Khamis, 21 Januari 2010

PEMBETULAN

Ok. First sekali nak cakap sorry if this entri mengganggu jiwa siapa2.bukan niat di hati nak mengata atau mengumpat jauh sekali menghina. Aku hanya sekadar mahu menjernihkan keadaan dan membuat pembetulan sekiranya ada.

Ya. Mungkin aku banyak berdiam diri selama ini mendengar segala suara-suara sumbang di sebalik tabir atau pandangan-pandangan yang agak tidak menyenangkan. Bukan apa. Aku malas hendak melayan segala kerenah manusia yang aku kira tidak perlu untuk aku ambil serius. Masalah dalaman, konflik persahabatan yang punyalah erat satu ketika dulu mungkin antara isu yang sentiasa menjadi persoalan.hmm seperti:

‘kenapa dah tak nampak Zati dengan si .... dan si......?
‘ Apa masalah Zati ngan diorang? Gado ke?


Hmm terus terang aku katakan, aku tidak berminat untuk menceritakan keburukan orang. Maaf aku bukan seperti itu. Mereka pernah menjadi kawan rapat aku, sentiasa bersama aku malah pernah berjasa kepada aku. Jadi tak akanlah hanya kerana 1 titik hitam, aku perlu memejam mata dari melihat segala kebaikan mereka yang dahulu? Setiap orang ada kelemahan. Seego mana pun anda, tolonglah akuinya. Dan semua orang pernah buat silap dan mungkin terlanjur kata dan membuat orang terasa hati. Itu lumrah hidup. Selagi terdaya, baikilah kelemahan yang ada. Kita belajar dari kesilapan dan tidak seharusnya kita menghukum seseorang hanya kerana KESILAPAN. Sesempurna manakah anda untuk memandang kurangnya orang lain? Sehebat manakah anda untuk mencaci buruknya orang lain? Semulia manakah anda untuk menjaja cerita keburukan orang? Kita bukan hidup di bawah tempurung. Kita bukan hidup di zaman purba. Inikah rakyat Malaysia yang mentalitinya kelas pertama? Tolonglah..lebihkan buat kerja dari mengata. Aku selalu kata, orang tak akan faham situasi kita selagi mereka tidak berada di tempat kita. Aku harap satu hari nanti mereka akan faham.

Berkenaan dengan penamaan calon bagi exco sukan PERUNDANG. Hmm bukan tujuan nak melobi kat sini. Cuma sekadar meluahkan apa yang aku rasa. Ya, aku perempuan. Dan memang aku akui jawatan exco sukan ini lebih sesuai disandang oleh lelaki dan sememangnya jawatan ini sentiasa dimonopoli oleh kaum lelaki. But please..dont judge me because i nampak macam bukan budak sukan..or sebab muka aku tak pernah nampak kat PERUNDANG. Aku bukan jenis yang nak menempel sana sini. Apatah lagi nak membodek. Siyes aku tak pandai bab2 macam tu. Aku involve sukan selama ni pun sebab minat. Dari sekolah rendah aku involve sukan. Macam2 aku masuk. Hoki, bola jaring, bola baling, badminton, futsal..tapih orang tak tahu semua tu. Hanya mereka yang rapat dengan aku sahaja yang tahu. Ya. Aku jugak x miss sukan Perundang setiap tahun. 1st year main bola jaring. N 2nd year pn main.Tak pernah terfikir nak dicalonkan sebagai Exco Sukan Perundang. Aku sangat risau sekarang ni. Nak dapatkan kepercayaan orang bukan mudah. Tapi aku akan cuba yang terbaik. Aku tahu lepas ni mungkin aku akan mendengar banyak suara-suara sumbang. Terima kasih aku ucapkan. Anda buat aku menjadi lebih baik.

P/s : Maaf aku ter ‘emo’. Terima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokong aku.

3 ulasan: