Isnin, 20 Julai 2009

Journey to remember


Seperti mana manusia lain dilahirkan, beribu dan berbapa, aku pun sama. Aku mungkin bukan karyawan yang hebat berbicara dengan kata-kata namun aku dilahirkan sama seperti manusia lain, untuk berkata-kata yang lahirnya dari hati dan sanubari yang ikhlas.
Pelik. Di kala orang lain sibok mengulangkaji pelajaran, ak pula masih sempat menyedok sedikit masa di laman ini bagi menghargai orang yang paling banyak berjasa pada aku semenjak aku dilahirkan, mama dan abah.
Tidak seperti orang lain, mama aku bukanlah seorang menteri, bukan juga seorang pengarah apatahlagi seorang kerabat diraja. Mama hanya seorang guru yang kerjanya mendidik anak bangsa. Namun bagi aku, aku sgt mengagumi wanita ini. Kerna kudratnya, aku bisa melihat dunia. Kerana kekuatannya, aku telah dapat membesar dan menjadi dewasa, kerana ketabahan dan kesabarannya, aku dididik dgn penuh kasih sayang..menjadi manusia yang bukan sahaja membesar dan menjadi dewasa TETAPI yang lebih penting kerana wanita yang bernama mama itulah, aku menjadi insan yang sempurna didikan akhlaknya dan perkasa mentalitinya.Atas nama kekuatan, kesabaran dan ketabahannya membesarkan kami 4 badik, maka kami banyak belajar untuk tidak mudah mengalah apabila sesekali kami rebah di tangga harapan. Kami ditiupkan semangat agar terus berusaha meskipun kadangkala air mata ini berjurai dek kerana kegagalan yang menimpa. Mujurlah adanya mama..membuatkan kami bangun semula dan terus melangkah dan mengayuh kerana kami adik badik percaya, selagi kami xberhenti mengayuh,kami xkan tewas. Aku ingat lagi mcm mn caranya mama dan abah besarkan kami adik badik. Mama ngn abah bukan jenis yang suka menyogok anak-anaknya dengan hiburan. Malah ketika kami adik beradik di bangku sekolah, rumah kami tidak dilengkapi dengan dvd mahupun astro. Ada 1 ketika itu, kalau tv rosak, alamatnya mama dan abah tak akan baiki tv tu smpailah kami adik beradik habis exam. Kadang2 itu jeles jugak melihat sepupu sepapat membesar dengan hiburan dan boleh menikmati zaman kanak2 yg sungguh meriangkan. Sedangkan kami terpaksa bergelumang dgn buku dan tuisyen saban hari. Tapi itu bukan bermkna mama lgsg tidak memberi kami ruang utk bersuka ria Cuma ianya terhad. Soal main dan involve dgn sukan sekolah,mama tak pernah halang. Malah mama lebih suka kami aktif keduanya. Maklumlah dunia sekarang bukan menuntut kecemerlangan akademik semata.
Aku igt lagi,lepas aku abis sekolah rendah, berbekalkan keputusan UPSR, 5A, aku telah ditawarkan skolah berasrama penuh, Kolej Tunku Kurshiah. Masa dpt tawaran tu, seriously aku tak tahu pun tu sekolah sbp.Mama kata sekolah tu bgs dan kalu aku masuk sekolah tu, ibarat sebelah kaki aku dah kat oversea. So aku pun ikut ja la apa yg terbaik dan memulakan tingkatan 1 aku kt sekolah tu. Mula2 2 ok..tapi stelah hampir 4 bulan di sana, aku dah tak bole survive. Memang aku nk quit sgt2.setiap ari aku kol mama kt umah bagitaw aku nk kuar dari sekolah ni. Tapi mama suruh aku bertahan dan bersabar tapi mmg masa tu aku dah tak bole nk tahan lagi. Aku cakap ngan abah..abah pun sama pujuk aku. Kata abah rugi kalau aku kuar..bukan senang nk msk sekolah tu. Aku kata kt mama dan abah belajar kt mana2 pun sama ja.yg penting usaha. Akhirnya mungkin sebab mama dan abah dah letih pujuk aku dan da xlarat tgk aku asyik nangis, abah bawa juga aku kuar dari sekolah tu. Time tu mama tak ikut. Aku tahu mama kecik hati dan kecewa dgn aku. Abah plak penah kata “adik,abah ni tak akan menongkat langit.1 hari nnt abah akan mati jugak dan adik bukan selamanya bole berkepit bwh ketiak mama dan abh”.Aku diam ja. Dalam hati aku pasangkan niat dan azam utk buktikan kt mn pun aku belajar,aku bole berjaya. Kisah itu tidak berakhir di situ, selepas TKC, ku transfer msk SMK Sultanah Asma,sek premier negeri. Sama. Aku tak mampu survive dan mgalami demam yg teruk smpai akhirnya mama ngn abah bawa aku blk dan bersekolah dekat rumah.SMK Pinang Tunggal. Aku stay situ smpai PMR. After PMR, aku dpt tawaran MRSM PDRM Kulim dan selesai spm aku di situ. Yg plg aku puas skali ialah aku dah dpt buktikan kt mama dan abah nm sekolah tu tak penting. Kita bole berjaya walau di ceruk mana pun kita berada. Yg penting kena ada keazaman dan usaha.
Buat mama dan abah, adik nk ucap tima kasih yg tidak terhingga sebab sanggup melayan kerenah adik yg sgt menguji kesabaran ni. Tq so much sbb still sabar dalam membesarkan kami 4 adik beradik. Skrg kami semua dah membesar dan menjadi dewasa. Malah mama ngn abah dah ada cucu sorang(haha). Bila dah membesar dan kematangan mula terserlah, br kami sedar ketegasan dan kemarahan mama dan abah kekadang dlm mendidik kami bukan bermaksud mendera tetapi itulah maknanya kasih sayang yg membawa kami kepada kedudukan kami sekarang. Dalam kegarangan ada limpahan kasih yg dicurahkan yg akan kami hargai sampai bila2.Kasih kalian tiada tandingannya. Kadang2 kalian lebih rela tidak bertukar pakai demi mengutamakan kebajikan dan pembelajaran anak2. Kata kalian ‘mama dan abah lebih rela tak makan drpd melihat anak2 mama dan abah tak makn’. Besarnya pengorbanan kalian mana mungkin mampu kami balas.biarpun dgn selautan emas. Kata kalian lg ‘tiada harta yg lebih bernilai mampu abh dan mama tinggalkan untuk anak2 mama dan abah melainkan ILMU’. Alhamdulilah, berkat ilmu yg kalian bekalkan, kesemua kami 4 beradik berjaya ke universiti malah skrg hanya tinggal aku dan kakak yg masih meneruskan perjuangan di alam universiti. Kakak pun dah di final year skrg. Doa kami, semoga mama dan abah terus dipanjangkan umur utk melihat kami semakin menjadi dewasa dan menyenangkan kalian pula.
WE LOVE U ALL SO MUCH,mama dan abah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan