Isnin, 7 Disember 2009

Impian dan kenyataan

Perjalanan hidup, tak siapa menyangka yang kadang2 apa yang kita impikan, segala yang kita harapkan, gagal juga.
Kita mengharapkan di setiap hari, kita dapat memberikan sesuatu yang lebih baik, perubahan yang lebih menggembirakan kepada mereka-mereka yang kita sayang.
Setiap kali masa berputar, berubah dan berjalan, setiap kali itu juga kita cuba menyakinkan diri kita bahawa di setiap perjalanan hidup, pasti ada sesuatu yang lebih baik menanti di hadapan.
Tetapi..harapan demi harapan yang kita pertaruhkan di setiap hari selalu mengecewakan dan selalu membuat kita berasa terkilan.
Hmmm..itulah lumrah kehidupan kita. Apa nak buat..teruskan dengan senyumana dan jangan sesekali berhenti berharap kerana..
Kehidupan adalah merupakan nikmat terbaik yang Allah telah berikan untuk kita.

"Perjalanan hidup ini tidaklah seindah impian dan harapan. Seandainya kita menyedari hakikat kehidupan pasti diri kita tidak tenggelam dalam khayalan. Impian dan harapan yang keterlaluan sehingga lupa pada qada dan qadarnya."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan