Khamis, 21 Januari 2010

PEMBETULAN

Ok. First sekali nak cakap sorry if this entri mengganggu jiwa siapa2.bukan niat di hati nak mengata atau mengumpat jauh sekali menghina. Aku hanya sekadar mahu menjernihkan keadaan dan membuat pembetulan sekiranya ada.

Ya. Mungkin aku banyak berdiam diri selama ini mendengar segala suara-suara sumbang di sebalik tabir atau pandangan-pandangan yang agak tidak menyenangkan. Bukan apa. Aku malas hendak melayan segala kerenah manusia yang aku kira tidak perlu untuk aku ambil serius. Masalah dalaman, konflik persahabatan yang punyalah erat satu ketika dulu mungkin antara isu yang sentiasa menjadi persoalan.hmm seperti:

‘kenapa dah tak nampak Zati dengan si .... dan si......?
‘ Apa masalah Zati ngan diorang? Gado ke?


Hmm terus terang aku katakan, aku tidak berminat untuk menceritakan keburukan orang. Maaf aku bukan seperti itu. Mereka pernah menjadi kawan rapat aku, sentiasa bersama aku malah pernah berjasa kepada aku. Jadi tak akanlah hanya kerana 1 titik hitam, aku perlu memejam mata dari melihat segala kebaikan mereka yang dahulu? Setiap orang ada kelemahan. Seego mana pun anda, tolonglah akuinya. Dan semua orang pernah buat silap dan mungkin terlanjur kata dan membuat orang terasa hati. Itu lumrah hidup. Selagi terdaya, baikilah kelemahan yang ada. Kita belajar dari kesilapan dan tidak seharusnya kita menghukum seseorang hanya kerana KESILAPAN. Sesempurna manakah anda untuk memandang kurangnya orang lain? Sehebat manakah anda untuk mencaci buruknya orang lain? Semulia manakah anda untuk menjaja cerita keburukan orang? Kita bukan hidup di bawah tempurung. Kita bukan hidup di zaman purba. Inikah rakyat Malaysia yang mentalitinya kelas pertama? Tolonglah..lebihkan buat kerja dari mengata. Aku selalu kata, orang tak akan faham situasi kita selagi mereka tidak berada di tempat kita. Aku harap satu hari nanti mereka akan faham.

Berkenaan dengan penamaan calon bagi exco sukan PERUNDANG. Hmm bukan tujuan nak melobi kat sini. Cuma sekadar meluahkan apa yang aku rasa. Ya, aku perempuan. Dan memang aku akui jawatan exco sukan ini lebih sesuai disandang oleh lelaki dan sememangnya jawatan ini sentiasa dimonopoli oleh kaum lelaki. But please..dont judge me because i nampak macam bukan budak sukan..or sebab muka aku tak pernah nampak kat PERUNDANG. Aku bukan jenis yang nak menempel sana sini. Apatah lagi nak membodek. Siyes aku tak pandai bab2 macam tu. Aku involve sukan selama ni pun sebab minat. Dari sekolah rendah aku involve sukan. Macam2 aku masuk. Hoki, bola jaring, bola baling, badminton, futsal..tapih orang tak tahu semua tu. Hanya mereka yang rapat dengan aku sahaja yang tahu. Ya. Aku jugak x miss sukan Perundang setiap tahun. 1st year main bola jaring. N 2nd year pn main.Tak pernah terfikir nak dicalonkan sebagai Exco Sukan Perundang. Aku sangat risau sekarang ni. Nak dapatkan kepercayaan orang bukan mudah. Tapi aku akan cuba yang terbaik. Aku tahu lepas ni mungkin aku akan mendengar banyak suara-suara sumbang. Terima kasih aku ucapkan. Anda buat aku menjadi lebih baik.

P/s : Maaf aku ter ‘emo’. Terima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokong aku.

Ahad, 17 Januari 2010

RINDU LAGI

aku tak tahu apakah perasaan aku sekarang nih.yang pasti rasa rindu sangat2 pada kawan2 aku especially kawan2 lama since sekolah rendah. seriously dah lama gler tak jumpa diorang.

Hepi bila facebook menjadi medan menemukan aku dengan kawan2 lama. Ramai yang dah mengalami perubahan. Hati rasa sangat seronok bila tengok kawan2 semua bahagia.

Haihh tah bila la bole jumpa diorang lagi.

So dalam kesyahduan mengenangkan sahabat2 aku..aku dedicate this poem to all my frens. no matter near or far, aku sangat2 rindu kat korang!!

My perfect friend holds me tight
My perfect friend kisses me goodnight

My perfect friend loves me for me
My perfect friend wont let me be

My perfect friend wears dark clothes
My perfect friend loves me loads

My perfect friend knows when in sad
My perfect friend isnt scared when im mad

My perfect friend makes me smile
My perfect friend would run a mile

My perfect friend is sweet at heart
My perfect friend is also smart

My perfect friend is really tall
My perfect friend will catch me when i fall

My perfect friend doesnt just look skin deep
My perfect friend is not cheap

My perfect friend is one of a kind
My perfect friend has one wild mind

My perfect friend is in my heart to stay
My perfect friend might be moving away

My perfect friend made me cry
My perfect friend can make me fly

My perfect friend left a tear in my eye
My perfect friend just said his last goodbye

My perfect friend saved my life
My perfect friend helped me battle the knife

My perfect friend is honest and true
My perfect friend just doenst get the clue

My perfect friend doesnt count my wrongs
My perfect friend writes me songs

My perfect friend will skip school
My perfect friend is deffinetly not cruel

My perfect friend i wished for in the past
My perfect friend is here at last

My perfect friend gives good advice
My perfect friend is so awesome and nice

My perfect friend is so strong
My perfect friend is almost never wrong

My perfect friend is to perfect to say
My perfect friend told me he was moving away

My perfect friend asked if i cried
My perfect friend knows that i lied

My perfect friend is moving away
my perfect friend is in my heart to stay...


Friendship is not everything but..without friend, u gain nothing!!

p/s :rasa mcm nak menangis..

Khamis, 7 Januari 2010

SEBUAH PENCARIAN

Hidup ini ibarat pencarian. Ya. Banyak benda yang kita cari. Kadang2 kita jumpa, kadang2 kita tak jumpa..kadang2 kita tersesat jalan dan kadang2 kita menemui jalan mati.

Aku sendiri tak faham kekadang tu apa yang sebenarnya aku cari dan kejar dalam dunia ni. Yang aku tahu aku mahukan sebuah kehidupan yang mendamaikan dan membahagiakan. Aku mencari ilmu untuk dimanfaatkan. Aku mencari kawan sebagai kekuatan. Aku mencari keluarga yang bahagia sebagai pengikat kasih sayang. Aku mencari cinta yang sejati. Aku mencari baju, seluar, jam dan sebagainya sebagai perhiasan..Aku mencari Tuhan Yang Satu. Macam2 benda yang aku cari.

Dalam pencarian aku itu, banyak benda yang buat aku keliru. Dan kadang2 buat aku lemah..dan jadik buntu. Haishh..yah. Aku akui bukan mudah untuk mencari hakikat kehidupan yang sebenar. Tapi aku percaya, apabila usia semakin ditelan masa, kita akan menjadi lebih matang dan menyedari hakikat bahawa dunia ini bukannya sekadar medan untuk mencari keseronokan.

Kepada semua pembaca, semoga anda berjaya dalam mencari apa yang dicari

Rabu, 6 Januari 2010

move on

Dah lama tak update blog. Banyak benda nak cerita tapihh tak taw nk stat kt mana.

Aku dah mula busy minggu nih dan minggu2 seterusnya. Tutorial pun dah start.

Jpa tak masuk lagi. Sian kat parents. Nak beli buku pun terpaksa minta duit kt diorang.

Dinner batch. Banyak masalah yang timbul. Apapun hope kita dapat settle sama2 tanpa ada gaduh2. To all comittee dinner..be strong. Memang susah nak puaskan hati orang. Just do ur best. Aku sentiasa support korang. Cayalah..

Bes dapat kenal dengan member2 baru..hang out together.lepak2..

Jatuh cinta lagi?ahaa..nope. I dont think so..xdak apa nk fikir soal cinta.

Selamat datang 2010. Yah. Azam baru..i want to be better than bef0re..xkisahlah dari segi pelajaran, peragai, kematangan, hubungan dengan family n kawan2, penampilan diri, hubungan dengan Allah..segalanya yang lebih baik.

Ahad, 3 Januari 2010

Kena tag lagi..

*aku kena tag kat fb..tapi aku nak jawab kat cni.
1. Bekas kekasih saya adalah :
*orang yang pernah aku sayang dan tersangat cinta

2. Saya sedang mendengar :
* bunyi kipas sedang ligat berputar

3. Mungkin saya patut:
* melakukan perubahan yang lebih baik pada diri di tahun baru ni.

4. Saya suka :
* dihargai dan disayangi. Dan bersama dengan orang2 yang bole buat aku ketawa.

5.Sahabat-sahabat baik saya :
*mereka yang boleh menjadi kawan yang jujur dan tiada istilah khianat. Mereka yang boleh memberi kesan perubahan yang lebih baik dalam hidup aku.

6.Saya tak paham :
* kenapa aku bole menangis dan ketawa secara tiba2. Tu maknanya aku dah GILA.

7.Saya kehilangan :
* aku tak pernah kehilangan apa2..semua yang pernah aku ada hanyalah pinjaman.bukan hak yang hakiki. Sampai masanya terpaksa aku serah kepada yang selayaknya.

8.Ramai yang berkata :
* aku sengal. Aku pun xtahu kat mana sengalnya aku.

9.Makna nama saya :
* zati tu xdak makna.sebab dia datang dari perkataan izzati. Hazwani maknanya pemberianku. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.

10.Cinta itu adalah :
* sangat subjektif. Cinta tu tak kenal siapa2. Hadirnya tanpa diundang, perginya tanpa dipinta. Apapun cinta yang hakiki adalah cinta kepada Allah. Jadi..untuk mencari cinta sesama manusia, pastikan anda menemui cinta hakiki terlebih dahulu.

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
* menikmati kehidupan terindah anugerah Tuhan.

12.Saya akan cuba :
* bangkit dari lamunan yang panjang, memandang ke hadapan..tersenyum, berusaha dalam hidup dan menjadi zati yang lebih baik.

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
* kehidupan di syurga yang abadi.

14.Telefon bimbit saya :
*sangat cikai kot..aku tak pernah dapat hp yang mahal. Ada gak la teringin hp mahal tapi kadang2 rasa mcm membazir plak. Tak pa la.Asal bole cakap dan hantar sms suda..kalau ada duit extra boleh la beli enset mahal.=)

15.Bila saya terjaga dari tidur :
* tak lain tak bukan sebab hp aku berbunyi..dan aku hanya mampu berkata kata yang aku sendiri pun xsedar.huhu

16.Saya paling meluat apabila :
* orang tidak mampu berlaku adil dalam hidupnya. N always judge orang sesuka hati.

17.Pesta/Parti adalah :
* sumthin yang agak asing dalam hidup aku.huhu..bajet baik la sgt.hihi.

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
* entah. Arnab kot..walaupun taiknya busuk, arnab tetap comel d mataku.=p


19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
* apabila aku sudah mencapai tahap matang dan mampu memikirkan baik dan buruk. Memang seronok sebab tak dak la aku terbabas kan..

20.Hari ini :
* aku baru sampai dari s.petani. Aku harap aku dapat jumpa mama dan abah lagi..

21.Malam ini saya akan :
* turun ke cafe dan makan.

22.Esok pula saya akan :
* bangun awal untuk ke kelas.

23.Saya betul-betul inginkan :
* ketenangan dan kebahagian dalam hidup aku. Aku juga mahu buat orang ketawa d hepi!!

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
* aku tengok sepintas lalu macam tu ja. Sebab dah lewat, perlu bergegas ke toilet, mandi dan bertolak ke UKM.

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
* mmg tempat paling aku suka..suka la kalau ada duit.kalu x, naknya aku menangis kat situ gak tgk sale sana sini.

26.Makanan Barat atau Jepun :
* dun noe. 2 2 boleh. Tapi xsuka sangat. Makanan tempatan paling bes lah..

27.Bilik yang terang atau gelap:
* ikut keadaan r..kalau nak belajar better bilik terang. Kalau nk tidur mestilah nak gelap.

28.Makanan segera adalah :
* makanan ketika terdesak xdak duit or lapar sangat.haha

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
* raiyan janganlah menangis..(anak buah aku nangis time antar aku balik ukm tadi.sebab nk ikut).sian dia..

30.Siapa yang anda mahu Tag?
* sapa2 yang nak jawab soalan2 ini silakan..