Rabu, 23 Disember 2009

Penantian

Kelas hari ni start pukul 10. Tapi kol 8 lebih aku dah semangat siap2 g klas. Aku ada dua kelas. Undang-undang keluarga Islam dan undang- undang angkasa lepas. Biasa ah awal2 semeseter ni semangat memang berkobar-kobar sikit. Dalam kelas pun amik nota tuh..harap2 la semangat macam ni terus maintain sampai ke akhir semester.

Belajar bab Undang-undang Keluarga Islam ni memang menarik ar..sebab subjek tu memang sangat berguna untuk masa depan. Sangat dekat dengan jiwa. Ya r..belajar bab perkahwinan, pertunangan..memang ilmu yang sangat bagus untuk dipraktikkan bila dah kawin kelak.haha..gatai2. Korang xmau kawin ka?Semua mesti nak kawin kan..

Pastu masuk lecture undang-undang angkasa lepas. Mula2 memang blurr..tak taw menda apalah subjek ni. Tapi bila dah dgr lecturer explain, mmg menarik ah. Rugi tak amik. Sebab subjek ni adalah subjek baru dan tidak ada di mana2 universiti lain kat Malaysia selain UKM.

Aku tertanya tanya bilalah duit jpa nak masuk..sekarang ni aku boleh tengok ja la segala sale sana sini.huh. Nak shopping pun malas sebab xdak duit extra. Jpa cepat2 la masuk duit.plezzz..aku nak beli buku nih..(haha.cewwah..nk shopping xckp). Pastu aku da janji ngn sorang member nk belanja dia dominos. Haishh..demand btl.belanja roti canai tak nak. So plezz la jpa masuk duit cepat2. Aku nak beramal nih. Kuang2.

Semalam aku g mid valley. Tgu sorang makhluk Tuhan ni sampai punya la lama. 2 jam lebih kot..sabar ja la. Orang dah la ramai dalam tren. Kepala suda pusin2. Tunggu punya tunggu tak sampai2 jugak. Kejap aku masuk jusco kejap aku kuar balik. Pastu aku masuk balik. Satu aras mid valley tu aku pusing2 x sampai2 jgk lagi. Message cakap dah sampai rupanya..cait.Tipu lagi. Aku masuk jusco lagi..keluar balik. Las2 aku pun beli tiket tren r..nk balik (konon merajuk r..lama kot tgu). Tapi dalam hati masih nk tgu gak. Tren datang aku biar ja. Tak naek pun. Pastu aku message sorang member yang tgh keja nih suh hiburkan hati aku jap. Bukan apa..sedih kot.sedih2.aku kalau bole nak ja nanges time tu jugak (lembik!mst ada yg kata cmtu kan..) Tapi aku tahan ja. Mujur la member aku ni reply message dan mula buat macam2 lawak. Okeh thanks..akhirnya aku tergelak gak la. Akhirnya penantian aku berakhir jugak. Dia pun sampai dengan muka yang bersalah, minta maaf dan kata nak belanja aku makan. Tapi kan..akhirnya aku yang belanja dia makan!haiyakkk.tak pa la. Nak wat camna..kesian lak kat dia yang poket tgh kering tu. Tak sampai hati r suh belanja. Camtu la ceritanya..

Okeh2..esok2 aku sambung cerita lain plak. Aku mengantok ni. Nak tido.

1 ulasan:

  1. cettt..KTM rosak ah!!hadoi.gagaga..
    (nmpk macam alasan kan..tp bkn ok!)

    hahaha,,,tq blnja

    tu la..org ajak g makan roti canai(ujung bulan roti canai sudahhhh) sape suh g masuk pizza hut..hahahhahaha

    xoxo

    BalasPadam