Selasa, 29 Disember 2009

KESEMPATAN

Dalam dunia ini, tidak ada seorang manusia pun yang boleh hidup keseorangan. Tanyalah seorang presiden sesebuah negara sekalipun, semuanya memerlukan manusia lain untuk terus hidup. Alangkah bahagianya hidup apabila kita masih mempunyai mereka untuk berkongsi cerita, ketawa, lepak2..dan saling menasihati dan tolong menolong.

Kawan..teman, keluarga, kekasih hati yang tercinta, semuanya adalah mereka2 yang kita perlukan. Namun kita sering tertanya mana satu yang lebih penting? Semasa kita lahir ke dunia, kita tak kenal siapa2. Keluarga adalah segalanya. Kita mula belajar meniarap, merangkak, bertatih, berjalan dan seterusnya berlari. Apabila usia semakin menginjak naik, kita mula mengenal dunia luar..yang lebih luas. Kita mula bertemu dengan mereka yang kita panggil KAWAN. Bersama dengan kawan-kawan, macam2 yang kita belajar dan ingin kita cuba. Kalau boleh nak sehidup semati dengan kawan2. Kerana waktu itu, kawan adalah segalanya. Kata keluarga kadang2 tu tak lagi kita dengar. Keluarga tak betul, kawan juga yang betul. Sememangnya di alam remaja, kawan-kawan sangat mempengaruhi corak kehidupan kita. Kawan yang baik pasti akan mencorakkan kehidupan dan masa depan yang baik.

Apabila kita mula menginjak ke usia dewasa, kita mula memikirkan hala tuju yang lebih jauh. Ya. Kawan masih tetap ada..sentiasa bersama. Jauh atau dekat, mereka sentisa mengikuti perkembangan kita. Bertuahnya memiliki seorang kawan yang baik dan sentiasa mengambil berat. Kita mula memikirkan soal kerja, soal kehidupan berkeluarga, soal duit..soal orang datang meminang dan merisik(mana satu nak pilih?). Segalanya tentang kehidupan di masa hadapan. Waktu itu, kekasih hati yang tercinta menjadi sebahagian dari kehidupan yang memerlukan perancangan bersama.

Bagaimana dengan keluarga? Adakah dengan kehadiran kawan dan kekasih hati, keluarga terus dipinggirkan? Tidak sama sekali..keluarga masih tetap sama. Sentiasa ada dengan kita tidak kira susah mahupun senang. Di saat kawan dan kekasih hati datang silih berganti, keluarga masih tetap orang yang sama. Bertuahnya memiliki sebuah keluarga yang bahagia.

Berjalan ke depan, menoleh ke belakang, banyak benda yang telah kita tinggalkan. Kenangan demi kenangan sentiasa hadir mengisi kekosongan. Untuk apa dikesali apa yang telah pergi? Kita hanya mampu menoleh, tapi kita tak perlu berlari mengejar masa yang telah pergi. Mengoraklah..langkahmu terus ke hadapan. Dongakkan kepalamu..halakan pandanganmu ke langit. Lihatlah seluas luas dan sejauh jauhnya..tenangkan jiwamu, sedarkan diri bahawa dunia ini hanya sekadar persinggahan. Hargailah setiap masa yang ada, mereka2 yang masih bersama kita. Hari ini kita masih mampu melihat langit. Tetapi mungkin esok..dunia ini kita tinggalkan. Setiap kali sebelum pejamkan mata, maafkan semua orang yang pernah buat salah terhadap kita. Sekiranya esok masih ada, biarlah kita membuka mata tanpa mendendami sesiapa pun. Mulakan hari ini dengan senyum dan tawa dan bersyukurlah kerana kita masih lagi bernafas..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan