Jumaat, 8 Mac 2013

SELAMAT HARI LAHIR ABAH!



Esok, 09/03/13 birthday abah yang ke 57. Sekejap sangat masa berjalan. Dan Alhamdulilah Allah masih panjangkan umur abah dan mama untuk terus menemani dan menyokong anak-anaknya yang kian membesar dan menjadi dewasa.

Abah aku mungkin tak kerja besar macam abah orang lain. Tapi semangat, kesabaran dan pengorbanannya membesarkan anak-anaknya sangatlah aku kagumi. Abah seboleh bolehnya akan memenuhi apa saja keperluan kami seperti mana yang anak orang lain dapat. Abah akan pastikan kami tak tercicir dari segi pelajaran. Walaupun abah tak belajar tinggi masuk universiti macam abah orang lain tapi abah selalu ingatkan kami untuk belajar rajin-rajin. Abah cakap, xpalah abah tak masuk universiti pun, yang penting anak-anak abah semua dapat masuk universiti, belajar sampai dapat ijazah malah kalau boleh PHD. Abah dan mama sangatlah titikberatkan soal pelajaran. Mungkin sebab kami bukan anak orang kaya. Jadinya itulah harta yang paling bernilai yang dapat abah dan mama bagi iaitu ilmu. Supaya bila besar nanti, kami tak hidup merempat, kami dapat kerja yang bagus2 dan dapat jalani hidup yang lebih baik malah kalau boleh mereka nak kami dapat hidup yang lebih baik dari mereka. Besarnya pengorbanan tiada nilainya. Tak mungkin dapat kami balas walau dengan selambak harta benda sekalipun. Alhamdulilah tercapai jugak hasrat abah dan mama nak tengok semua anak-anaknya belajar sampai ke universiti. Mungkin inilah hadiah terbaik yang dapat kami bagi untuk mereka.

Abah bukanlah jenis yang keep on saying “abah sayang anak-anak abah” but i know inside his heart, he really-really loves his childrens. Sejujurnya sepanjang 24 tahun aku hidup, abah tak pernah pukul aku dengan rotan. Tapi tu bukan bermakna abah tak tegas. Kalau abah marah, tak payah cakap banyak. Pandangan abah dengan muka serius pun dah cukup buat aku takut. Dulu masa aku duduk asrama, abah dan mama tak pernah miss mai tgk aku setiap minggu bila aku tak dapat balik rumah. Mesti bawak makanan. Malah kadang-kadang siap bawak syiling 1 ringgit lama yang kale gold tu untuk aku basuh baju guna washing machine. Aku taw bila abah gi kerja or mana-mana and abah dapat duit syiling tu abah akan simpan. Untuk bagi kat aku bila datang tengok aku kat asrama nnt. Betapa sayangnya laaa abah dan mama kat anak bongsu depa yang seorang nih. Betapa besarnya la kasih seorang abah. Tak payah cakap banyak pun untuk tunjuk kasih sayangnya. Dah boleh rasa dekat sini. Dekat hati.=)

Bila aku habis spm, dapat tawaran masuk universiti dalam jurusan undang-undang, abah dan mama sangatlah bangga. Bangga yang aku sendiri tak dapat gambarkan macam mana. Sampai aku pulak yang kadang-kadang rasa tertekan takut terkandas kat tengah jalan. Every semester akan rasa takut kalau result jatuh n akan kecewakan abah dan mama. Yup seboleh-bolehnya aku cuba belajar sungguh-sungguh. Masa kat universiti dulu, aku jarang call rumah. Call bf setiap hari boleh pulak. Teruknyaaa la aku kan. Hmmmmm..sampai kadang-kadang tu abah call cakap camnih “ adik nih lama tak call,tak ingat kat abah ngn mama kaa or abah akan tanya soalan ni dlu. Duit ada?makan dah?” Yup selalunyaa soalan tu lahh yang abah akan tanya dulu. Abah ngn mama risau aku duduk sana duit xdak sampai tak makan. Itulah abah dan mama. Seboleh-bolehnya akan pastikan setiap keperluan aku disempurnakan. Bertuahnyaa laaa aku dapat abah dan mama yang macam tu. I cant wish more. Syukur Alhamdulilah.

Sekarang aku dah pun abis belajar. Bila kadang-kadang tengok abah dan mama lama-lama, tak sedar mereka semakin dimamah usia. Semakin tua dan kami pula sudah semakin dewasa. Yup masa berjalan sangat cepat sedangkan aku masih rasa mcm aku masih anak kecik abah dan mama. Semoga Allah panjangkan umur abah dan mama dan berikan mereka kesihatan yang baik untuk terus menemani kami. Amin..

Happy birthday abah! Thank you for being such a loving father that i ever had. Tak perlu cakap banyak untuk tunjukkan betapa sayangnya dia dekat anak-anak tapi kami dah boleh rasa u really2 love us very much. Semoga abah panjang umur dan sihat selalu.Aminnn..=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan