Selasa, 8 September 2009

SOALNYA HATI??

Hati adalah raja dalam diri manusia. Hati ialah tempat letaknya keyakinan seorang hamba terhadap tuhan-Nya. Hati juga sasaran syaitan untuk menyesatkan manusia. Untuk memutuskan silaturahim antara kita, menimbulkan pertelingkahan,kekeliruan dan sebagainya. Hati yang baik sentiasa mencetuskan kedamaian dan ketenangan dalam diri, keluarga dan masyarakat.

Sabda Rasulallah s.a.w:

Bahawa hati itu berkarat seperti karatnya besi, lalu orang bertanya, “Wahai Rasulallah bagaimana membersihkannya?”
Rasulallah menjawab, “....membaca Al Quran dan mengingati mati”.

Untuk kali ini, aku membawa korang menyelusuri apa makna hati dan soalnya hati. Aku sedar aku belum cukup sempurna untuk mengatakan segala apa yang bakal diutarakan adalah sebulat-bulatnya betul kerana aku hanya manusia biasa yang masih dalam proses pembelajaran, memahami dan cuba untuk difahami. Oleh kerana ketidaksempurnaan sifat-sifatku, maka aku mengutarakan SOALNYA HATi??

Aku pernah berbicara dengan seorang teman berkenaan hati, akal fikiran dan perasaan. Sambil melepak di kafe memerhati tingkah laku serta kelibat manusia, kami cuba membincangkan definisi sebenar hati, akal fikiran dan perasaan. Kadang2 tidak dapat dinafikan berlakunya perbezaan pendapat antara kami memandangkan setiap manusia mempunyai pandangan yang berbeza. Namun aku menerima pendapatnya dengan hati yang terbuka kerana di setiap patah katanya, ada betulnya. Yang dapat memandu aku ke arah kehidupan yang lebih sempurna.

Katanya..hati itu mesti dipandu oleh akal.ini apa yang aku faham r. Sekiranya hati itu tidak dipandu oleh akal, manusia itu akan hilang pertimbangannya. Aku pula menambah, selain akal, hati juga perlu dipandu oleh perasaan..perasaan kasih dan sayang, mengasihi dan dikasihi. Kerana tanpa perasaan, manusia mungkin lupa memikirkan dan merasa simpati kepada orang lain. Lalu dapat disimpulkan hati itu perlu dipandu oleh akal dan perasaan. Namun perasaan itu biar berpada. Utamakan kesederhanaan kerana itu yang terbaik.

Bukan mudah untuk kita menjadi manusia yang boleh diterima oleh semua orang. Kerana hati manusia itu berbeda. Meskipun setiap manusia itu mempunyai hati, akal dan perasaan. Pengalaman dan keadaan sekeliling bakal mempengaruhi hati, akal dan perasaan manusia. Aku pernah mengeluh kepada seorang teman, menanyakan kenapa hatinya begitu keras??tidak adakah rasa kasih dihatinya?mengasihi sesama manusia. Dan dia menjawab bahawa setiap manusia itu ada hati,cuma dia mungkin memerlukan lebih masa berbanding orang lain untuk memahami hatinya. 1 hari nanti dia akan sedar and everything will be ok. InsyaAllah.

Dari mana pula datangnya kemaafan?Soalnya hati..segalanya datang dari hati. Hati yang lembut akan memaafkan meskipun dia pernah merasa kecewa, pernah merasa sakit hati dan derita kerana kemaafan itu adalah pengubatnya. Tanpa dia sedar memaafkan itu indah..dan banyak pahalanya. Mengingati kata-kata seorang sahabat, apabila 2 hati itu bertelingkah, maka salah satunya perlu untuk mengalah. Mengalah bukan bermaksud kita kalah..dan orang yang ego bukan bermakna mereka menang. Sekiranya hati itu perlu untuk bertolak ansur..kenapa tidak?? Sekiranya kata maaf itu perlu diucapkan, kenapa masih perlu berdiam?

Tetapi bagaimana sekiranya kita telah mengalah dan meminta maaf tetapi hati yang 1 lagi masih belum mahu mengalah? Apa yang patut kita buat? Apakah perlu untuk kita terus berusaha, merayu dan terus merayu demi sebuah silaturrahim? Sedangkan kita juga punya hati dan perasaan, sedangkan kita juga masih ada maruah yang perlu dipertahankan? Mengenang nasihat seorang sahabat, biarkan dia. Lama-lama dia akan sedar memaafkan itu indah. Yang penting kita telah melakukan apa yang sepatutnya kita lakukan. Dan yang paling penting, berlaku baik dan jangan sesekali berdendam.

Berbicara soal hati, aku tak dapat nafikan ianya tidak mudah.Kerana hati itu adalah batin manusia. Yang kita tidak mungkin nampak dari pancaindera . Sebab itu kita selalu dengar orang kata ‘dalam hati tak siapa yang tahu’. Manusia acap kali menduga hati manusia tetapi telahannya belum tentu betul.

Kepada setiap manusia yang mempunyai hati termasuk aku, peliharalah hatimu dengan seindah dan sebersihnya. Jangan jadikan hatimu keras lantas menjadi alpa. Pandulah hati dengan akal dan perasaan yang sewajarnya. Jangan terlalu ikut kata hati kerana pepatah ada mengatakan ikut hati bole jadik mati. Ingatlah hati itu adalah sasaran utama syaitan untuk menyesatkan dan semoga kita tidak tergolong di antara mereka yang sesat atau bakal disesatkan.

Memetik kata-kata dalam hadis Rasulallah:

“Janganlah sekalian kamu dengki-mendengki, jangan putus-memutuskan silaturahim, jangan benci-membenci, jangan musuh-memusuhi tetapi jadilah kamu sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah ke atas kamu.”

p/s: semoga kita sentiasa dalam keredhaanNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan