Ahad, 8 November 2009

Hepi~

Sampai ukm td dlm kol 130..dari wangsa maju.
Orang punya la ramai dalam tren.mmg sah2 la xdpt tempat duduk.

Masuk bilik, online jap pastu pa g..pengsan smpai kol 4. Cuaca plk panas arini.
Terbayangkan raiyan.sian dia td nk ikut aku dan kakak balik.menangis sampai xdgr suara.xsmpai ati nk tglkan dia. Sebab dia memang biasa kitaorang nk pergi mana semua nak ikut..(see u next week k!)








i miss u!!



Tinggal satu ja lagi paper.xtahu apa perasaannya.yang tahu berdebar nk tunggu keputusan exam. Risau kalau pointer turun semester ni.(apa nk jawab ngn abh mama nnt?) Riiisauuu!!


Pendek ja kan cuti for this semester? Satu bulan ja.hmmm..

Happy to see my sis dah abis blajar. So tinggal aku sorang ja yang masih bergelumang dengan buku. Cheese, nnt berlagak la tu dah kerja dah ada duet sendiri. (tak kira nk paw jgk!)

terbalik?saja nk kasik penin sikit.haha..me n my sis.

Pas bangun tido tadi, perut terus rasa lapar..tanya rumet xlapar kew? Pastu g beli makanan untuk rumet sekali.( nasi goreng kampung, tomyam, telur bungkus, nasi putih, keropok lekor n..air tembikai) huahua..ni makan ker melantak??


Macam mana eh berkembangan hidup aku sekarang? Hmm macam soalan exam Islamic Criminal Law aritu plak. (bincangkan perkembangan undang-undang jenayah islam di malaysia,perghhh soalan..tak dak yang lagi susah ka??kehkeh)
Ermm kalu lah ada yang tanya aku soalan ni..jawapan aku dirangka seperti ini:
· Latar Belakang Zati Hazwani
· Sejarah hidup
· Perkembangan semasa kes2 yang baru berlaku
· Implikasi kes tersebut terhadap Zati Hazwani
· Kesimpulan


Hihi..apa punya jawapan daa..Ok la aku ringkaskan jawapannya laa..Life aku sekarang bahagia. Dah xbanyak maen2 macam dlu. Banyak duduk bilik ja jdk budak baik (nk termuntah diri sendiri dengar). Macam biasa la..kisah hidup aku xsama macam orang lain. Jalan cerita pun berbeza. Tapi aku percaya kesusahan dan kesenangan hidup tu semua orang laluinya. Apa yang penting seperti yang aku selalu kata, apapun kisah hidup kita, BE STRONG! Ingat yang ALLAH sentiasa bersama-sama dengan kita.


K la.got to go.belum solat asar lagi..jumpa lagi nanti (^^)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan