Ahad, 24 November 2013

Tuhan sedang menguji aku.

Assalamualaikum.
Ehem. Lama tak blogging.
Sejak ada twitter dan instagram, lebih banyak cerita update di sana berbanding di sini.

24/11/2013, hari ini weekend. Tak ke mana-mana hanya menghabiskan masa lepak di rumah. Maklum sajalah hujung bulan. Ongkosnya tiadaa. Maka duduk di rumah diam-diam saja makan roti dan maggi. 2 makanan ini setia menemati dari zaman student smpai zaman bekerja. Hahah. Itulah masuk gaji boros bajet orang kaya. Ok bebel.

Mahu beli kereta baru.Sudah booking sebenarnya. Kereta apa? Rahsia. Kereta biasa-biasa saja. Mana mampu kereta mahal-mahal. Kita kan kuli saja.hihi. Sepatutnya bulan ni dah boleh dapat, tanya salesman problem apatahnya tak pasti kalau tidak bulan depanlah jawapannya. Kereta hujung tahun. Mungkin Tuhan mahu aku menunggu sedikit lebih lama. Sedikit lebih lama bak kata orang , bak kata mereka-mereka yang arif tentang kehidupan, great things takes time. So kita tunggu ajalah dengan sabar. Ya sabar ya Cik Zati. =)

Masuk facebook, penuh dengan invitation kawen. Masuk newsfeed penuh dengan pic2 kawen, pic anak-anak rakan2 yang sudah berkahwin, honeymoon dan sebagainya. * Tampar pipi. Sebab rasa masih zaman student masih kanak-kanak yang riang berlari main galah panjang*
Zaman sudah berubah rupanya. Ramai kawan-kawan yang sudah mendapat gelaran isteri dan juga ibu. Eh macam mana dengan aku? * Gelabah. Then kena kutuk bersama oleh status kawan2 di fb dan tweet2 di twitter, desperate katanya padahal masih muda. atau tak laku?? Peduli apa aku. Yang rasa aku bukan kamu.Bukan kamu dan kamu. Tak tawlah kalau ada yang senasib dengan aku. Maka bolehlah kita duduk bersama di meja bulat membincangkan tentang "JODOH". Padahal bincang punya bincang bukan jumpa jalan penyelesaian pun tapi lebih kepada untuk saling mendukong memberi semangat. Semangat buat wanita bekerjaya single macam kami. Penat sebenarnya. Penat menjadi kami. Jadi berhenti mengutuk sebelum tamparan kuat singgah di pipimu.

Baru 24 kan? Kenapa nak mengelabah sangat? Cuba. Cuba duduk sini dengan aku. Kau pandang kanan, berpasangan. Kau pandang kiri, berpasangan. Kau pandang depan, berpasangan. Kau pandang belakang, pun berpasangan. Tak ker kau rasa mengelabah? Kalau tak banyak sikit tu mesti ada kau tak payah bohong. Tak payah nak ego sangat konon kau tak kisah hidup sorang. Padahal malam2 sebelum tidur menangis sampai basah bantal. Pooodah. Cakap kencang. *Menyampah.

Jujur aku sunyi. Tuhan sedang menguji aku dalam kesunyian. Dalam keseorangan. Aku sebagai hambanya, aku cuba mengerti aku cuba memahami apa erti di sebalik sunyi ini, di balik seorang ini. Mungkin untuk masa ini, Tuhan mahu aku begini. Supaya lebih dekat dengan Dia. Cuma ada Dia dan aku. Untuk aku lebih mengenal cinta hakiki dan abadi. Yang selama ini aku lupa.

Kalau dicari manusia paling lemah, aku rasa akulah selemah-lemah manusia. Lemah sebenarnya. Kuat menangis. Cepat rasa goyah. Cepat jadik gelabah. Tapi aku ada satu sikap degil. Tak reti mengalah. Kalau dah berdarah lutut pun masih mahu lari lagi. Kalau dah jatuh basikal masih mahu kayuh lagi. Kalau masak tapi tak menjadi masih mahu cuba lagi. Kalau gagal mana-mana subject masih mahu repeat. Walaupun penat, walaupun letih sebenarnya. Tapi aku masih mahu cuba. Mungkin kerana sikap degil itu, aku menjadi aku yang hari ini. Masih tetap degil. Hanya mahu apa yang aku mahu. Tahu apa yang aku mampu. Degil sampai dilabelkan manusia tak dak perasaan? Ya mungkin sebab aku dah hadam semua rasa sampai bagilah apa rasa pun, aku dah tak rasa apa-apa. Bak kata pepatah alah bisa tegal biasa. Pepatah yang aku kenal ketika darjah 5. *ok sudah semakin jauh aku membebel

Aku sedar Tuhan sedang menguji aku sekarang. Dengan bermacam rasa dan peristiwa. Yang kalau boleh aku tak mahu ingat, mahu makan semut sebab orang tua2 kata jangan makan semut nanti cepat lupa. Tapi untuk apalah makan semut nnt aku lupa kesemuanya termasuk yang tak sepatutnya aku lupa. Bak kata pepatah, marahkan nyamuk kelambu dibakar. Hah jangan begitu. Tah la apa kaitannya. *merepek lagi.
Tidak ada lain yang aku mohon di setiap doa di setiap hari melainkan kekuatan. Kekuatan dan semangat, jangan lari ke mana-mana. Aku masih perlukan kalian di sisi. Sampai bila2! Tak apalah kalau ujian ini mampu membawa aku wlaupun cuma satu langkah lebih ke hadapan, walaupun jika cuma satu langkah lebih rapat denganNya, aku rela Ya Allah. Dari Kau berikan aku nikmat yang membuatkan aku jauh seribu langkah dari Engkau. Ya aku memang hambaNya yang banyak dosa. Dan jika ujian ini mampu menyucikan aku dari noda-noda dunia, aku rela.