Rabu, 12 Ogos 2009

APABILA KEADAAN BERUBAH

Apabila keadaan berubah, banyak benda yg berubah. Kadang2 sama ada kita mahu @ xmahu, kita terpaksa ikut berubah. Sedih apabila melihat keadaan itu tidak lg seperti dlu. Rindu dgn kenangan lalu. Namun kita sedar, sampai bila kita akan sentiasa di takuk yang sama? Sedangkan masa lagi berubah, inikan pula manusia. Tegarkan kita dalam mengharungi arus perubahan?Bersediakan kita untuk memperkasakan hati dan jiwa menerima perubahan itu walau sesakit mana pun ia? @ beranikah kita mengambil risiko menerima perubahan dalam diri, membuat transformasi yang akan membuat segalanya bakal berubah? Kata pepatah sekali bah melanda,sekali pantai berubah.
Memandang kesekeliling, membuka mata, merenung orang ramai yang lalu lalang,@ memerhati kenalan rapat, aku sedar banyak benda yang berubah. Kalu dulu keseorangan, kini sudah berdua. Kalau dulu naik bas, kini sudah berkereta. Kalu dulu tidak pandai bergaya, kini sudah bijak bergaya. Kalu dulu tak pandai senyum, kini sudah pandai menghadiahkan senyuman. Aku bahagia melihat kenalan-kenalan aku bahagia apabila perubahan itu membahagiakan mereka.
Tetapi sampai bilakah perubahan itu mampu membahagiakan kita? Dalam tak sedar, apabila kita berubah, ada hati kecil yg terluka lalu terasa sunyi apabila kenalan rapat yang dulunya selalu bergelak tawa bersama kini tiada lagi masa untuk bersama. Perubahan demi perubahan berlaku dan kita sedar kita tidak akan mampu untuk memuaskan hati semua pihak. Dari membujang, kita berumah tangga, lalu kita masih mahu menjadi seperti dulu.Persoalannya mampukah kita? Apatah lagi jika itu adalah seorang perempuan.Kalau dulu syurga di tapak kaki ibu, apabila berkahwin syurga seorang isteri adalah di bawah tapak kaki suaminya.Hendak @ tak hendak,kita terpaksa menerima perubahan itu walaupun sedaya upaya kita berusaha untuk menjadi seperti dulu. Percayalah, dalam melakukan perubahan, banyak benda yang terpaksa kita korbankan. Namun,jangan sesekali melakukan perubahan sehingga tidak lagi menghirau sensitiviti orang-orang di sesekeliling kita. Apatah lagi kepada mereka yang telah banyak berjasa.
Aku percaya perubahan itu penting dalam kehidupan. Yang akan menjadi daya pengerak untuk kita melangkah dan mengorak lebih jauh. Dalam perubahan, kita membina kematangan. Dalam perubahan , kita mencari kekuatan.Dan dalam perubahan itu juga, ada kalanya kita merasa kesunyian. Tetapi jangan sesekali, dalam perubahan itu, kita menjadi lupa diri, menyerlahkan kesombongan atau apa2 sahaja sikap negatif. Jadilah seperti ikan di lautan, walaupun hidup dalam air yang masin, namun ikan itu tidak turut berubah menjadi masin. Berfikirlah sejenak apabila diri ini berubah, apakah aku menjadi lebih baik dari sebelumnya? @ lebih teruk dari sebelumnya? Dengan itu,kita akan menjadi manusia yang flexible dan akan sentiasa berbahagia dalam kehidupan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan