Hidup ini ibarat pencarian. Ya. Banyak benda yang kita cari. Kadang2 kita jumpa, kadang2 kita tak jumpa..kadang2 kita tersesat jalan dan kadang2 kita menemui jalan mati.
Aku sendiri tak faham kekadang tu apa yang sebenarnya aku cari dan kejar dalam dunia ni. Yang aku tahu aku mahukan sebuah kehidupan yang mendamaikan dan membahagiakan. Aku mencari ilmu untuk dimanfaatkan. Aku mencari kawan sebagai kekuatan. Aku mencari keluarga yang bahagia sebagai pengikat kasih sayang. Aku mencari cinta yang sejati. Aku mencari baju, seluar, jam dan sebagainya sebagai perhiasan..Aku mencari Tuhan Yang Satu. Macam2 benda yang aku cari.
Dalam pencarian aku itu, banyak benda yang buat aku keliru. Dan kadang2 buat aku lemah..dan jadik buntu. Haishh..yah. Aku akui bukan mudah untuk mencari hakikat kehidupan yang sebenar. Tapi aku percaya, apabila usia semakin ditelan masa, kita akan menjadi lebih matang dan menyedari hakikat bahawa dunia ini bukannya sekadar medan untuk mencari keseronokan.
Kepada semua pembaca, semoga anda berjaya dalam mencari apa yang dicari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan