Jumaat, 4 Jun 2010

ALHAMDULILAH

“ Segala puji kepunyaan Allah, Tuhan yang memelihara segala alam pujian yang menyamai nikmatNya dan menandingi keutamaanNya”.

Alhamdulilah..syukur ke hadirat Tuhan Yang Esa, kejayaan itu masih bersamaku. Semalam result semester II tahun 2 keluar. Hanya Tuhan saja yang tahu macam mana perasaan aku. Semalaman aku tidak tidur lena memikirkan keputusan yang bakal aku terima. Hanya kepada Dia aku berserah. Minta dikuatkan hati dan semangat dalam menerima walau apa jua keputusan sama ada baik atau buruk. Dalam hati, aku doa banyak- banyak. Harap- haraplah pointer kali ini 3.5 dan ke atas.

Seawal pagi, aku sudah bangun. Terkejut mama dan abah tengok aku bangun awal. Dalam nk lalu pergi bilik air, abah tegur ‘ hai, awal bangun hari ni’. Hmm aku hanya menjawab ‘ erm ada keja cket’. Aku sejujurnya tak berani nak beritahu mama dan abah result keluar hari ni. Kalau dapat result teruk macam mana..

Lepas basuh muka, aku terus capai laptop, on dan connect to Streamyx. Memang berdebar habis. Lalu aku masuk smpweb, tekan id pelajar dan password. Dan click pada keputusan peperiksaan. Maka terpampanglah result aku untuk semester ini. Alhamdulilah, terjerit aku panggil mama dan abah. Memang dah tersengih- sengih macam kerang busuk. It’s beyond my expectation! Wow..syukur. Seronok tengok muka abah dan mama happy. Yerp, i ll keep it up!!