Jumaat, 24 Jun 2011

BERSEDIA

Hidup ini banyak benda yang aku tak dapat nak duga. Banyak benda yang aku tak mampu jangka apa yang akan terjadi esok, lusa, masa depan. Sememangnya aku mengharapkan semuanya akan lebih baik. Tapi satu perkara yang aku kadang- kadang lupa. Hidup ini ada pasang surutnya. Ada jatuh dan bangunnya. Sering aku dengar orang cakap hidup ini ibarat roda. Adakala kita di atas, ada satu ketika kita dibawah. Memang tak dapat disangkal apatah lagi untuk menafikannya. Memang hidup ini umpama roda.

Tak kira appun jadik, cekalkan hati untuk terus hidup, tabah berdiri. Memang semuanya tidak akan seperti yang aku harapkan. Hari ini kita bertemu. Mungkin esok kita berpisah. Hari ini kita berkampung mungkin esok kita bercerai. Hari ini kita berkongsi gelak tawa, mungkin esok kita berduka. Menginjak ke usia yang lebih dewasa, banyak perkara yang aku belajar. Yang paling penting belajar untuk terima kenyataan walaupun menyakitkan. Belajar untuk bangun kembali, teruskan hidup walaupun saat itu hanya Tuhan yang tahu betapa lemahnya aku. Belajar untuk tidak mudah putus asa dan terus kuat walaupun terasa jiwa ini kosong. Aku belajar terima hakikat bahawa semuanya hanya pinjaman. Sampai masa aku harus redha. Aku harus merelakan sebuah perpisahan.

Dalam hidup ini kita kena sentiasa bersedia. Apa- apa sahaja boleh terjadi. Bukan niat untuk fikir yang bukan- bukan. Bukan niat untuk berfikiran negatif tapi itulah realiti yang harus kita terima. Kita harus bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Kemungkinan untuk ditinggalkan, kemungkinan untuk gagal, kemungkinan oleh kehilangan orang yang kita sayang..Siapa yang tak takut semua itu berlaku. Siapa yang rela? Siapa yang mahu? Rela tak rela, mahu tak mahu, terpaksa kita telan walaupun peritnya hanya Tuhan yang tahu. Bila semua itu terjadi, pejamkan mata dan selalu ingat Tuhan tak janjikan hidup ini mudah tapi Dia berjanji akan selalu bersama hamba- hambaNya tidak kira dalam keadaan apapun. Saat kita terasa seperti sudah tiada siapa- siapa, selalu ingat Allah sentiasa bersama kita kerana Dia kekasih yang Paling Setia.

Ibarat sepohon pokok yang akan terus berusaha hidup walaupun daunnya berguguran setiap hari, begitu juga aku. Daun- daun yang gugur itu umpama mereka yang pernah hadir dalam hidup aku. Yakinlah, yang gugur pasti diganti dengan yang baru. Itu firah hidup! Yang patah tumbuh, yang hilang pasti berganti. Pasti diganti dengan yang lebih baik! InsyaAllah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan