Isnin, 15 Jun 2009

HITAM DAN PUTIH

Semua orang ada impian..
Semua orang ada khayalan..
Semua orang ada cita-cita..
Untuk mencipta kejayaan..untuk mencari gemilangan.
Tetapi cara setiap orang mengapai apa yang dikendaki dlm hidupnya adalah berbeza..
Tidak sama mahupun serupa.
Setiap orang ada kekuatan masing-masing..
Ada kelebihan tersendiri dan ada juga kelemahan yang membatasi..
Ada setengah orang berjaya dengan menjadi seorang yg rajin..
Yg setiap masanya dihabiskan dengan menelaah.
Ada pula yang mencapai kejayaannya dengan menjadi seorang yang fokus..
Bukan rajin tetapi apabila melakukan sesuatu, dia bersungguh.
Ada juga orang yg mencapai kegemilangannya dengan belajar dari kesilapan..
Yang belajar dari sejarah silamnya dan bangun dari kegagalan..
Kerana..
Dia percaya tanpa kegagalan..dia tidak akan bangun utk menempah kejayaan.
Setiap nyawa yang bernama manusia pasti pernah melakukan kesilapan dan kekhilafan,
Kerana..
Dunia adalah medan untuk kita belajar dan menerokai makna kehidupan.
Setiap manusia pasti pernah merasai kekecewaan..
Kerana..
Dunia adalah pentas untuk kita belajar erti kekuatan..
Setiap manusia pasti pernah merasai kesakitan..
Kerana dunia adalah tempat untuk kita belajar erti kegagahan..
Semuanya adalah kerana DUNIA bukan sekadar hitam dan putih.

1 ulasan: