Rabu, 2009 November 11

Tentang Kita

Tengah dengar lagu tentang kita ‘Peter Pan’
Memang banyak cerita tentang kita
Sejak dari awal ku kenal kamu hingga la ke saat ni
Walaupun waktu semakin berlalu meninggalkan zaman2 remaja kita...
Namun cerita tentang kita xkan pernah pergi dari hatiku..
Bersemadi, tetap kukuh dan utuh.
Ada cerita yang suka, ada cerita yang duka..
Walaupun di saat kau jauh dariku..
Cerita tentang kita akan sentiasa bermain dalam ingatan.
Biarpun sejauh mana engkau pergi, meninggalkan diriku
Cerita tentang kita sentiasa dekat denganku.
Dalam xsedar..dalam kita mengira waktu yang mendatang, tak sangka waktu itu semakin berlalu dan waktu yang bakal datang membuat aku menjadi takut. Takut kalau2 aku tidak punya kekuatan untuk menghadapinya. Takut apabila ‘cerita tentang kita’ bermain di ingatanku, mataku akan berkaca lalu menitiskan airmata.
3 bulan sahaja lagi. Bukan satu tempoh yang lama..pejam celik pejam celik, akhirnya akan sampai hari di mana kau akan meninggalkan diriku, jauh dariku..tegarkah aku dalam menghadapi perpisahan? Kuatkah jiwaku untuk terus berbahagia dengan hidupku seharian tanpa kau di sisi? Dapatkah aku dengan mudah menerima kenyataan kau telah pergi, jauh dariku? Mampukah aku hidup berdikari apabila segalanya tidak lagi seperti dulu?
Di saat aku melihat pasangan lain bersama orang tercinta, mampukah aku menahan sebak dari tidak menitiskan air mata? Mampukah aku terus kuat dalam menanti kau pulang? Di saat aku dalam kesusahan (yang selalunya kau ada denganku), dapatkah aku bertahan dan tidak menjadi lemah?
Ya Allah..apabila Engkau jauhkan dia dariku, janganlah Engkau jauhkan hatinya dariku. Dekatkanlah di antara hati-hati kami supaya kami saling menyintai. Berikanlah aku kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi perpisahan yang mendatang. Semoga perpisahan ini akan membuatkan kami lebih menghargai antara satu sama lain. Satukan kami Ya Allah..dengan ikatan perkahwinan yang sah, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah dan berbahagia sepanjang hayat.
Mengenang kata-kata seorang sahabat, kita bertemu untuk berpisah, dan kita berpisah untuk bertemu.
p/s: 3 bulan lagi amir akan fly ke Jepun..

Ahad, 2009 November 08

Hepi~

Sampai ukm td dlm kol 130..dari wangsa maju.
Orang punya la ramai dalam tren.mmg sah2 la xdpt tempat duduk.

Masuk bilik, online jap pastu pa g..pengsan smpai kol 4. Cuaca plk panas arini.
Terbayangkan raiyan.sian dia td nk ikut aku dan kakak balik.menangis sampai xdgr suara.xsmpai ati nk tglkan dia. Sebab dia memang biasa kitaorang nk pergi mana semua nak ikut..(see u next week k!)








i miss u!!



Tinggal satu ja lagi paper.xtahu apa perasaannya.yang tahu berdebar nk tunggu keputusan exam. Risau kalau pointer turun semester ni.(apa nk jawab ngn abh mama nnt?) Riiisauuu!!


Pendek ja kan cuti for this semester? Satu bulan ja.hmmm..

Happy to see my sis dah abis blajar. So tinggal aku sorang ja yang masih bergelumang dengan buku. Cheese, nnt berlagak la tu dah kerja dah ada duet sendiri. (tak kira nk paw jgk!)

terbalik?saja nk kasik penin sikit.haha..me n my sis.

Pas bangun tido tadi, perut terus rasa lapar..tanya rumet xlapar kew? Pastu g beli makanan untuk rumet sekali.( nasi goreng kampung, tomyam, telur bungkus, nasi putih, keropok lekor n..air tembikai) huahua..ni makan ker melantak??


Macam mana eh berkembangan hidup aku sekarang? Hmm macam soalan exam Islamic Criminal Law aritu plak. (bincangkan perkembangan undang-undang jenayah islam di malaysia,perghhh soalan..tak dak yang lagi susah ka??kehkeh)
Ermm kalu lah ada yang tanya aku soalan ni..jawapan aku dirangka seperti ini:
· Latar Belakang Zati Hazwani
· Sejarah hidup
· Perkembangan semasa kes2 yang baru berlaku
· Implikasi kes tersebut terhadap Zati Hazwani
· Kesimpulan


Hihi..apa punya jawapan daa..Ok la aku ringkaskan jawapannya laa..Life aku sekarang bahagia. Dah xbanyak maen2 macam dlu. Banyak duduk bilik ja jdk budak baik (nk termuntah diri sendiri dengar). Macam biasa la..kisah hidup aku xsama macam orang lain. Jalan cerita pun berbeza. Tapi aku percaya kesusahan dan kesenangan hidup tu semua orang laluinya. Apa yang penting seperti yang aku selalu kata, apapun kisah hidup kita, BE STRONG! Ingat yang ALLAH sentiasa bersama-sama dengan kita.


K la.got to go.belum solat asar lagi..jumpa lagi nanti (^^)

Selasa, 2009 November 03

Alah biasa tegal biasa

Suatu ketika dulu aku pernah menangis apabila hubungan erat sebuah persahabatan tiba2 menjadi renggang..rasa tension sangat.
susah nak terima.
kenyataan itu menyakitkan tapi bila kita cuba menerimanya sedikit demi sedikit lama2 segalanya kembali normal.
Aku hepi dengan hidup sekarang..
menjadi aku yang lebih berdikari.=))

Rabu, 2009 Oktober 14

demam

Br lepas dapat call dari mama selepas send msg ni kt mama;

"Mama adik demam.Pastu ingat nak pi umah chaq tak jadi la.nanti takut berjangkit kat Raiyan.Adik ingat esok nk balik umah terus. Tapi adik tak cukup duit nak beli tiket bas.mama tolong masukkan duit eh.."

Xsampai seminit, mama dah call.Memang dah agak dah mama mesti call. Soalan pertama mama;

"kenapa adik xangkat call mama smlm?dapat x miscal dari mama?"
"sori la mama.adik xberapa sihat semalam..nk angkat cal mama pun da xlarat".
"da makan ubat blum?bla..bla,bla..mama call semalam nk bagitaw mama dah masukkan duit da pun kat adik.."
"Lah...dah masukkan ka..adik xsuh masukkan pun.erm nanti adik amik tiket bas then gtaw ms adik naek bas".
"erm jangan lupa makan ubat, bla bla bla..nanti gitaw mama tiket bas adik kol brp dan sekian2..".
"ok mama.."

Opps baru teringat lupa nk ckp tq kt mama sebab da masukkan duit.huhu..apapun tq mama, tq abah..hihi
Aku demam skrg ni. Alhamdulilah da makin kurang.Cuma batuk ngn selsema ja makin teruk. Sedih2..rancang nak g tengok budak kecik, si Raiyan tu hari ni. Tp xdapat nk pergi sebab aku plak demam. Nnt g takut berjangkit demam kt dia plak. Nampaknya bertambah la rindu aku kat dia..

Hepi dapat balik studi kat rumah..xpernah lagi ni study week blk umah sebab biasanya time study week pun msh ada lagi kerja yang blum settle. Ni first time dapat balik study kat umah. Hopefully balik umah betul2 studi la kan..hmmm

Oklah apapun doakan aku cepat sembuh dan dirajinkan diri untuk studi..~=))

Ahad, 2009 Oktober 11

Cemburu

Wajarkah cemburu itu wujud?
maybe semua manusia dalam alam ni tak akan dapat lari dari rasa cemburu
Kadang-kadang aku tertanya-tanya kenapa cemburu itu perlu wujud?
kan wat sakit jiwa dan hati ja.
Lebih baik jangan ada sikap cemburu. bila da cemburu ni macam2 boleh jadik.
Tu yang wat aku risau.
Yang biasa terjadi pergaduhan la..apa menda lagi.
Banyak benda yang bole wat kita cemburu..
tapih biasanya orang cemburu dalam bercinta dan belajar
Ya lah..tak kan tengok awek sendiri bersandiwara dengan laki lain xcemburu kan?
or tgk orang dapat pointer bgs, kita dapat tercorot xcemburu kan?

Tapi..
kadang-kadang bila aku fikir balik,
bgs juga ada cemburu ni..(bagi mentaliti kelas pertama la)
Bila ada rasa cemburu tgk orang berjaya, barulah kita pun mula terasa nak belajar sungguh-sungguh..
Itu semua cemburu secara positif rr..
maksudnya xdak la niat nak cemburu smpai wat jahat kat orang tu.

Cemburu ni ada banyak jenis.
ada yang jenis baik=))(ni mentaliti kelas pertama)
dan ada yang jenis jahat=(( (ni yang xdak mental)

so mana satu korang nk pilih?
Pandai-pandai la korang pilih sendiri..
sebabnya masing-masing ada jalan hidup tersendiri.
apa yang penting jangan cemburu buta sudah..

p/s : aku malas nk cemburu bila pikir bab 'love'..tapi dalam ati cemburu xnak ngaku..huhu
-choww dluoo-

Sabtu, 2009 Oktober 10

Final~~

Lama tak update blog
padahal tak la lama sangat pun
Agak busy sekarang dengan segala macam presentation.
Alhamdulilah nasib baik minggu ni minggu las segala presentation.Lepas satu beban.
Waiting for my final exam.start 27 hb ni.mmg tak get ready langsung.
so harap lepas presentation settle, bolehlah fokus studi.
Semester ini banyak dugaan yang menimpa.tapi aku percaya ada hikmahnya.
harap2 semua problem ni x effect studi aku or pointer aku.risau sangat~~
Apa yang penting, aku berusaha yang terbaik. InsyaAllah aku akan dapat yg terbaik.
Sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan lebih Mengetahui.

'kejayaan itu tidak dicipta oleh mereka yang selalu menang tapi dicipta oleh mereka yang tidak pernah mengalah sekalipun mereka pernah rebah'

~wish me all the best k!!~

Rabu, 2009 September 30

AKU SAYANG MEREKA!!

Tahukah anda siapa mereka yang aku maksudkan?

Aku sayang mereka,
Kerana mereka selalu buat aku ketawa..
Aku sayang mereka
kerana mereka selalu buat aku jadi rindu..
Aku sayang mereka
kerana mereka banyak berkorban untuk aku.
Aku sayang mereka,
Kerana di saat orang lain pergi meninggalkan aku,mereka masih setia bersama aku.
Aku sayang mereka,
Kerana tiada ikatan yang kekal selamanya melainkan ikatan aku bersama mereka.
Aku sayang mereka,
Kerana dengan mereka, aku belajar menjadi diri aku sendiri
Aku sayang mereka,
Kerana merekalah sumber inspirasi dan kekuatanku untuk berjaya menjadi yang terbaik.
Aku sayang mereka,
Kerana mereka menerima aku seadanya dan sentiasa ada dengan aku walau seteruk mana pun diriku.
Aku sayang mereka dan aku sangat takut kalau 1 hari nanti aku kehilangan mereka.
I LOVE MY FAMILY VERY MUCH!!