Selasa, 14 Disember 2010

Kepada dia yang akan jadi suamiku kelak

Kepada dia yg akan menjadi suamiku kelak,
Saya tak tahu bila kita akan ditakdirkan berjumpa. Mungkin besok mungkin lusa. Mungkin tahun depan.Yang penting jgn buat saya tunggu lama sgt..nanti tak pasal-pasal saya dapat gelaran andartu. Anak dara tua.

Kepada dia yg akan menjadi suamiku kelak,
Saya harap time kita jumpa nnt, awak dapat terima saya seadanya. Saya ni tak la cantik macam Lisa Surihani tapi boleh lah.Manis-manis buah.heee.. gaya pn biasa2 je.mungkin masa jmp nnt awak tak kenal saya sgt, tp sy harap awak ada feelin nk kenal sy dengan lebih dekat.

Kepada dia yang akan menjadi suamiku kelak,
Bila kt dah start kenal nnt, mesti awak nk tya sy mcm2 kn? Awak boleh tanya apa saja kat saya. Tapi boleh tak sy nak mintak 1 perkara kat awak. Awak jangan tya soal sp bf lama sy..sy penah wat apa dengan dia. Tu semua kisam silam sy. Saya nk awk kenal sp saya yang sekarang bukan yg dlu. Dan sy pun tak nak tya pasal kisah lama awak dgn gf awak. Yang penting sy terima siapa awak sekarang.

Kepada dia yang akan menjadi suamiku kelak,
Sepanjang kita kenal, awak akan dpt tengok macam-macam ragam,peragai buruk saya dan kekurangan pada diri saya. Kadang-kadang sy ok.kadang-kadang sy mcm orang gila. Saya harap awak dapat sabar dan bertahan dengan semua tu. Sbnrnya saya just nak test awak je. Tgk awak ni mcm mn orangnya. Penyabar ke tak.

Kepada dia yang akan menjadi suamiku kelak,
Awak jangan ajak dan ajar saya wat benda bukan-bukan taw. Jangan ajak sy pergi tempat-tempat gelap.Kalau awak sayang sy, awak mesti bimbing saya elok-elok. Awak mesti tunjuk contoh yg baik kat saya. Awak kn imam..dan sy makmumnya.

Kepada dia yang akan menjadi suamiku kelak,
Saya taw awak punya nafsu. Kalau nafsu awak membuak-buak, dah tak tahan sangat, kita buat cara halal.Awak pergi jumpa mama abah saya minta izin, pastu hantar rombongan meminang. Jangan risau. Saya tak minta mahar yang tinggi. Sekadar cukup dengan kemampuan awak. Yang penting sah!

Kepada dia yang akan menjadi suamiku kelak,
Bila saya dah jadi isteri awak, mesti rasa sunyi bila duduk berdua je kan. Pastu mesti awak nak anak. Boleh saya tak kisah awak nak anak berapa ramai pun. Tapi jangan la ramai sangat sampai tiap2 tahun saya pregnant. Awak tak kesian ke kt saya..Pastu bila saya masak, awak mesti makan dengan penuh berselera taw. Bila sy tanya sedap ke tak? Awak mesti cakap sedap walaupun tak sedap. Susah payah sy masak untuk awak taw. Dengan penuh kasih sayang.

Kepada dia yang akan menjadi suamiku kelak,
Saya tahu awak ni kacak orangnya. Tapi jangan sesekali awak ada niat nk madukan saya. Saya ni dah cukup manis utk awak. Jadi tak perlu nk tambah- tambah madu lagi.

Kepada dia yang akan menjadi suamiku kelak,
Awak taw kan selama ni saya berhempas pulas belajar sebab nk capai apa yang saya cita-citakan. Jadi saya harap sangat awak faham kerjaya saya. Kalau kadang-kadang saya sibuk dan tak sempat nak uruskan anak-anak dan rumah kita, tak salah awak jdk mr mama kejap kan? Awak jangan suruh saya berhenti kerja taw. Saya janji akan menjadi wanita berkerjaya, isteri dan ibu yang baik untuk anak- anak kita.
Janji pada saya yang kita akan didik anak-anak kita elok-elok. Dengan penuh kasih sayang.Kalau boleh saya nak anak saya semua dapat straight A’s. Kita akan bekalkan mereka dengan ilmu agama yang cukup. Supaya mereka tak sesat. Saya risau tengok anak-anak remaja sekarang..saya tak nak anak kita nanti buat peragai tak elok.

Kepada dia yang akan menjadi suamiku kelak,
Awak kt mana?cepat-cepatlah cari saya. Awak mesti tak nak saya jadik anak dara tua kn?hahaha

5 ulasan: