Aku ni dulu tadika kt KEMAS. Aku tak berapa igt sgt lah cerita2 masa tu. Yang aku taw aku tak dak pic grad mcm budak-budak tadika yang lain. Aku pun tataw apa pasai. Sebab aku tak pandai kot tyme tu. Alah hang macam lah sekarang pandai. Hekhek.
Pas tadika mcm orang lain gak la. Aku pun masuk darjah 1. Masa ni aku xpakai baju kurung lagi. Aku pakai skirt kale biru gelap tu. Ala..yg pakai ngn kemeja putih kat dalam tu. Tak macam bdk-bdk lain yg menangis nangis di hari pertama persekolahan, siap cabut lari balik umah lagi.aku pulak sgt kental. Haha act la. Mau tak kental mama aku ngajar kt sekolah tu kot.heheeee
Masuk darjah 2 mama aku dah pindah sekolah. Tak pa aku masih selamat dilindungi oleh abg dan kakak aku yang tercinta. Sebelah petang ada mengaji kafa kalau tak silap. Tapi bukan ngaji sangat pn. Main ja lebih. Biasalah bdk-bdk lagi. Permainan yg biasa dimain oleh kanak-kanak perempuan adalah seperti main masak-masak dan main kawen-kawen. Amboih hang kecik-kecik da gatai nk kawen naa..
Berbekalkan keazaman yang kuat dan cita-cita yang tinggi utk menjadi seorang doktor, aku mula menunjukkan belang dan kecemerlangan aku di dalam pelbagai arena. Ahh hang act la plak. Aku tampil segak bergaya dalam pelbagai pertandingan antaranya seperti pertandingan peragaan, bercerita sang kancil dan sang buaya, sketsa, nyanyian twinkle little star dan sebagainya. No wonder lah hang tak dapat jadik doktor!hahah
Hampa igt lagi dak, ada satu masa tu doktor gigi akan mai sekolah nk check gigi bdk2. Pastu nnt ada nurse tu bawak gigi besaq dengan berus gigi sama colgate. Yang kita lak akn dapat berus gigi dan ubat gigi sorang 1. Cawan bwk sendiri dr umah. Pastu bermulalah sesi pembelajaran cara-cara menggosok gigi dengan betul.
“ok murid-murid...mula2 nganga luas-luas. Lepas tu gosok gigi bawah..gosok gosok gosok gosok..smpai bersih ya. Ok sekarang gigi atas pula. Gosok gosok gosok...” .
Ha lebih kurang cmtu la gayanya. Aku pun tak berapa nk igt dah. Nanti nanti plak akan dapat kad kale ijau setiap sorang. Pasal laporan pergigian. Kalau kena yang dapat tanda “X” tu kt mn2 kotak ha pandai pandai la hang pikiaq sendiri. Memang abes la gigi hang kena cabut sat gi.ekeke..apapun memang aku kagum la dengan doktor ni. Cool je cabut gigi orang. Sebab tu la kot ak penah bercita- cita nk jadik doktor.
Dlu umah sukan aku kale biru. Umah merah hijau kuning memang aku anti lah.Tak geng. Hahah. Tapi season tu ja la tak geng. Nnt geng balik. Aku masuk 4x200, 100m pecut dan jugak merentas desa. Aku main rembat ja lari. Part kecut plus berdebar nak mampos masa nk tgu orang tembak tu. Kegarisan...sedia...POMMMM...mak aih..mau tak cukup kaki aku lari. Menang tak? Hampa mai umah aku. Kalau hampa nmpak ada medal johan 4x200, 100m perempuan tu, faham2 sendiri lah. Boleh lagu tu?
Syokk oo cita pasal nostalgia zaman sekolah ni. Tu baru part sek rendah. Nanti-nanti aku cerita lagi.
Mood nk sengih sorang-sorang teringat nostalgia zaman sekolah.hahah =))
pic aku tyme kecik2.kuruih lg. Sekarang hampa tgk la sendiri!hihi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan