Selasa, 15 September 2009

SELamaT HaRI Raya!!

Posted by PicasaSalam Aidilfitri..
Ramadhan mula menutup tirainya dan syawal datang dengan seribu mengertian. Dalam tak sedar, tinggal beberapa hari saja lagi umat Islam di seluruh pelosok dunia akan menyambut hari kemenangan, Hari Raya Aidilfitri. Syukur ke Hadirat Ilahi kerana kita semua masih bernafas dan diberi kesempatan untuk menyambut Aidilfitri buat kesekian kalinya. Syukur jugak kerana aku masih dapat lg menyambut bersama keluarga tercinta. Berbanding dengan mereka yang mungkin sudah kehilangan orang yang tercinta atau berjauhan dengan keluarga.
Semoga syawal yang dirai memberi seribu pengertian buat semua. Dapat merapatkan mereka yang bersengketa, mengeratkan silaturahim sesama insan dan membuka satu lembaran baru yang lebih baik buat semua.
Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat hari raya buat keluarga tercinta, sahabat handai tak kira jauh atau dekat dan kepada sesiapa saja yg mengenali diri ini.cehh..macam salam perantauan plak. Mohon maaf segala silap dan salah sama ada tersengaja atau tidak, kecik atau besar, sedar atau xsedar..salam kemaafan aku hulurkan.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
Ikhlas dari zati hazwani d keluarga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan