Rabu, 30 September 2009

AKU SAYANG MEREKA!!

Tahukah anda siapa mereka yang aku maksudkan?

Aku sayang mereka,
Kerana mereka selalu buat aku ketawa..
Aku sayang mereka
kerana mereka selalu buat aku jadi rindu..
Aku sayang mereka
kerana mereka banyak berkorban untuk aku.
Aku sayang mereka,
Kerana di saat orang lain pergi meninggalkan aku,mereka masih setia bersama aku.
Aku sayang mereka,
Kerana tiada ikatan yang kekal selamanya melainkan ikatan aku bersama mereka.
Aku sayang mereka,
Kerana dengan mereka, aku belajar menjadi diri aku sendiri
Aku sayang mereka,
Kerana merekalah sumber inspirasi dan kekuatanku untuk berjaya menjadi yang terbaik.
Aku sayang mereka,
Kerana mereka menerima aku seadanya dan sentiasa ada dengan aku walau seteruk mana pun diriku.
Aku sayang mereka dan aku sangat takut kalau 1 hari nanti aku kehilangan mereka.
I LOVE MY FAMILY VERY MUCH!!

1 ulasan: