Jumaat, 28 Oktober 2011

Suatu Yang Tak Disangka. Tp Kalau itu Takdirnya Aku Terima Dengan Redha =)

Assalamualaikum...
seriously lama gle tak update blog. Maaf ana sibok. Final year sangat sibok. Ok tapi bukan itu yg mau aku ceritakan di sini. pasal final year tu entri yg lain k.

"Suatu Yang Tak Disangka Tapi Kalau itu Takdirnya Aku Terima Dengan Redha."

huh aku rasa inilah tajuk entri paling panjang aku pernah reka. Pernah tak korang terfikir yang ada certain benda kita tak pernah terlintas pun kt fikiran kita akan terjadi, tapi itulah yang terjadik. Dan itu jugaklah yang sedang aku lalui sekarang. Baiklah mari aku ceritakan pengalaman aku.semoga jadik teladan utk semua.

Dulu tu dulu..aku pernah bercinta bagai nak rak. Seriously bagai nak rak. Memang dalam hati ni confirm abeslah insyaAllah akan kawen. Memang dah kenal family semuanya. Lama jugak lah percintaan itu. 4 tahun. Tapi takdir Tuhan tu mengatasi segalanya. Masa aku tahun 3 kt FUU, dan masa sebulan before dia ke Jepun, kitaorg berpisah. Entah kenapa masa tu msg2 dah tawar hati agaknya asyik bergaduh je, maka jalan terbaik dan adalah lebih baik cukuplah sekadar berkawan.

Lepas 3 bulan, aku kenal plak ngn sorang lg laki. Kenal sebulan, terus kapel.Mula- mula semua ok, bahagia, gembira tapihhh...ku sangka panas hingga ke petang rupanya gerimis d tengahari. (bermadah jap hehe). Masa cuti 4 bulan kat rumah, for sure jarang jumpa, dia plak selalu bz lalu aku makan hati, las2 dia mintak putus. Nak tak nak aku terima dengan redha. Sedih mmg sedih malah penah aku cita kt entri b4 ni cmna keadaan aku masa tu. sob sob..=(

Kesudahan cerita dengan :
jejaka pertama = sekarang dia tengah bahagia bersama orang lain dan aku hepi untuknya =)
jejaka kedua = kitaorg masih berkawan baik =)

Kesimpulannya:
* Betul kata mama dan abah, kadang- kadang bercinta bertahun- tahun pun belum tentu itu jodoh. dan kadang2 kenal sebulan ja pun boleh kawen.
*Jangan terlalu taksub bercinta sebab tak sure lg pun dia tu jodoh kita ke x..
* Aku percaya bila Allah jauhkan sesuatu dari kita, pasti akan didekatkan pula dengan sesuatu yang lebih baik.
* senang- senang xpayah bercinta, kawen je terus!

p/s: cik Zati sedang kuatkan hati utk terima semua ni. Owhh jgnlah kerana cinta palsu lalu aku tertipu. Lindungilah aku Ya Allah.

0 ulasan:

Catat Ulasan