Banyak benda yang aku fikirkan sekarang. Kadang- kadang aku tak faham apa yang aku rasa. Apa yang pasti, aku kena berani terima hakikat yang aku sekarang kembali single. Handphone kembali sunyi sepi. Tiada lagi message datang bertalu- talu..tak de lagi orang nk berborak sebelum tido..hakikatnya semua itu bukan mudah nak aku tempuh. Tapi aku tahu, aku kena kuat semangat. Sampai bila nk harapkan orang bersama dengan kita? Satu masa kita akn sendiri jugak. Belajar percaya pada diri bahawa aku boleh. Kebahagian itu ada dalam hati. Kalau kita rasa kita mau bahagia dengan apa adanya, kita akan bahagia jugak.
Sekarang dh hampir seminggu dia tinggalkan aku. Dan dalam tempoh seminggu tu jugak, aku cuba carik balik kekuatan diri, aku carik blk semangat yang hilang. Aku pujuk diri, yakinkan diri bahawa semua ini ujian. Mula- mula berpisah, aku meracau macam orang gila. Semuanya di luar kawalan. Aku tak mampu berfikir. Aku ikutkan perasaan. Kalau boleh aku mau campak semua barang dalam bilik. Gilakan aku? Aku menangis sampai aku dah rasa letih. Aku tak kuar bilik. Cuma untuk mandi. Makan pun tak. Sekadar minum air. Memang time tu rasa sakit sangat. Payah untuk aku terima kenyataan ini. Aku langsung tak cakap ngn mama dan abah. Masih tergiang lagi kata- kata mama dan abah masa aku meracau- racau dalam bilik macam orang gila. Puas diorang ketuk pintu bilik suh aku bukak. Abah kata awat jadik macam ni? Macam orang hilang pedoman ni? Semangat kena kuat. Mama pulak kata, adik budak pandai. Mama hantaq mengaji tinggi2, tak kan xley nk pikir? Jangan nak wat benda bukan2. Bila aku pikir2 blk, betul, aku terlalu ikutkan perasaan. Perasaan terlalu sayangkan dia sampai aku xley nk pikir yang lain. Aku tak pernah rasa perasaan yang macam ni. Aku tak pernah rasa ditinggalkan. Jadiknya aku rasa loser sangat. Aku rasa sedih sangat kenapa semua ni harus jadik. Lemahkan aku?
Esoknya aku tak g kerja. Aku tak nak kakak-kakak kat ofis tengok aku nanges. Aku mahu carik balik semangat, kuatkan diri dulu. 1 hari tu jugak aku dok terperap dalam bilik. Alhamdulilah emosi masa tu dah mula stabil walaupun tanpa sedar mengalir gak air mata. Aku lawan segala emosi yang ada masa tu. Emosi mau nanges2 sedih2 meratapi nasib diri semuanya aku cuba lawan. Aku tanya balik pada diri, mana hilangnya diri aku yang kuat semangat dlu? Yang walau macam mana dugaan yang datang, aku tetap boleh fikir secara positif dan waras? Yang selalu yakin tiap yang jadik tu ada hikmah dan akan memberi perubahan yang lebih baik dalam hidup? Mana hilangnya aku yang ceria dan selalu ketawa? Tak kan hanya kerana cinta 7 bulan, aku mau musnahkan hidup aku sendiri? Memang aku akui kali ini aku tersangat cinta. Lelaki yang hadir kali ini sangat bermakna. Tapi sebermakna mana pun pada dia, aku kena terima hakikat yang dia bukan lagi denganku. Secinta mana pun aku padamu, aku kena redha dengan takdir Tuhan. Kalau ada jodoh kami pasti akan bersama lagi. Tuhan itu Maha Adil. Tiap yang direncanakanNya pastinya demi kebaikan hamba-hambaNya. Ada hikmahnya semua ini jadik.
Perjalanan hidup aku masih panjang. Aku tak mahu tutup buku dan buat buku baru. Cukup sekadar aku membuka helaian yang baru. Chapter yang lebih menggembirakan. Dalam hidup ini, kita akan rasa bermacam- macam perasaan. Aku syukur Tuhan bagi aku rasa semua perasaan tu. Sebab semua tu akan buat aku jadik lebih matang. InsyaAllah. Aku tak pernah putus asa dalam hidup. Everything happen for a reason and God knows the best!
p/s: masa untuk baiki diri.
0 ulasan:
Catat Ulasan