Rabu, 7 November 2012

TARGET SAYA


I’m already 23 years old. Dan xlama sj lagi akan masuk angka 24. Sepatutnya di usia sebegini saya sudah pn matang. Tidak cepat melatah, tidak cepat goyah. Cekal dan penuh semangat. Tapih kenapa saya x mcm tu? Apa sudah jadik?

Penulisan entri kali ini, saya perlu menulis sesuatu yang lebih matang. Bukannya menceritakan tentang hati perasaan yang tah apa-apa. Bukankah hal itu semua sepatutnya bukan lagi menjadi topik perbualan utama blog ini sekarang. Saya kini wanita bekerjaya. Tiada banyak lagi masa untuk bermain dengan hati dan perasaan. Dalam tempoh ini, saya perlu fokus dengan karier saya dan mengejar apa yang selama ini saya cita-citakan. Tidak perlulah saya mudah melatah atau goyah apabila sesekali hati dan perasaan diuji dan rasa teruji. Bila mana lelaki datang dan pergi dalam hidup saya, untuk apa saya tangisi nasib diri? Bukankah lebih elok saya fokus apa yang lebih penting. Membina hidup saya agar diakhirnya saya berjaya mendapat kedua-duanya. Kerjaya yang hebat dan lelaki yang baik.

Saya ada banyak target dalam hidup. Alhamdulilah srkg sudah pun bergelar graduan undang-undang. Salah satu target di tahap ini yang telah pun berjaya saya capai. My next target adalah untuk dapat title “Peguambela&Peguamcara”. Karier yang selama ini saya cita-citakan.

Perkahwinan adalah impian semua orang termasuklah saya. Malah termasuk dalam target saya di mana saya mahu kawen di usia 27 tahun dan ke bawah. InsyaAllah semoga diizinkan Allah. Di hati kecil saya, kadang- kadang saya risau bagaimana kalau di usia 28 tahun, masih belum dipinang orang? Bagaimana nak berhadapan dgn pertanyaan saudara mara dan kawan-kawan yang tak akan putus-putus tanya bila nak kawen bila nak kawen bila nak kawen?hmmmmm bagaimana harus saya tanganinya? Melihat kawan2 yang sudah pun berumahtangga dan sudah pun memiliki anak, bohong kalau saya katakan saya tiada keinginan untuk seperti itu.  Cuma sekarang masanya belum tiba dan saya juga belum bersedia. Masih ada perkara lebih penting, target penting yang perlu saya capai. Saya perlu bina kerjaya saya dulu. Carik duit untuk hidup saya dulu, saya mau ada asset supaya nnt saya tidak akan membebankan bakal suami saya. Saya mahu menjadi isteri yang menyenangkan hidupnya, isteri yang boleh dibanggakan dan isteri yang akan selalu buat dia bahagia. Itu juga target saya bila saya menempuh alam perkahwinan.

Di sini saya perlu bermula. Bukannya mencari cinta kerana kini saya sedar cinta itu akan datang sendiri. Jodoh saya akan Allah temukan bila sampai masanya. Maka tidak perlulah saya sibok-sibok mencari cinta. Apa yang perlu saya lakukan sekarang adalah mengurus hidup saya dengan sebaik-baiknya, berusaha untuk capai target saya. Semoga di penghujungnya nanti saya akan menemui bahagia. InsyaAllah..=)

Isnin, 6 Ogos 2012

rasanya lama sangat menyepi..blog pn jdk sunyi sepi. Lama sgt xupdate.sangatlah bersawang. Tak taw nak mula dari mana. Sejujurnya sepanjang blog ni menyepi, banyak perkara yang terjadi kepada tuan blog. Mujurlah Allah masih beri semangat dan kekuatan untuk hadapi ujian demi ujian yang datang. Aku selalu ingatkan pada diri, sebab Allah sayanglah maka aku diuji. Dan aku jugak selalu katakan pada diri, Allah menguji kerana Dia tahu hambaNya mampu menghadapinya. Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan melainkan dariNya.

Seawal memulakan semester terakhir, aku dikejutkan dengan berita kehilangan seorang kawan baik. Kawan yang sangat rapat. Mula-mula dapat tahu dia dah xde, rasa mcm susah nk terima. Ditambah dengan kematian disebabkan dibunuh sangatlah menyedihkan. Malah pergi melihat dengan mata sendiri di hospital bagaimana keadaannya, sangatlah menyayatkan hati. Air mata jatuh berderai. Ya Allah..aku xpenah rasa kehilangan seseorang yang benar2 rapat. Namun aku redha dengan pemergiannya. Sesungguhnya Allah lebih sayangkan arwah melebihi sayangku pada arwah. Doaku sentiasa bersamanya. Semoga beliau tenang di sana. Diampunkan segala dosa dan dijauhkan dari segala siksaan kubur. Sesungguhnya melihat semua itu, sangat menginsafkan. Mati itu pasti. xkira tua mahupun muda. Bila- bila masa sahaja akan dipanggil pulang. Hidup di dunia bukanlah segalanya. Oleh itu, bersedialah. Bekal yang hendak dibawa ke sana bukanlah paras rupa, bukan juga pakaian yang branded2, bukan juga wang berjuta-juta. Apabila seorang manusia meninggalkan dunia, maka putuslah segala urusannya dengan dunia melainkan 3 perkara, amal kebajikan, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.

Semester akhir aku lalui dengan setabah yang mampu. Bila terasa rindu, aku sedekahkan al fatihah dan yasin buat arwah. Urusan seharian berjalan seperti biasa. Pergi kuliah balik kuliah..discussion..siapkan assignment, studi ngn kawan2..preparation for mock trial, segalanya cuba dibuat sebaik yang mungkin. Ya. semester akhir benar-benar menguji kekuatan diri. Mujurlah segalanya dipermudahkan Allah. walaupun nampak sukar, tapi akhirnya berjaya juga diharung. Alhamdulilah..akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian dengan rasa yang sangat puas. Sangat puas! 5 tahun belajar untuk dapatkan ijazah sarjana muda undang- undang dengan kepujian bukanlah sesuatu yang mudah. Dan memang benar, bila kita berjaya mendapatkan sesuatu yang sangat sukar tu, bila berjaya dapat, rasa sangat gembira dan puas! Syukur Ya Allah atas segala nikmatMu ini..syukur.

Bila umur semakin  meningkat, belajar pn dan berjaya ke menara gading, maka kita akan melangkah ke satu lagi fasa kehidupan. Alam perkahwinan. Sangat gembira melihat kawan-kawan yang sudah mendirikan rumah tangga dan akan mendirikan rumah tangga. Banyak juga invitation wedding yang aku dapat dari kawan2. Sesungguhnya menangislah syaitan2 melihat anak muda mendirikan rumah tangga. Kawen? Sudah pasti aku juga mengimpikan perkara yang sama. Bila orang tanya bila zati nak kawen? Jawapannya kalau boleh nk kawen hari ni jugak..tapihh itu kalau ikutkan kehendak hati. Dengan izin Allah, insyaAllah suatu hari nnt akan ada lelaki yang datang kepadaku dan menyatakan hasrat utk memperisterikan aku. InsyaAllah..aku percaya dengan jodoh. dan aku percaya perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Kadang-kadang bila berharap pada manusia, kt selalu kecewa. Berharaplah pada Allah. mohonlah padaNya. itu lebih menenangkan jiwa.=)

K lah cukup utk malam ni. sambung esok2 pulak. Selamat berpuasa esok ya! selamat malam semua.=)




Rabu, 22 Februari 2012

LELAKI SEMPURNA

Lelaki sempurna, wujudkah mereka? Sempurna itu bagaimana sebenarnya?It's too subjective. Everyone has their own view what the meaning of "perfect guy". Semestinya semua gadis mendambakan lelaki yang sempurna.Mungkin tak sempurna di mata semua orang tapi cukuplah asalkan sempurna di mata mereka. Sangat untunglah bagi mereka yang memiliki seorang lelaki yang baik, indah paras rupanya, pandai menghormati sesiapa saja, beragama pula,mempunyai pekerjaan yang baik dan elok pekertinya.Alhamdulilah..

Aku masih ingat lagi kata-kata abah soal pasangan hidup yang sempurna. Abah kata, mana ada orang yang sempurna. Kalau rupa cantik,ada pula kekurangan dari segi yang lain. Kalau belajar tinggi pun, pasti ada kekurangan di mana-mana. Nak carik pasangan yang sempurna dalam erti kata semuanya ada memang susah. Cariklah yang sederhana,xpula melebih-lebih dan xpula terlalu kurang. Pasangan yang menyenangkan hati.

Sepanjang hidup 23 tahun, aku dah berjumpa dengan bermacam-macam lelaki. Sejujurnya, aku mengangankan yang sempurna. Lelaki yang baik, pandai mengambil hati, beragama, hensem, berpendidikan tinggi,kerja yang hebat dan romantik. Tapi realitinya semua itu hanya ada dalam drama-drama dan filem-filem sahaja. Kita manusia ini tiada yang sempurna. Ada yang aku jumpa bijak, pandai, baik tp xmatang.Ada pula lelaki yang hensem, pakej menarik, pendidikan tinggi tapi ego pula tinggi. Pendek kata sukar. Cukup sukar untuk mencarik seperti yang diimpikan.

Ya Allah,aku tidak dambakan lelaki yang sempurna kerana diri ini juga tidaklah sesempurna mana.Cukuplah sekadar Engkau temukan aku dengan lelaki yang sesuai denganku dan aku juga sesuai untuknya.Yang menyenangkan hati, dapat menjagaku dengan baik dan boleh membimbingku ke jalan yang Engkau redhai.

Selasa, 17 Januari 2012

Coretan untuk Bakal Isteri

Untuk Bakal Isteriku..

Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan “kau tercipta untukku..

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.

Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan ‘sempurna’ di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu.

Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.

Aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana harta dan perwatakanku.
Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: “Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita.”

Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya.

Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga.
Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau.

Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari dirimu. “Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik..

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu.
Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Bukan harta, rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita.

Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

“Kahwinilah isteri kerana empat perkara: Keturunan, Harta, Rupa dan Agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.”

Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita.

Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin.

Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.

“Wahai saudari seakidahku, carilah lelaki yang mampu menjadi imam untukmu, yang menitis air mata melihat kesakitanmu ketika melahirkan zuriatnya, dan lelaki yang membangunkanmu untuk bangun beribadat bersama-sama pada 2/3 malam..

”Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/coretan-untuk-bakal-isteriku/#ixzz1jjM0qFjR

p/s: Untuk bakal suamiku,tugas pertamaku juga bukan untuk mencari dirimu tapi untuk mensolehahkan diriku. =)

Ahad, 15 Januari 2012

BERTAHAN!

ok 2 more papers to go..!! Sila bertahan.teruskan belajar &berusaha!^__^

*tatacara jenayah I (17/1/12)
*amalan profesional IB (19/1/12)

Tak sabar nk balik umahhh bercuti sebulan gomoi anak buah yeayyy!=)