Blog aku sunyi dan sepi. Maaf aku menyepi buat seketika. Banyak program dan perkara yang perlu diselesaikan. Alhamdulilah sekarang aku tenang menikmati percutian di kampung halaman yang tercinta, Sungai Petani.
Menjadi mahasiswa/i bukan hanya sekadar perlu bergelumang dengan buku semata. Softskill dan pengalaman di luar kampus itu penting sebagai persiapan menghadapi dunia pekerjaan yang kian mencabar. Ramai juga yang bertanya apa yang aku dapat dengan menyertai pelbagai program universiti contohnya seperti Khidmat Komuniti dan Pembangunan Sahsiah Pelajar. Bukankah lebih seronok menghabiskan cuti yang panjang bersama keluarga tercinta? Jawapan aku mudah. Dari masyarakat kita datang, kepada masyarakat juga kita kembali. Jadi kenapa tidak? Berbakti dan berkhidmatlah kepada masyarakat selagi terdaya. Di sinilah medannya untuk kita belajar perkara yang tidak mampu dipelajari dari buku. Bagaimana untuk berhadapan dengan masyarakat luar yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, bagaimana untuk mengendalikan sesuatu program dengan jayanya, bagaimana untuk mendapatkan kerjasama dari setiap ahli dengan sepenuhnya. Aku puas. Biarpun penat berhempas pulas dengan Program Pembangunan Sahsiah Pelajar yang bertempat di Kundang Ulu, Johor dan Pulau Manis, Pekan Pahang dua minggu berturut- turut, tapi aku puas dapat mendekatkan diri dengan masyarakat. Cuba memahami gaya hidup dan budaya orang lain. Memang satu pengalaman yang tidak akan dilupakan.
Mati itu pasti. Kematian itu pasti tiba. Tiada yang terkecuali. Baik aku, baik kamu mahupun dia. Kita semua pasti kembali kepadaNya. Dua hari lepas, aku dikejutkan dengan satu berita kematian seorang teman. Umurnya masih muda. Sebaya aku. Aku tidak mampu berkata apa-apa. Benar- benar terkejut. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang- orang yang beriman. Itu doa aku. Dan semoga keluarganya tabah menghadapi ujian Tuhan. Allah lebih sayangkan dia. Yang penting mereka telah berusaha sedayanya untuk mengubatinya. Pasrahlah. Kita bertemu untuk berpisah dan kita berpisah untuk bertemu. Kalau tidak bertemu di dunia, InsyaAllah kita pasti bertemu di penghujung destinasi sana, syurga. Biarpun tidak mengenali arwah secara rapat, aku banyak mendengar ceritanya melalui seorang teman. Dan ketika arwah di dalam koma lagi, aku tidak henti- henti berdoa semoga diberikannya kekuatan dan semangat untuk teruskan hidup. Tapi apakan daya, Allah lebih sayangkannya. Pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap yang berlaku. Marilah sama- sama kita hadiahkan Al- Fatihah buat arwah. Al- Fatihah..

I asked for Strength And was given Difficulties to make me strong.
I asked for Wisdom And was given Problems to solve.
I asked for Prosperity And was given a Brain and Brawn to work.
I asked for Courage And was given Danger to overcome.
I asked for Love And was given Troubled people to help.
I asked for Favors And was given Opportunities.
I received nothing I wanted.I received everything I needed.
p/s: Buat teman tercinta, aku amat merindui kalian! Semoga kita sentiasa berada dalam keredhaanNya InsyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan