Rabu, 30 September 2009

AKU SAYANG MEREKA!!

Tahukah anda siapa mereka yang aku maksudkan?

Aku sayang mereka,
Kerana mereka selalu buat aku ketawa..
Aku sayang mereka
kerana mereka selalu buat aku jadi rindu..
Aku sayang mereka
kerana mereka banyak berkorban untuk aku.
Aku sayang mereka,
Kerana di saat orang lain pergi meninggalkan aku,mereka masih setia bersama aku.
Aku sayang mereka,
Kerana tiada ikatan yang kekal selamanya melainkan ikatan aku bersama mereka.
Aku sayang mereka,
Kerana dengan mereka, aku belajar menjadi diri aku sendiri
Aku sayang mereka,
Kerana merekalah sumber inspirasi dan kekuatanku untuk berjaya menjadi yang terbaik.
Aku sayang mereka,
Kerana mereka menerima aku seadanya dan sentiasa ada dengan aku walau seteruk mana pun diriku.
Aku sayang mereka dan aku sangat takut kalau 1 hari nanti aku kehilangan mereka.
I LOVE MY FAMILY VERY MUCH!!

Selasa, 15 September 2009

SELamaT HaRI Raya!!

Posted by PicasaSalam Aidilfitri..
Ramadhan mula menutup tirainya dan syawal datang dengan seribu mengertian. Dalam tak sedar, tinggal beberapa hari saja lagi umat Islam di seluruh pelosok dunia akan menyambut hari kemenangan, Hari Raya Aidilfitri. Syukur ke Hadirat Ilahi kerana kita semua masih bernafas dan diberi kesempatan untuk menyambut Aidilfitri buat kesekian kalinya. Syukur jugak kerana aku masih dapat lg menyambut bersama keluarga tercinta. Berbanding dengan mereka yang mungkin sudah kehilangan orang yang tercinta atau berjauhan dengan keluarga.
Semoga syawal yang dirai memberi seribu pengertian buat semua. Dapat merapatkan mereka yang bersengketa, mengeratkan silaturahim sesama insan dan membuka satu lembaran baru yang lebih baik buat semua.
Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat hari raya buat keluarga tercinta, sahabat handai tak kira jauh atau dekat dan kepada sesiapa saja yg mengenali diri ini.cehh..macam salam perantauan plak. Mohon maaf segala silap dan salah sama ada tersengaja atau tidak, kecik atau besar, sedar atau xsedar..salam kemaafan aku hulurkan.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
Ikhlas dari zati hazwani d keluarga.

Selasa, 8 September 2009

SOALNYA HATI??

Hati adalah raja dalam diri manusia. Hati ialah tempat letaknya keyakinan seorang hamba terhadap tuhan-Nya. Hati juga sasaran syaitan untuk menyesatkan manusia. Untuk memutuskan silaturahim antara kita, menimbulkan pertelingkahan,kekeliruan dan sebagainya. Hati yang baik sentiasa mencetuskan kedamaian dan ketenangan dalam diri, keluarga dan masyarakat.

Sabda Rasulallah s.a.w:

Bahawa hati itu berkarat seperti karatnya besi, lalu orang bertanya, “Wahai Rasulallah bagaimana membersihkannya?”
Rasulallah menjawab, “....membaca Al Quran dan mengingati mati”.

Untuk kali ini, aku membawa korang menyelusuri apa makna hati dan soalnya hati. Aku sedar aku belum cukup sempurna untuk mengatakan segala apa yang bakal diutarakan adalah sebulat-bulatnya betul kerana aku hanya manusia biasa yang masih dalam proses pembelajaran, memahami dan cuba untuk difahami. Oleh kerana ketidaksempurnaan sifat-sifatku, maka aku mengutarakan SOALNYA HATi??

Aku pernah berbicara dengan seorang teman berkenaan hati, akal fikiran dan perasaan. Sambil melepak di kafe memerhati tingkah laku serta kelibat manusia, kami cuba membincangkan definisi sebenar hati, akal fikiran dan perasaan. Kadang2 tidak dapat dinafikan berlakunya perbezaan pendapat antara kami memandangkan setiap manusia mempunyai pandangan yang berbeza. Namun aku menerima pendapatnya dengan hati yang terbuka kerana di setiap patah katanya, ada betulnya. Yang dapat memandu aku ke arah kehidupan yang lebih sempurna.

Katanya..hati itu mesti dipandu oleh akal.ini apa yang aku faham r. Sekiranya hati itu tidak dipandu oleh akal, manusia itu akan hilang pertimbangannya. Aku pula menambah, selain akal, hati juga perlu dipandu oleh perasaan..perasaan kasih dan sayang, mengasihi dan dikasihi. Kerana tanpa perasaan, manusia mungkin lupa memikirkan dan merasa simpati kepada orang lain. Lalu dapat disimpulkan hati itu perlu dipandu oleh akal dan perasaan. Namun perasaan itu biar berpada. Utamakan kesederhanaan kerana itu yang terbaik.

Bukan mudah untuk kita menjadi manusia yang boleh diterima oleh semua orang. Kerana hati manusia itu berbeda. Meskipun setiap manusia itu mempunyai hati, akal dan perasaan. Pengalaman dan keadaan sekeliling bakal mempengaruhi hati, akal dan perasaan manusia. Aku pernah mengeluh kepada seorang teman, menanyakan kenapa hatinya begitu keras??tidak adakah rasa kasih dihatinya?mengasihi sesama manusia. Dan dia menjawab bahawa setiap manusia itu ada hati,cuma dia mungkin memerlukan lebih masa berbanding orang lain untuk memahami hatinya. 1 hari nanti dia akan sedar and everything will be ok. InsyaAllah.

Dari mana pula datangnya kemaafan?Soalnya hati..segalanya datang dari hati. Hati yang lembut akan memaafkan meskipun dia pernah merasa kecewa, pernah merasa sakit hati dan derita kerana kemaafan itu adalah pengubatnya. Tanpa dia sedar memaafkan itu indah..dan banyak pahalanya. Mengingati kata-kata seorang sahabat, apabila 2 hati itu bertelingkah, maka salah satunya perlu untuk mengalah. Mengalah bukan bermaksud kita kalah..dan orang yang ego bukan bermakna mereka menang. Sekiranya hati itu perlu untuk bertolak ansur..kenapa tidak?? Sekiranya kata maaf itu perlu diucapkan, kenapa masih perlu berdiam?

Tetapi bagaimana sekiranya kita telah mengalah dan meminta maaf tetapi hati yang 1 lagi masih belum mahu mengalah? Apa yang patut kita buat? Apakah perlu untuk kita terus berusaha, merayu dan terus merayu demi sebuah silaturrahim? Sedangkan kita juga punya hati dan perasaan, sedangkan kita juga masih ada maruah yang perlu dipertahankan? Mengenang nasihat seorang sahabat, biarkan dia. Lama-lama dia akan sedar memaafkan itu indah. Yang penting kita telah melakukan apa yang sepatutnya kita lakukan. Dan yang paling penting, berlaku baik dan jangan sesekali berdendam.

Berbicara soal hati, aku tak dapat nafikan ianya tidak mudah.Kerana hati itu adalah batin manusia. Yang kita tidak mungkin nampak dari pancaindera . Sebab itu kita selalu dengar orang kata ‘dalam hati tak siapa yang tahu’. Manusia acap kali menduga hati manusia tetapi telahannya belum tentu betul.

Kepada setiap manusia yang mempunyai hati termasuk aku, peliharalah hatimu dengan seindah dan sebersihnya. Jangan jadikan hatimu keras lantas menjadi alpa. Pandulah hati dengan akal dan perasaan yang sewajarnya. Jangan terlalu ikut kata hati kerana pepatah ada mengatakan ikut hati bole jadik mati. Ingatlah hati itu adalah sasaran utama syaitan untuk menyesatkan dan semoga kita tidak tergolong di antara mereka yang sesat atau bakal disesatkan.

Memetik kata-kata dalam hadis Rasulallah:

“Janganlah sekalian kamu dengki-mendengki, jangan putus-memutuskan silaturahim, jangan benci-membenci, jangan musuh-memusuhi tetapi jadilah kamu sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah ke atas kamu.”

p/s: semoga kita sentiasa dalam keredhaanNya.

Rabu, 2 September 2009

BIRTHDAY MY LITTLE KING




Happy 1st Birthday Raiyan..

Aku nak cita ni..

aritu aku blk kg..pastu dah alang2 blk kami smbut la skali besday si budak kecik ni.dah tak leh pgl baby dah sbb dah 1 taun..


Raiyan: hai semua..jgn jeles..sy da 1 taun skrg..

Masih ingat kah anda pada budak ini?? Dulu kalu korang ingat la..aku penah tulis entri pasal dia. Masa 2 dia kecik lagi.Tgk la skrg da besar..kejap ja masa tu berlalu. Tepat 1 Januari aritu genap lah umur dia 1 taun..

Bila umur dia dah 1 taun ni,seriously aku dah xlarat nk kawal dia. Mcm hal dia nk buat.Banyak benda yang dia sibuk nk belajar. Kadang2 jadik geram ngan dia.Rasa nk cubit2 ja pipi dia. Tapi bila dia tak dak,rasa rindu sgt nk tgk gelagat dia yg boleh wat aku ketawa terbahak-bahak.




Raiyan tgh diguide abahnya untuk meniup lilin yg sebatang tu sambil diperhati oleh mummynya..





Raiyan bergambar dengan hadiah dari pak ngahnya.


Okeh sambung cerita,sekarang ni raiyan tengah belajar bercakap setelah dia mendapat lesen kakinya untuk berjalan. So next step adalah bercakap. Macam2 benda dia nk cakap.layan ja lah walaupun aku sendiri tak berapa nk faham apa yg dia cakap.Tapi aku cuba jugaklah memahami bila dia kata 'tu..'smbl tunjuk2 tu mksudnya dia tya benda tu apa?..so aku jawab lah..'tu bird..'

Yang pasti dia da pandai pgl 'mummy'..'abah'..kalu nak something da pandai cakap 'nana'.kalau xnak dia cakap 'tana..'.Jadik aku faham r. Sekarang ni aku tengah ajar dia pgl aku 'Ucu' tapih...bila aku ajar ja dia mst dia wat tak tahu ja.huhu..tak pa2..nnt2 dia pandai r tu pgl aku 'ucu'.

To my little king raiyan,be a good boy k! jgn naughty2 a..jgn comot2.maintain cute.Jadik budak yang bijak n besar2 jadik pilot k??I luv u, my little king!!




Selasa, 1 September 2009

PENGERTIAN SEBUAH PERSAHABATAN

Dalam dunia ini, Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita,
segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,
rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia;
dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu.

Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu..
tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu.