Rabu, 15 April 2009

Pentas hidup

Di waktu petang2 sebegini elok rsnya aku berfikir sejenak mengenai makna hidup. Nak studi pon rsnya dah xdpt msuk memandangkan ada sorang kawan aku ckp, tak elok studi dkt2 maghrib. Ilmu tak msk.haha..jadi saya amik sedikit kesempatan ni utk menulis untuk kita sama2 berfikir apa makna hidup ini.
Tadi, time bosan2 asyik ngadap buku, aku usha blog sorang hamba Allah ni..(nama maafkan aku, tak leh nk mention). Dia kata dunia ni ibarat pentas.btl ker?Sejenak terfikir, btl gak kata member aku nih.Dunia ni ibarat pentas dan kita manusia adalah pelakonnya. Manusia, kita dicipta, dilahirkan ke dunia dgn sifat, kelebihan dan kelemahan masing-masing. Kita manusia, tidak kira lelaki dan perempuan dilahirkan ke dunia dengan keunikan yang berbeza dan keunikan ini mana mungkin sama pada setiap manusia.Betapa agungnya ciptaan Tuhan!Dan sudah tentu juga lakonan setiap manusia di pentas dunia ini berbeza. Tahukah anda siapa pemerhati setiap lakonan kita di dunia?Sudah tentu Yang Di Atas. Allah Yang Maha Esa. Ibarat sebuah drama yang selalu kita tgk di kaca tv, dunia sebenar juga adalah sama. Di pentas dunia ini, setiap manusia sibuk memainkan watak masing-masing dengan indahnya. Barangkali kerana terlalu sibuk dgn watak sendiri, ada manusia yang pentingkan diri.Langsung tidak menghiraukan watak orang lain. Ibarat sebuah drama juga, di pentas dunia ini, watak manusia pelbagai. Ada yang melakonkan watak yang baik, jahat..topeng 2 muka,watak berlagak..watak anak solehah..watak manusia bijak dan sebagainya..kadangkala kita manusia mengutuk dalam hati, knp perlu ada watak yang mengganggu jiwa?yang menyakitkan hati?yang suka mengganggu keharmonian hidup orang lain?knp perlu ada watak yang busuk hati? Tanpa kita sedari..kita manusia terlupa bahawa watak-watak ini perlu dalam pentas dunia ini untuk menjadikan hidup ini indah. Tanpa kita sedari..watak-watak ini menjadikan hidup kita sempurna dan jiwa kita hidup..
Manusia, kita dicipta bukan hanya sekadar untuk melihat dunia tp untuk mempelajari apa yang ada di dunia. Menjadikan kita insan yang ada nurani dan ada jiwa yang hebat. Saya tidak nafikan bahawa bila dtg manusia2 yang membuatkan hidup saya pening, saya mengeluh dan tertanya juga knp perlu ada watak sebegitu dalam hidup ini?sejenak saya terfikir...sekiranya saya dilahirkan dengan adanya nurani dan jiwa, bagaimana untuk saya jadikan jiwa saya ini hidup? Dan akhirnya setelah saya berfikir, saya menemui jawapannya.Melalui watak2 manusia di pentas dunia inilah, jiwa saya hidup!Saya menjadi insan! Mereka menguji saya dan apabila saya diuji,kadangkala jiwa saya rs skt, rs marah..rs nk nanges..dr c2 saya tahu jiwa saya hidup rupanya.
Manusia, bila kita diuji..bersabarlah.Bila kita diuji dengan watak bermasalah di pentas dunia ini, berfikirlah secara positif bahawasanya mereka didatangkan kepada anda untuk melatih jiwa anda, menjadikan anda insan yang lebih baik dan hebat. Pasti ada hikmah dan kemudahan di sebalik setiap kesulitan. Sepertimana Allah jadikan alam ini, selepas siang ada malam,selepas surut ada pasangnya dan selepas hujan ada pelangi yang menyinari hari. Allah tidak akan pernah menguji hambaNya sekiranya dia tidak mampu menghadapinya.
Sesungguhnya hidup ini indah dan penuh warna warni apabila dipenuhi dengan cabaran dan rintangan. Cabaran di pentas dunia ini hadir bukan untuk menjadikan kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan dan menyerlahkan kematangan. Semoga setiap ujian yang kita terima dapat dihadapi dengan dada yang lapang.

2 ulasan:

  1. ni mesti Zahirah yang tak bg study maghrib ni. makcik sorg tu byk petuanya.hehe

    ya. setuju dengan entry ini. hidup sangat unik

    BalasPadam
  2. haha..btl2..dia mmg byk pantang larang.

    BalasPadam