Kenapa tajuknya bersawang? Sebab dah lama aku tak update blog. So aku kira blog aku sudah bersawang.
Aku sedang busy dengan minggu mesra pelajar. Selamat datang diucapkan kepada pelajar2 baru ke Universiti Kebangsaan Malaysia. 1 UKM, 1 Malaysia! Semoga UKM akan terus unggul dalam menjana dan melahirkan modal insan bertaraf global dan berinovasi!
To all 24th batch of FUU,Welcome to 3rd year! Semoga terus unggul!
Apa rasanya kalau dikecewakan?
Apa rasanya kalau kita nak sangat sesuatu tu jadik milik kita, tapi kita tak dapat?
Apa rasanya bila kita cuba lupakan seseorang tapi tak berjaya?
Apa rasanya bila letih?
Apa rasanya bila marah?
Apa rasanya bila kita rindu tapi dia jauh sangat?
apa rasanya kalau kita dalam dilema? Bila kita mula keliru?Bila kita terpaksa membuat pilihan dan keputusan?
Apa rasanya bila sesuatu keadaan berubah?
Terima kasih,
kerana Tuhan beri aku peluang untuk rasa semua itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan