Khamis, 13 Ogos 2009

UJIAN DEMI UJIAN

Hari ini aku puasa. Jam sekarang da tepat menunjukkan pukul 7.sementara menunggu waktu berbuka, xdak keja nk buat..maka aku kembali kepada penulisan2 tentang kehidupan.
Lagi seminggu seluruh umat Islam akan menyambut satu bulan yang amat mulia. Yang akan melatih hambanya untuk banyak bersabar dalam mghadapi dugaan berpuasa. Di harapkan semoga bulan yang barakah itu akan membawa sinar kebaikan buat semua.Menghapuskan segala keburukan,kejahatan dan dosa dan berlumba-lumba melakukan kebaikan dan mengejar pahala.

Entah kenapa sejak akhir2 ni aku selalu diuji dengan pelbagai kerenah manusia. Hati ini jugak sering diuji. Alhamdulilah mujurlah diri ini masih dapat terus tersenyum walaupun dalam hati tak siapa yang tahu. Adakah mungkin Dia sedang melatih aku utk bersabar?dan juga menguji sejauh mana tahap keimanan aku dalam menahan kemarahan..Apabila diuji..kadang2 aku rasa aku semakin dekat denganNya. Menadah tangan bermohon dikuatkan hati, diberikan kesabarn yang tinggi dalam menghadapi rencah kehidupan.

Begitulah kehidupan. Ada pasang dan surutnya. Hari ini kita tersenyum,bergelak ketawa..tetapi hari esok kita belum tentu mampu tersenyum seperti hari ini. Kita xakan selamanya merasa kesunyian dan kesedihan dan..xselalunya jugak kita akan merasa bahagia. Cuma yang perlu, kita bersyukur dengan apa kita ada. Masih bernafas dan diberi peluang utk merasai pelbagai pengalaman di dunia ini. Kita tidak akan mampu untuk membuat semua org sayang dan menghargai kita.Apa yang perlu, kita menyayangi dan menghargai semua orang. Kerana..setiap manusia mempunyai peranan masing2 yang perlu kita hargai. Dan kita juga xperlu untuk mengharap semua orang memahami kita. Apa perlu,kita cuba memahami setiap orang yg ada dgn kita dengan sebaiknya. Kita jugak xperlu membalas bila mana orang berbuat jahat kepada kita. Teruskan dengan senyuman dan berdoa agar dia berubah dan beroleh keberkatan. Kita jugak xperlu terlalu berharap atas pertolongan orang. Apa yang perlu percaya pada diri dan kadang2 kita perlu melakukannya sendiri. Kita jugak xperlu untuk mengharap semua orang akan bersama kita sebabnya sampai bila kt mampu bersama?kadang2 kita terpaksa keseorangan jugak. Siapa kata menjalani kehidupan itu mudah? Kehidupan itu tidak menyeksakan tetapi ia menguji dan kt akn sering rasa teruji. Untuk berjaya bukan mudah. Sebabnya xsemua akan senang bila melihat kita berjaya. Orang yg ego tak akn mgucap sekali pun kata tahniah walaupun dia adalah teman rapat kita.Perlukah kita sebegitu?Tak perlu kan? Yang penting sucikan hati..betulkan niat..InsyaAllah..kita akan peroleh keberkatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan