemak lah diorang kalau asik nk kena berdikari je.hihi

SOPAN SANTUN
Huh ni memang antara idaman kebanyakan lelaki. Lelaki suka perempuan yang sopan santun dan lemah lembut. Owh jangan salah anggap ye. Sopan santun tak dinilai hanya pada pakaian je. Tapi jugak perilaku dan hati. Kalau secara zahirnya lemah lembut tapi hati keras macam batu tak guna jugak. Kalau baju je sopan santun tapi asyik melangut je tengok tv, tak turun dapur memasak, wat kerja umah pun tak nak, ngasuh anak pun malas, xde gunanya jugak. Oleh itu silalah bersopan santun dan berlemah lembut kena pada tempatnya. Kalau tyme2 rushing masih sibok nk kontrol- kontrol ayu, jalan slow- slow terkepit kepit, memang panas lah jgk.hmmmmmmmmmmm.

DEMAND
Ha perempuan, jangan nak demand dan high taste sangat sampai makan gerai tepi jalan pun tak nak, dapat hadiah murah- murah pun cebik bibir. Memang naik tensionlah si lelaki. Jangan pressure lelaki dengan duit dan harta benda. Kalau awak rasa nk benda mahal- mahal n lelaki tak mampu, apa kata pakai je duit sendiri, beli. Kan lagi bagus. Satu lagi jangan nak harapkan lelaki je kuarkan duit sampai duit nak masuk toilet 30sen pun mintak laki bayarkan. Tak salahkan hidup berkongsi? Harini dia belanja awak, esok2 awak belanja la dia pulak. Kan seronok macam tu.

SEMANGAT
Perempuan ibarat tulang rusuk lelaki. Lelaki suka kepada perempuan yang selalu membuatkan dia rasa semangat dan berkeyakinan. Oleh itu, selalu- selalunya menyokongnya dalam apa jua keadaan sekali pun sama ada susah atau senang. Dampinganlah dia selalu terutamanya di saat dia susah, sedih dan perlukan seseorang di sisinya. Lelaki pasti akan berasa lebih kuat dan bersemangat apabila orang yang dicintai ada di sisi. Walaupun dengan hanya sekadar senyum, sudah cukup untuk membuat lelaki terasa sedikit terubat. Tak percaya? Cubalah!

BERILMU
Lelaki suka perempuan yang bijak. Bijak bukan diukur dari setinggi mana taraf pendidikan anda. Tapi kebijaksanaan dalam menguruskan hidup, dalam menguruskan rumah tangga, anak- anak, suami, bijak menguruskan masa dan lain-lain lagi. Memang kita tidak sempurna tapi cubalah jadik sesempurna boleh dan sebijak yang boleh. Jangan buat lelaki pening dengan kerenah anda!

BERDOA
Paling penting selalulah berdoa kepada Tuhan agar hubungan yang terjalin sentiasa diberkati, berkekalan, berpanjangan dan gembira sentiasa. Jangan lupa juga berdoa supaya sentiasa diberi semangat dan kekuatan dalam menghadapi apa jua rintangan dalam hubungan. InsyaAllah berkat doa yang ikhlas, pasti dimakbulkan.

p/s : Tips ni mungkin hanya berguna pada certain lelaki sahaja. Sebab ada setengah lelaki yang ketegaq tak hingat dunia, pikir dia je bagus dan ego nak mampos. Xdapat lah eden nk nolong. Yang macam tu, p rendam ja dalam ayaq hangat, senang cita. Hihi. RENUNG- RENUNGKANLAH DAN SELAMAT BERAMAL. Pasni aku bagi tips untuk lelaki pulak ya!

Khamis, 28 April 2011

HARAPAN

Hidup ini bermula dengan harapan..

Sejak dari kecil sehinggalah menginjak ke alam dewasa, harapan akan sentiasa mengiringi perjalanan hidup.

Bermula dari sebuah kelahiran, kita semua keluar ke dunia, dari rahim seorang ibu, berbekalkan doa dan harapan seorang ibu untuk melihat anak kecil sebesar tapak tangannya itu akan membesar menjadi seorang manusia yang berguna. Kemudian kita diazan/diiqamatkan oleh seorang bapa yang mengharapkan anak kecilnya akan menjaya mengharungi dunia yang penuh cabaran ini dengan penuh kekuatan dan semangat sama seperti besarnya semangatnya untuk mendidik anak kecilnya agar kelak akan menjadi manusia yang hebat dan punya harga diri. Semuanya bermula dengan harapan.Harapan seorang bapa, harapan seorang ibu, harapan seorang suami, harapan seorang isteri, harapan seorang abang, harapan seorang pelajar, harapan seorang perdana menteri. Satu perkataan penuh makna, HARAPAN.

Dengan harapan, terciptalah impian. Terlahirlah sebuah cita- cita. Memang semua orang mengharapkan sebuah harapan, sebuah impian dan sebuah cita-cita akan menjadi kenyataan satu hari nanti. Tetapi harus diingat harapan sahaja tanpa diiringi usaha, semangat dan doa yang kuat tidak akan ke mana –mana. Bila sesekali dugaan datang, jangan patah semangat. Bila sesekali apa yang diusahakan tidak membuahkan hasil yang sepatutnya, jangan mudah mengalah. Teruskan berusaha! Tanpa rasa letih tanpa rasa jemu. Tiada siapa yang meraih kejayaan dengan mudah. Semuanya memerlukan daya usaha yang kuat, pengorbanan yang hebat!

Sama seperti orang lain, aku juga punya harapan. Malah setiap langkah yang aku lalui, setiap udara yang aku sedut, setiap nafas yang aku hembus, aku mengharapkan sebuah kehidupan yang lebih baik. Lebih menyenangkan dan lebih membahagiakan. Di saat aku menunggu bas yang tak kunjung tiba ditambah dengan cuaca yang panas, peluh yang membasahi dahi, aku mengharapkan “cepatlah bas ni datang...”. Di kala aku menunggu tren dalam penuh kesesakan dengan hiruk pikuk orang ramai, aku mengharapkan, “cepatlah tren ni sampai...”. Tanpa sedar, setiap hari kita mempertaruhkan sebuah harapan. Walaupun kadang- kadang apa yang diharapkan tidak sama seperti yang kita dapat, kita tak pernah serik untuk berharap.

Sejak dari kecil, banyak harapan yang aku pertaruhkan. Untuk dapat no 1 dalam kelas..untuk jadi johan dalam pertandingan pidato, syarahan..hoki. Untuk dapat 5A UPSR, 8A PMR, 10A1 SPM, harapan untuk menjadi seorang doktor. Semuanya penuh dengan harapan. Ada sesetengahnya aku berjaya tapi ada sesetengahnya tidak mampu aku realitikan. Aku pernah menangis kesedihan, kecewa bila harapan tidak menjadi kenyataan. Tapi kata mama, yang penting aku dah usaha sehabis mampu, selebihnya kena redha dengan takdir Tuhan. Semakin aku menginjak dewasa, aku mula dapat menerima kenyataan bahawa tak semua perkara yang kita nak, kita akan dapat. Yang penting usaha! Selebihnya doa dan tawakal. Sebab tu, aku tak pernah jemu dan serik mempertaruhkan harapan dalam hidup aku. Sampai sekarang. Sebab aku tahu, Tuhan tahu apa yang terbaik untuk hamba- hambaNya.

Memetik kata-kata seorang lecturer aku, hidup ini perlu berlari. Mengejar apa yang kita mahu. Kalau berjalan, bertatih, kita akan tertinggal di belakang. Oleh itu, mari kita sama- sama berlari mengejar apa yang kita harapkan. Mengubah impian menjadi realiti! Jangan tunggu esok baru nak usaha, jangan tunggu lusa baru nak mula bergerak ke arah cita-cita. Mulakannya hari ini. Setiap saat adalah berharga! Dan selalu ingat, “Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi mereka tidak berusaha mengubahnya”. Allah itu Adil. Memberikan hasil setimpal dengan usaha. Marilah menuju kejayaan! Kejayaan di dunia dan akhirat. InsyaAllah..Aminn..

p/s: to my “mr buncit, selamat menghadapi peperiksaan akhir. Usaha sehabis mampu! InsyaAllah hasilnya pasti setimpal.=)

Selasa, 19 April 2011

Singgah sebentar

Saja singgah- singgah masuk blog aku yg agak usang ni. Jarang dah aku update..

Hari ni lepas paper kelima aku. Trust law. huh pedih betol tyme jawab. Entah apa2 yang aku tulis pn aku tak ingat.Hope ok lah. Usaha sudah.Tawakal je lahh..now tinggal lagi 1 paper lg nk struggle. Company law! huh caiyyyookkkk..!

Kadang- kadang bila bosan tak dak idea apa nk buat, aku tgk blk pic lama2. Stat dari zaman asasi law ms kt uitm shah alam smpai lah skrg dah tahun 3 nk msk final year kt fac law ukm. Banyak betul perubahan. Kalau dlu slim je skrang dah lebih berisi.hukhuk xsuka. Kalau dlu muka mcm budak2 lagi, sekarang muka da matang. Kadang- kadang rs rindu nk kembali pd zmn dlu2 tu. kan besh! eh skrg x bes ke? Bes jugakkk...2 2 bes.=))

Pasni aku dapat seronok2 golek2 kat umah selama 4 bln!huh syokkknyaa...!!Tapi bila pk kena wat attachment kat firm tetuan Ali& Fariz, rasa gerun plk. Tak penah ada xperience keja ni...risau! Hope semuanya ok lah. Bila lg nk timba pengalaman. Betol x?

Kejap je semua benda berlalu. Kakak aku yg satu2nya pn dah kawen n xlm lagi ank buah kedua bkl menyusul!wahh teruja!hihi..teringat lg dlu kecik2 aku ngn kakak suka main tarik2 rambut, asik nk gado je tak kira tempat. Teringat zmn dia sekolah menengah, bila dia blk asrama aku suka curik2 baca buku diari dia.haha kantoi. Bila dia msk uitm, aku selalu p kacau dia kt umah sewa. Bila kdg2 tak cukup duit aku paw dia..dia satu2nya kakak yang aku ada d semestinya aku syg sgt! tahniah akhirnya hang da jmp jodoh hg. xlama lg dh nk ada ank pun. Semoga berbahagia selamanya!

K lah. gtg. mau studi. nanti singgah lagi.=)

Khamis, 17 Mac 2011

ARIGATO!

aku memang dah jarang tulih2 kt blog ni sejak kebelakangan ni
bukan aku lupa..
cuma tak de idea apa nk tulis

apapun aku nk ucapkan thanks byk2 kt korang yg follow blog aku yg tah apa2 ni..
tq so much!

big smileeeeeeeeeeeeeeeeeee.........
(^____________________^)!

Selasa, 15 Mac 2011

Ahad, 27 Februari 2011

SATU MASA

Ada satu masa, kita perlu bersendiri. Baru kita tahu menghargai saat ada orang bersama kita. Dan bila tiba masanya dia hilang entah ke mana, baru kita tahu sejauh mana berharganya dia untuk kita.

Ada satu masa, kita perlu menangis. Baru kita sedar betapa indahnya saat ketawa. Menangis bukan tandanya kita lemah. Menangis bukan tandanya kita putus asa dan tak bahagia. Anggap saja tangisan itu satu cara kita carik kekuatan, kita carik semangat. Kalau rasa nk nangis, nangis je. U will be ok.

Ada satu masa, kita perlu bergelak tawa. Baru kita tahu nilai setitis air mata. Dunia ni indah sangat. Jadi ada kalanya kita perlu buka mata, lihat orang- orang sekeliling kita, hargai mereka, hargai masa- masa yang ada, just enjoy. Sebab bila tiba saat kita bersendiri, kita pasti rindu saat untuk bergelak ketawa.

Ada satu masa, kita perlu senyum. .walaupun dalam hati tak siapa tahu, jgn masamkan muka. Biarkan senyuman meniti di bibir. Tanda kita syukur dengan apa ada..tanda kita menghargai peluang yang Tuhan bagi kerana kita masih boleh melihat dunia. Masih boleh mendengar, bercakap, berjalan, berlari..cukup sempurna!

Ada satu masa, kita ada rasa lemah. Bila ada orang-orang yang menguji kesabaran hati, bila mana dugaan datang bertimpa-timpa. Bila saat dan masa itu tiba, selalu katakan pada diri, ini semua dugaan. Tuhan tidak akan uji kita kalau kita tak mampu hadapinya. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Ada fadhilatnya. Bila rasa lemah, jangan cepat nak mengalah. Sesudah kesulitan pasti ada kemudahan. Bukankah itu janji Tuhan untuk kita? Jadi percayalah, bila sesekali diri diuji, itu tandanya Tuhan sayangkan kita. Secara halus Dia ingatkan kita, untuk dekatkan diri padaNya.. tadahlah tangan pohon kepadaNya, semoga terus diberi kekuatan dan semangat untuk jalani apa saja ujian dan dugaan. Sesungguhnya Allah sentiasa ada dengan kita dan mendengar doa hamba-hambaNya.

Ada satu masa, kita mahu disayangi dan dicintai. Kita mahukan perhatian dari orang-orang yang kita sayang. Kita mahu cinta kita dibalas. Itu lumrah. Kerana sememangnya Tuhan ciptakan manusia dengan rasa cinta. Wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki, bukan dekat di kepala untuk dijunjung, bukan dekat di kaki untuk dialasi,tapi dekatnya di hati, untuk dicintai dan disayangi. Bila sesekali cinta tak disahut, sayang tak terbalas, jangan mudah melatah. Jangan katakan dunia ini tak adil. Mungkin dia bukan untuk kita dan pastinya ada yang lebih baik yang Allah takdirkan untuk kita. Jangan putus harapan. Teruskan berdoa supaya dipertemukan dengan jodoh yang baik.

Ada satu masa kita rasa rindu sangat. Kalau boleh mahu jumpa orang tu sekarang jugak! Tapi Tuhan kata belum masanya.. Aku latih kamu untuk bersabar. Supaya kamu tahu menghargai bila saat bersama itu tiba nanti. Aku latih kamu dengan rasa susah. Supaya kamu tahu rasa bersyukur bila Aku kurniakan kamu nikmat. Aku biarkan kamu berjauhan supaya kamu terpelihara dari hasutan syaitan, yang pastinya menyesatkan.

TAPI...

Dalam satu masa tu..SETIAP MASA..
Kita perlu rasa syukur. Sebab Tuhan hadiahkan kita dengan bermacam-macam rasa. Tuhan hadirkan kita dengan bermacam- macam orang. Yang ada keistimewaannya yang tersendiri. Yang penting, selalu syukur sebab Tuhan masih pinjamkan kita nyawa. Untuk kita bernafas. Untuk kita nikmati nikmatnya hidup. Berbahagialah dengan apa ada. Dalam masa yang sama, hargailah orang- orang yang masih bersama kita. Sayangi mereka seadanya!

Khamis, 10 Februari 2011

Adam dan Hawa

Suami yang menikahimu tidaklah semulia Muhammad
Tidaklah setaqwa Ibrahim, juga tidaklah setabah Ayub
Suamimu hanya lelaki akhir zaman yang punya cita- cita
Membangun keturunan yang soleh. Pernikahan mengajarkan kita kewajiban bersama.
Suami menjadi rumah, kamu penghuninya.
Suami menjadi guru, kamu muridnya
Seandainya suami lupa..
Bersabarlah kamu memperingatinya.

Isteri yang kamu nikah tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah juga tidaklah setabah Fatimah
Isterimu hanya wanita akhir zaman yang mempunyai cita- cita menjadi isteri yang solehah.
Pernikahan mengajarkan kita kewajipan bersama
Isteri menjadi tanah, kamu perancangnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanja
Seandainya isterimu tulang yang bengkok
Berhati hatilah kamu meluruskannya.


p/s: tahniah buat yg telah mendirikan rumah tangga dan akan mendirikan rumah tangga.semoga bahagia selamanya!