Khamis, 2 Disember 2010

CERPEN: HATIKU MAINANMU

Baitil memandang cermin.hah.Bulu mata itu jatuh lagi. Dia tersenyum sendirian. Kata orang tua, kalau bulu mata jatuh di sebelah mata kanan, ada orang rindukan kita. Kalau di sebelah mata kiri pula, maknanya ada orang mengumpat. Hah. Siapa pula yang rindukan aku kali ini? Dia mengomel dalam hati. Mungkinkah dia yang aku kenal 6 bulan yang lalu? Mustahillah.
Kenangan itu datang lagi mengusik di kalbu. Setiap kali dia teringatkan kenangan itu, dia pasti tersenyum sendirian. Lagaknya seperti orang tak keruan. Kalau ada orang yang lalu dan terpandang dia waktu ini, pasti dikatanya dia ini gila.
__________________________________________________________________

Baitil menangis tak berlagu. Kalau diikutkan dia memang sudah tidak mampu lagi untuk menangis. Kenapa Sham sanggup memperlakukan dia sebegini? Setelah lebih 4 tahun bercinta, akhirnya Sham berpaling kepada perempuan lain dan tinggalkan dia sendirian. Apa salah aku padanya? Apa yang kurang pada dirinya berbanding perempuan itu? Hatinya benar-benar terguris kali ini. Bukan tak pernah diajak berbincang tetapi hasilnya tetap sama. Sham pasti melebih-lebihkan teman rapatnya itu. Hati perempuan mana yang tidak akan terluka. Dia sudah penat menangis. Kali ini dia tekad. Biar sesayang dan secinta mana dia pada lelaki itu, lelaki itu harus dibiarkan pergi. Bebas dengan hidupnya sendiri. Lagipun lelaki itu akan terbang ke UK untuk menyambung pengajiannya. Dan yang pasti perempuan itu juga turut serta. Dia yakin sekiranya jodoh itu ada, mereka pasti akan bersama kembali.

Benar kata orang. Bukan mudah untuk melepaskan seseorang pergi. Apatah lagi seseorang yang telah benar-benar sebati dengan jiwa. Baitil tahu dia harus kuat dan perlu menampakkan dirinya seorang perempuan yang tabah. Walaupun dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa peritnya rasa di hati. Setiap kali terpandangkan gambar mesra Sham bersama perempuan itu, hatinya seperti di siat-siat. Pedihnya terasa. Dia tidak mahu menangis lagi. Tetapi tanpa sedar, air mata itu mengalir lagi. Ya Tuhan..kuatkan hatiku..doanya di dalam hati.

Tiba- tiba, buzz!! YM nya dibuzz. Disaat hati dirundum kesedihan, seorang teman datang mengukir senyuman. Menghiburkan hati dan menumbuhkan semangat dalam diri.
Aiman: Buzz!
Baitil : Buzz!
Aiman: Camne ko ngn Sham sekarang? Dah baik?
Baitil : Hmm tak. Aku dah buat keputusan untuk break. Lagipun perempuan tu sangat bermakna dalam hidup dia.
Aiman: Haishh jangan buat keputusan terburu- buru. Aku yakin Sham ngn perempuan tu xde apa2. Dia still sayang ko.
Baitil : Cukuplah. Aku dah penat. Malas nak fikir apa2 lagi. Lagipun Sham akan ke UK dengan pmpn tu jgk kan. Jadik the best way is, let him go. Aku rasa dah penat. Better aku single.
Aiman: hmmm ape2 pn, jgn wat keputusan ikut perasaan k. Dah2 jgn nges. Cuba ko msk blog ni. (URL). Maybe u ll gain sumthin.
Baitil : Thanks..=)

Bermula dari saat itu, Aiman sentiasa hadir menemani dirinya. Banyak perkara yang Baitil kongsi bersama Aiman. Aiman seperti biasa pasti cuba untuk memperbaiki kembali hubungan dia dengan Sham. Maklumlah Aiman juga kawan Sham. Pasti dia memenangkan kawannya sendiri. Tetapi hati Baitil sudah benar- benar tawar dan tertutup untuk menerima cinta Sham buat kali kedua. Dia lebih suka hidup sendirian. Lagipun hubungan Sham dengan perempuan itu semakin akrab. Biarlah dia berbahagia dengan perempuan itu.

Setiap kali hujung minggu datang, untuk tidak membiarkan dirinya sendirian di dalam bilik, menangisi nasib diri, Baitil lebih suka balik ke rumah abangnya di Setapak. Lagipun keletah si Raiyan, anak buahnya yang baru berusia 1 tahun itu selalu membuatkan dia rindu lalu menggamit dirinya pulang. Seperti biasa dia lebih suka menggunakan komuter untuk pulang. Walaupun terpaksa bersesak-sesak dengan orang yang ramai, dia lebih suka begitu dari menyusahkan abangnya. Dalam kesesakan dan kebingitan suara yang ramai, tut tut..handphonenya berbunyi menandakan 1 sms received.

Kat mana dah awak?
Ermm baru dekat Salak Selatan. Sori tren ramai orang..aku mungkin sampai lambat cket.
Ok. Nanti dah sampai kl sentral gtaw.
Ok.
Sejurus kemudian, telefonnya berbunyi lagi.
Hello.erm.
Adek kt mn? Nnt mai umah sape anta?
Owh tak pa. Tak yah amik adek. Nnt kwn adek anta.
Erm ok. Take care.
Ok.

Huh. Baitil menarik nafas lega apabila sampai di KL Sentral. Orang yang bersesak- sesak di dalam tren memang benar-benar menguji kesabaran. Dia terus menghayunkan langkahnya menaiki eskalator, dan destinasi seterusnya Terminal Putra. Ini kali pertama dia turun di Terminal Putra. Selalunya di Terminal Wangsa Maju. Dia terasa blur seketika. Lalu untuk memastikan dia benar-benar di jalan yang benar, dia terus menelefon Aiman.

Weh. Aku sekarang dah kt KL Sentral. Terminal Putra tu Gombak eh?
Yerp2. Satu hala ke Wangsa Maju juga.
Owh ok2. Get ready. Jap g aku sampai. Ko kt ne neh?
Dah kuar keje neh. On da way.
Erm ok c u then.Bye.

Baitil mempercepatkan langkahnya. Kesian pula kalau Aiman terpaksa tunggu lama-lama. Ini pertemuan keduanya dengan Aiman. Pertemuan pertama dulu adalah ketika reunion sekolah 5 bulan yang lalu. Harap- harap aku masih mengingati wajahnya.
Akhirnya sampai juga dia di Terminal Putra. Nasib baik kali ini orang tak berapa ramai. Lantas dia mengambil handphonenya itu memaklumkan kepada Aiman dia telah tiba.

Aku dah sampai ni. Mane ko?
Tunggu jap. Odw. Tadi ade hal cket. Sori2..
Erm xpe. Untuk ko seribu tahun pun aku sanggup tgu. Haha..sempat lagi dia berseloroh
Hahaa.. tgu jap ye..

Setelah lebih 15 minit termanggu di situ, akhirnya sampai jua mamat seorang neh. Baitil terus bangun dan menuju ke kereta.

“Hai!”

“Hai! Hmm nampaknya ade yang nak kena belanja neh..”Baitil memandang Aiman.

“Hahaa..sori2. Ade hal tadi. Dah makan blum?”

“Blum. Mmg tengah lapar neh”. Baitil tersenyum.

“Ok2. Kita g makan. Tapi before tu kena balik umah aku jap. Amek kakak aku. Hahaa..habesla ko..”

“Erm?ha? Biar betul. Ko gurau je kan..jangan la. Aku segan. Aku ni pemalu orangnya.”

“Tak de tak de. Kena juga. Kak aku suh amik dia jap. Ada hal cket. Haa tak taw lah..pandai-pandai la bawak diri ye. Hahahaa..”

Ciss..hmm Baitil mengomel dalam hati. Memang dia terasa benar-benar segan. Dia hanya tersenyum. Senyum yang benar-benar tak ikhlas. Dia hanya mengerut dahi. Adush..huh. Terdengar lagi keluhan.

Aiman di sebelah hanya tersenyum dan ketawa. Sengaja mahu mengenakan dirinya. Atau sememangnya dia memang suka melihat Baitil dalam keadaan resah sebegitu. Walaupun baru pertemuan yang kedua, mereka sudah kelihatan mesra. Ada keserasian di antara mereka.

“Sham tahu tak ni aku amik ko?”

“Erm? Hahaa..ade bgtaw dia td.”

“Ecece..kate dh tak nak tapi bagitaw jugak. Ape la korang ni.hmm..”

“Dah dia tya, aku cakap je lah. Lagipun buat apa nk gado2 kan.. walaupun kitaorg dah xkapel, kitaorg masih baik.”

“Betul ke ni nk break? Cuba fikir secara waras cket. Jangan wat keptusan terburu-buru. Lagipn Sham sendiri cakap kat aku dia ngn perempuan tu kawan je.”

“Haha kawan la sangat. Mulut cakap kawan tapi lagaknya tak macam kawan. Hmm aku dah penat lah. Kali ini aku benar-benar tekad. Better we break. Huhu”

“Ker ko yang ade orang lain?” Aiman sengaja menduga.

“Hahahaa tak mungkinlah. Aku tak de sape2 pun ok. Aku Cuma ade ko je. Ehehe..”

“Eleh..ya lah hatiku mainanmu.”

“Aah hatiku mainanmu jua kn?ahaha dah2 mengarut je.”

Aiman hanya ketawa. Baitil juga begitu. Ternyata dia selesa bersama Aiman. Dia benar- benar menjadi dirinya yang sebenar. Tidak henti- henti berceloteh menceritakan itu dan ini. Sehingga akhirnya dia terdiam seribu kata apabila tiba di hadapan rumah Aiman. Dan muncul pula kakaknya yang terus masuk ke dalam kereta.

Baitil hanya mampu tersenyum dan menyebut hai lantas menyalam kakak Aiman. Dia terasa malu. Yerp benar-benar malu. Aiman di sebelahnya hanya tersenyum kepadanya.

“Cis, mesti dia ketawakan aku dalam hati nih.hmmm”, Baitil mengomel lagi dalam hati.

Sepanjang perjalanan dia hanya mendiamkan diri. Malu untuk berkata apa-apa. Yang kedengaran hanyalah nyanyian lagu di radio dan perbualan Aiman dengan kakaknya. Perjalanannya terasa lama. Dalam hati dia hanya mampu berkata, tolonglah cepat-cepatlah sampai.huh.

Akhirnya sampai juga mereka di tempat yang dituju. Aiman menurunkan kakaknya dan dia memakirkan kereta sementara menunggu kakaknya kembali. Dan mereka berdua hanya menunggu di dalam kereta.

Setelah kakaknya pergi, Aiman memandang Baitil dan ketawa. “Haha..kakak aku masuk terus diam”.Lelaki itu ketawa lagi. Hmm..dan Baitil terasa mahu saja dicubitnya lelaki itu. Baru padan!

“Kakak ko pergi mane?”

“Dia g jumpa orang. Pasal kete ni..ni kete dia. Ade nk pasang ape tah.”

“Oo..baru lagi kn kete ni? Masih bau baru lagi.”

“Aah. Dan ko adalah orang asing pertama yang naik kete ni.”

“Wah, hahaa..very terharu!” Sahut Baitil dengan nada sinis.

Aiman tersenyum dan ketawa lagi kepadanya. Lelaki ini tak henti- henti ketawa. Aiman menghulurkan kepadanya roti.

“Nak? Cuba try”. Sedap.

“Iya? “Baitil tersenyum lantas mengambil roti tersebut.

“Sedap kan?”

“Erm sedap!”

Setelah lebih kurang 15 minit menunggu, kakaknya muncul kembali. Seperti biasa Baitil yang tadinya tak henti-henti berceloteh terus mendiamkan diri. Dia memang begitu. Dengan orang yang tak kenal, dia lebih suka mendiamkan diri. Tetapi kalau orang yang rapat dengannya memang tahu dia banyak bercakap. Tak henti- henti.Telefonnya berdering lagi. Tertera nama abangnya.

Adek kt mn dah?
Adek nak sampai dh ni. Tapi nk singgah makan jap.
Erm ok. Tolong belikan raiyan cheese.
Erm cheese? Ok2. Nanti adek beli.
Ok jangan balik lambat.
Baik.

Baitil tersenyum sendiri. Si kecil Raiyan itu suka benar makan cheese. Tak habis- habis dengan cheese. Hmm. Dan abangnya pula telah mula menunjukkan sifat kebapaannya. Risau apabila dia pulang lewat.

“Sape kol?” Tya Aiman.

“Abang aku. Mintak belikan cheese untuk Raiyan. Belagak betul budak kecik tu, nak makan cheese. Hmm”

“Iya? Hahaa..nk beli cheese kt mn?”

“Ermm t tolong singgah 7e boleh?”

“Boleh..untuk ko apa saja.”

“Hahaa ok thanks.”

Setelah menghantar kakak Aiman di rumah, mereka terus bergerak ke kedai makan. Banyak perkara yang mereka bualkan bersama. Setelah itu, mereka singgah sebentar di 7e dan seterusnya Aiman menghantar Baitil pulang. Dengan selamatnya.

“Thanks 4 d ride..”ucap Baitil seraya tersenyum.

“U r welcome.” Aiman tersenyum

“Ok. C u again next time”. Bye. Baitil melambaikan tangannya.

“Bye”.
__________________________________________________________________

Pertemuan kedua itu akhirnya membawa kepada pertemuan ketiga, keempat dan seterusnya. Boleh dikatakan setiap hujung minggu mereka pasti keluar bersama. Baitil terasa hidupnya kembali ceria. Pertemuannya dengan Aiman banyak menggembirakan dirinya. Tengok wayang, makan dan shopping menjadi rutin setiap hujung minggu. Memang sekali tengok, mereka tidak ubah seperti pasangan bercinta. Sangat mesra dan akrab. Tetapi bagi Baitil, dia menganggap Aiman tidak lebih dari teman rapatnya. Tidak mungkin dia bercinta dengan kawan kepada ex boyfriendnya sendiri. Itu mustahil. Meskipun ada yang mengatakan ada kemungkinan untuk Aiman menyukainya lebih dari seorang kawan, dia hanya ketawa terbahak-bahak dan mengatakan itu mustahil. Dia bukan taste Aiman. Aiman cuma mahu yang vouge2 dan hot saja. Sedangkan dia hanya gadis biasa. Terlalu biasa. Tiada yang istimewa.

Hujung minggu itu, mereka keluar lagi bersama. Seperti biasa mereka sepakat untuk berjumpa di Mid Valley. Tempat paling mudah untuk dituju memandangkan Baitil boleh saja terus mengambil komuter untuk sampai di sana. Sesampai sahaja dia di Mid Valley, dia terus melangkah naik ke tempat wayang. GSC. Dia yakin benar Aiman pasti belum sampai memandangkan dia baru keluar dari tempat kerja dan jalan pula dikatanya sesak. Jadi adalah lebih baik dia saja beratur dan membeli tiket wayang terlebih dahulu. Sedang dia beratur, tiba-tiba..

‘Hmm jammed teruk ye kt sini’, Baitil seraya menoleh ke belakang. Dilihatnya lelaki yang berdiri di hadapannya itu. Dengan hanya berseluar 3 quater dan berbaju lengan panjang warna coklat gelap, lelaki itu nampak bersahaja dan santai. Tak de langsung gaya orang baru balik keja.huh. Lelaki ini memang suka buat kejutan. Katanya jammed tadi. Rupa-rupanya, wa kena beb!huhu..

‘Hahaa..hmm kate jammed tadi.i mati2 ingat betul tadi taw. Baru plan pasni nak g solat dulu sementara tgu u sampai. Rupa-rupanya..hmm xpe2. Glad to see u r here’, Baitil tersenyum.

‘Hahaa..betullah i kate jammed. Tgk nih. Jammed kan. Beratur je dah panjang. Erm nak tengok cite ape neh?

‘iya lah awak..mmg jammed.ahaha.ermm..tengok..u kate nk tgk mualaf kn?tengok mualaf lah.ok?

‘ok deal’, Aiman mengangguk.

‘ Ok set. Yang awak kenapa berdiri kt situ lagi. Sinilah.u, nnt turun bawah jap eh. G surau. I nk solat kejap’.

‘Ok awak’.

Begitulah selalu. Aiman suka benar mengusik Baitil. Ada saja yang mahu diusik. Kadang- kadang terkedu Baitil dibuatnya. Dia hanya mampu tersenyum dan akhirnya satu cubitan hinggap di lengan Aiman. Nah rasakan! Baitil pula apa kurangnya. Ada saja akalnya untuk membalas. Senyum dan ketawa sentiasa menghiasi hari- hari mereka. Ada sekali itu, Aiman sengaja buat-buat tidak larat mahu menghantarnya pulang dan menyuruhnya pulang dengan tren saja. Lalu diberinya pelbagai helah kepada Aiman.

‘u balik ngn tren je lah eh? Jauhlah Bangi..’,usik Aiman

‘Adush tiba2 pinggang i sakit lah. Serius sakit. Kaki i aduh lenguh2..huhh. Camne nak naik tren nih..’, Baitil pura-pura mengadu kesakitan sambil memegang megang pinggangnya.

‘hahaa..pandai eh u..mcm2 eh helah dia’, Aiman ketawa. Mana mungkin dia biarkan gadis itu pulang seorang diri malam-malam begini.
__________________________________________________________________

Baitil tersengih- tersengih macam kerang busuk. Kerang busuk tersengih kah? Dia pun tidak faham kenapa orang suka benar guna istilah tersengih macam kerang busuk. Cuba bayangkan kerang tersengih. Busuk plak tuh! Hah kan buruk rupanya. Kawan- kawannya tidak abis- abis mengusiknya. Kata mereka dia tengah angau. Asyik tersenyum sendirian. Aneh sejak akhir- akhirnya hatinya terasa sangat senang dan bahagia. Dan tidurnya sentiasa dibuai mimpi indah. Jatuh cintakah dia? Ahaha no no no..mustahil! Tak mungkinlah dia jatuh cinta dengan teman baiknya sendiri. Dia dan Aiman hanya kawan baik. Tak mungkin dan tak akan lebih. Yahh..mungkin hatinya senang memiliki teman seperti Aiman. Sangat mengambil berat tentang dirinya. Lelaki itu tidaklah sekacak mana. Sekali pandang, dia biasa saja. Tetapi ada sesuatu yang istimewa pada lelaki itu. Yang selalu buat Baitil senang berdamping dengannya.

‘sayang, i mish u so much!’ Baitil tersenyum membaca sms yang diterimanya. Lelaki itu suka benar memanggilnya ‘sayang’. Dia tahu lelaki itu hanya bergurau.

‘i miss u even more syg..’, Baitil membalas kembali sms Aiman. ‘ sayang’ itu juga sekadar gurauan.

‘ u tahu tak, macam rintik-rintik hujan di luar tu, banyak mana yang u tak dapat tangkap tu, banyak itulah i rindu u’, Baitil terbahak- bahak ketawa membaca balasan sms dari Aiman. Lelaki itu memang suka benar bergurau. Layan je lahhh..

‘Wahh..hebatnya kata-kata u! Yerp hatiku mainanmu..’, Baitil membalas.

‘ Eleh tiru ayat i..ni tengah buat ape syg? Kelas abis kol brp? Sms Aiman masuk lagi.

‘ I kat dalam library nih. Hari ni klas pack.kol 4 baru abes. Huh letih’, Balas Baitil

‘ Ok. I abes keje kol 5. Take care syg.mish u’.

Baitil tersenyum lagi membaca kiriman sms dari Aiman. Jangan benar- benar sayang sudahh..bisiknya di dalam hati. Hari ini jadual kuliahnya benar- benar padat. Ditambah dengan tutorial lagi. Huh benar- benar penat. Apapun ini adalah jalan yang dia pilih. Dia mahu berjaya mencapai impiannya menjadi seorang lawyer. Walaupun terpaksa berhempas pulas dengan bermacam- macam kes dan assignment, dia puas dan bangga dapat menjadi seorang pelajar undang- undang. Ini adalah cita- citanya sejak di bangku sekolah. Kata abah dan mama, u are born to be a lawyer! Sebab dia cakap banyak dan suka kepada perkara yang bersifat argumentation. Dulu pernah juga dia bercita- cita mahu menjadi doktor tetapi dia tahu menjadi seorang peguam adalah yang terbaik bersesuaian dengan minat dan keupayaannya yang lebih menjurus kepada sastera. Baitil tahu harapan besar keluarga terletak di bahunya. Dia tidak mahu mempersia-siakan peluang yang ada. Walaupun dia bukanlah pelajar yang skema atau ulat buku, tetapi dia juga bukanlah pelajar yang hanya tahu main- main. Prinsipnya, work smart not hard. Dia lebih suka suasana pembelajaran yang tidak keterlaluan. Apabila tiba masa belajar, dia benar- benar fokus. When it’s come to playful time, she’s d one who enjoyed it the most! Dia paling tidak suka dipaksa. Atau disuruhnya menyiapkan tugasan secara tergesa-gesa. Dia tidak suka bekerja di bawah tekanan yang keterlaluan. Boleh jadi gila! Dia percaya setiap orang ada cara belajar yang tersendiri. Dan dia selesa dengan cara belajarnya. Apa yang penting, matlamat setiap orang adalah sama. Mahu berjaya.
___________________________________________________________________

Entah di mana silapnya. Aiman tiba- tiba sedikit berubah. Kelakuan ganjilnya benar- benar menimbulkan tanda tanya dalam diri Baitil. Aiman tidak lagi banyak bercakap. Kurang menghubunginya dan seakan cuba menjauhkan diri. Baitil benar- benar tidak faham. Apabila bercakap di talian juga, Aiman lebih banyak mendiamkan diri. Kata Aiman, dia ada masalah. Yah. Mungkin masalah kereta kesayangannya yang masih di bengkel kerana rosak tempoh hari. Baitil cuba menduga. Dia benar- benar buntu. Bukan dia berniat untuk membuat lelaki itu berasa rimas kerana sering dihubunginya. Sebagai seorang kawan, teman rapat, Baitil mahu Aiman tahu dia sentiasa bersamanya di saat susah mahupun senang. Tapi respon Aiman dari hari ke hari benar- benar menguji kesabaran hatinya. Apatah lagi ditambah dengan keberangkatan Sham ke UK seminggu yang lepas. Hidupnya benar-benar terasa diuji. Ya Allah..kuatkan semangat hambaMu ini. Baitil tidak henti-henti berdoa mohon diberikan kekuatan untuk menghadapi semua ini. Sudahlah kehilangan orang tersayang, teman baik pula mula menyisihkan diri. Hub nasib nasib..

Baitil masih teringat akan perbualannya bersama Aiman tempoh hari. Selepas dia pulang dari gym, dia cuba menghubungi Aiman. Mujur lelaki itu menjawab panggilannya. Seperti biasa, Aiman hanya diam seribu kata. Keadaan sebegitu benar-benar buat Baitil rasa sedih dan seperti mahu marah. Tetapi dia tahu dia harus sabar dan banyak bersabar.

Baitil : u, may i asked u something?

Aiman: erm.

Baitil: u realise x, wat happen now is not same as before. Dlu, we talked much, we care about each other better. But now, things gonna be very different. I believe everything happen for a reason. Tak akan tiba- tiba u berubah jadi macam ni kan? I ade buat salah dengan u ker...

Aiman: Betul u nak tahu sangat?

Baitil: Yup

Aiman: I rasa i belum puas lagi jadi single. Dan i belum ready lagi nak ada komitmen dengan sape2.

Baitil: Lah, so ape kena mengena dengan i? U nk single single lah. I tak de paksa u kapel ngn sapa2 pun. I pn sama. Single is the best way for me now.

Aiman: U taw x, i baru je clash 6 bulan lepas. And then i rapat dengan u. Selalu call, selalu message, nak g mn semua i bagitaw u. U rasa i single ker dalam keadaan macam tu? I need some space. Untuk i buat apa saja yang i suka. Tak perlu nak jaga hati sape- sape.

Baitil: Aiman, listen here. Sejak i rapat dengan u, i tak pernah minta u treat i macam tu. U yang start macam tu. So i terima jer. And yerp. Sorry mmg kadang- kadang i asked u too many question. Kenapa u dah tak macam dlu..bla2..suma tu sebab i do care about u. U noe, when we get less than wat we got before, the curiousity was there. I jadik pelik. Sorry, i tak maksud nak buat u rimas or rasa diri u terikat dengan i. No need for u to do that. Nak terlalu menjaga hati i ker apa..I nk tanya, memang u layan ur frens macam ni ker? I means macam mn u layan i?

Aiman: Yerp i admit. I memang treat u more than friend and i mmg consider u lebih dari seorang kawan. That’s why i think u should stop this. Lagipun, Sham deserve u better than me. Maybe u tak faham. Sham tu kawan i..n i tak boleh lah..u ni terlalu baik untuk i.

Baitil: What the nonsense are u talking about. Hey come on la..Plez..dun be like dis. Sham tu pun memang dah tak nak kat i la..i akui i memang baik dengan dia. Itu semua sebab kitorang tu dah kenal lama..since sekolah. So memang dia dah menjadi sebahagian dari hidup aku. Tapi untuk terima dia lebih dari seorang kawan tu tak mungkinlah..

Aiman: U taw tak, kalau laki tu dah clash dengan u, but still carik u, contact u, tu maknanya dia still nk la. I pun laki jugak. So i tahu Sham tu still nk kat u. I dlu dengan my ex mana ade contact2 lagi..sebab i memang dah tak nak.

Baitil : Huh i really2 dont understand. And now what’s ur problem? Kenapa tak kita continue jer our friendship, rapat macam biasa. Why do we have to stop?

Aiman: If i get to know you better, susah jadiknya nanti.

Baitil: Apa yang susah? U takut u jatuh hati kat i?

Aiman: Faham pun u.

Baitil: Haishh ape kena dengan u nih..u taw tak, Sham tu baru je fly ke UK. And now u plak macam ni. Dugaan apa ni..as a fren, i hope u are there. Dengan i. Support me. Give me courage when life seems like very unfair. I hope u always with me in any situation. I tu memang sayang sangat dengan our friendship nih. U adalah salah seorang kawan lelaki yang i betul- betul rapat and i hope u will remain as my good friend. Then, what will happen next? Erm?

Aiman: I rasa better kita buat hal masing- masing. U do ur part. I do my part. I tahu i kejam. Sorry. I memang teruk. I mainkan u. U deserve someone better k.

Baitil: U know, in friendship, there’s no need for u to say who deserve me better. We can make friends with anybody. No matter how does friends look, whether good or bad, slim or fat, stupid or wise, they are my friend. Till the end. Even u, always remain as my friend. Sampai bila- bila pun. Yerp. I tak leh nak paksa u. Kalau dah itu keputusan u. I terpaksa terima. Walaupun i terasa betul- betul sedih u buat i macam nih.
___________________________________________________________________

Baitil menangis tersedu- sedan. Semalaman dia tidak boleh tidur. Matanya bengkak- bengkak. Dia tidak faham keadaan yang melanda dirinya sekarang. Kenapa perlu Aiman membuat keputusan begitu? Tidak sayangkah dia kepada persahabatan yang dibina ini? Ah, mungkin Aiman telah biasa mempermainkan perempuan macam tu. Tapi Baitil bukan bahan mainannya. Dia seorang kawan yang tulus mengangap Aiman sebagai teman rapat dan tidak lebih dari itu. Kawan yang dia benar-benar percaya ikhlas menyayanginya sebagai seorang sahabat dan tidak akan sesekali mengkhinatinya.

Hidupnya kembali terasa sunyi. Entah kenapa kehilangan Aiman benar- benar dirasai olehnya. Istimewa sangatkah lelaki itu dalam hidupnya? Kenapa sukar benar dia melupakan bayang lelaki itu. Bukankah lelaki itu hanya dianggapnya sebagai teman rapat dan tidak lebih dari itu? Jadi kenapa harus dia bersedih sebegini rupa? Baitil banyak termenung. Aiman benar- benar meninggalkan kesan dalam hidupnya. 4 bulan mereka rapat, kalau diikutkan bukanlah satu tempoh yang lama. Lebih lama sekiranya dikira hubungannya dengan Sham yang menjangkau 4 tahun. Baitil benar- benar rindukan Aiman. Boleh dikatakan setiap malam lelaki itu hadir dalam mimpi- mimpinya. Yang peliknya dalam mimpi itu, hubungan mereka kelihatan sangat baik dan mesra. Alangkah indahnya kalau mimpi itu mampu dibawa ke dunia realiti.
Ya.mungkin benar. Hatiku mainanmu..
___________________________________________________________________________
Moral of the story: Persahabatan antara lelaki dan perempuan tak boleh diiringi oleh perasaan lebih dari seorang kawan. Kalau tak, dia tak akan selamanya bole jadik kawan kamu..
p/s: cerita ini tiada kaitan dgn penulis. Ini semua cuma khayalan nakal penulis sahaja.

7 ulasan:

  1. nice, menarik cerita ni. apa kata hg pegi promote kat penulisan2u. banyak readers kat sana.


    p/s: mcm ada sikit2 pasal hg ja. hihi

    BalasPadam
  2. thanks mimi.
    mcm ad kaitan eh?
    hahaa..

    BalasPadam
  3. lebih kurang la, cuma aiman tu sapa? haha

    BalasPadam
  4. mcm kisah benar jek..btol tak?? ehe

    BalasPadam
  5. baitil tu mcm watak zaty jer,
    born to be a lawyer.
    be honest, citer best!!!suka:)
    tp klu konflik antara baitil dan aiman tu bg complicated skit, bru citer ni nmpk lg interesting.
    epy olidays dear!

    BalasPadam
  6. mimi: haha aiman tu rahsia.
    hann: ye ke mcm kisah benar?ye lahh.mungkin ad yg prnh lalui cerita mcm ni
    bdk kecik: tq! yerp maybe kalau ad ms n idea nnt, cerita ni akn dismbg..

    BalasPadam