Selasa, 9 Februari 2010

TAKDIR CINTA





We were given: Two hands to hold. To legs to walk. Two eyes to see. Two ears to listen. But why only one heart? Because the other was given to someone else. For us to find.




Cinta itu susah untuk mengerti. Kadang- kadang kita rasa ‘dia’ adalah cinta sejati. We keep saying he’s my soulmate. Kita sedaya upaya menyakinkan diri dan cuba berpegang pada prinsip ‘sekali cinta aku tetap cinta’. Memang semua orang ada impian itu. Untuk menyaksikan satu hubungan cinta antara dua hati berakhir dalam bahtera perkahwinan, hidup bahagia sebagai sebagai sepasang suami isteri dan kekal selamanya.



Aku juga tak pernah terlepas untuk merasai pengalaman mencintai dan dicintai. Dan aku juga semestinya antara insan-insan yang pernah dilukai apabila akhirnya cinta yang dibina itu terputus di tengah jalan. Aku tak pernah minta untuk dipertemukan dengan orang yang salah. Aku juga tak pernah minta untuk dia pergi dan meninggalkan aku sendiri. Dan aku juga tak pernah menyalahkan takdir yang menemukan kami. Because i believe everything happens for a reason. Mungkin aku ditakdirnya bukan untuk dia dan dia ditakdirkan bukan untuk aku.



Ya. Kadang-kadang aku cuba mengelak dari berbicara soal hati dan perasaan. Dan kadang-kadang aku sedaya upaya untuk tidak berada bersendirian dalam bilik. Sebab waktu dan ketika itu, banyak benda yang buat aku terkenang dan boleh buat aku nanges. Erm nampak macam senang tapi sebenarnya susah..susah untuk melupakan seseorang yang pernah menyentuh hidup kita dan buat kita rasa bahagia.




Kata orang, kata mama, kata abah, kata kakak, kata abang..



‘ Jodoh ni kita xmampu nak predict. Kadang2 bercinta punyalah lama tapi tuptap kawennya dengan orang lain’.


Mesti kita tertanya tanya siapalah jodoh kita kan? Mesti semua orang mengharapkan orang yang dia cinta itu adalah jodoh mereka. Doa aku, semoga apa yang anda harapkan menjadi satu kenyataan yang indah. Bertuahnya apabila kita bertemu dengan seseorang yang kita cintai dan berakhir dengan satu ikatan yang sah.

Kepada yang masih mencari seperti aku, cinta bukan bermaksud mencari yang sempurna. Cinta bukan bermaksud mencari yang terbaik TETAPI cinta adalah bagaimana kita mampu menyempurnakan hidupnya dan berusaha untuk menjadi yang terbaik di matanya. Cinta itu tak buta. Cinta itu sentiasa melihat. Lihatnya dari mata, tafsirannya dari hati. Cinta yang sejati adalah ketika kita hadir dalam hidupnya, kita dapat menjana satu kehidupan yang lebih baik. Jangan biarkan cinta itu BUTA kerana cinta itu akan musnah. Biarkan cinta itu sentiasa MELIHAT agar kita dapat menilai antara putih dan hitam.

Kepada yang sedang bercinta, hargailah hubungan itu sebaiknya. Berdoalah banyak-banyak agar didekatkan dan dipanjangkan jodoh antara kalian dan hidup bahagia selamanya. Jangan takut untuk berselisih faham kerana dari salahfaham itulah anda belajar untuk lebih memahami antara satu sama lain.

p/s : Cinta tu perlu dicari atau ditunggu?