Selasa, 25 Ogos 2009

mencari sahabat sejati

Berpesan Al Qomah kepadanya, "Wahai puteraku! Sekiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah engkau memilih teman-teman yang memiliki sifat yang berikut:

1. Jika kamu ditimpa oleh bencana maka temanmu itu akan cuba melakukan sesuatu untuk menghilangkan dan meringankan kesusahanmu itu.
2. Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan dari teman itu maka ia akan segera mengusahakannya.
3. Jika kamu merancangkan sesuatu maka temanmu itu akan turut membantumu dengan memberikan pandangannya.
4. Jika kamu bercakap-cakap dengannya maka temanmu itu akan membenarkan kata-katamu. 5. Jika temanmu itu melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau perkataan atau perkataanmu maka dia akan menutupinya.
6. Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu itu maka dia akan membalas dengan baik pertalian persahabatan itu.
7. Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan (hadiah) kepada temanmu itu maka ia akan menerimanya dengan baik malah ia membalasnya kembali.
8. Jika temanmu itu mendapat sesuatu kebaikan dan kebajikan darimu itu maka ia akan mengingati, menghargai dan menyebutkan akan kebaikanmu itu.
9. Jika kamu berdiam diri atau kerana malu untuk meminta sesuatu darinya maka dia akan bertanyakan akan kesusahanmu itu.
10. Jika kamu berselisih faham dengan temanmu itu maka ia lebih rela mengalah demi untuk memelihara persahabatanmu itu.

Ahad, 23 Ogos 2009

jom balik kampung!



Salam ramadhan semua..



Bila di bulan puasa ni trgt plak zaman kanak2 dlu.bila berbalas kad raya mst ada sln yg berbunyi ‘puasa x arini? Atau taun ni puasa penuh x?’haha.teringat plak pd pantun di bwhnya ‘pecah kaca pecah gelas sudah baca harap balas’.hmm..skrg ni teknologi semakin canggih.segalanya diujung jari.ucapan salam ramadhan ,mahupun hari raya dengan mudah bole diantar melalui sms atau email. Kadang-kadang kemeriahan raya itu tidak lagi dirasa seperti dlu.Bila lg 2 mgu nk raya,mst semangat tgu posmen depan umah.tgk2 ada x kad raya utk kita. Bila teknologi semakin canggih.tradisi makin dilupakan. Dah tidak ada lg semangat untuk menunggu posmen.tahu dah yg org di zaman ini tidak lg berminat mghantar kad raya. Hanya sms penggantinya.Malam raya,ha berpuluh sms dpt.smpai akhirnya line jdk busy.apapun tidak kisahlah cara mn sekalipun..moden atau kuno,yg penting kita saling mengingati bulan yg mulia dan hari kemenangan seluruh umat Islam.



Sebenarnya aku pun xtaw ap yg aku nk cita.kalu sesapa perasan.entri aku sebelum ni lebih kepada memotivasikan hati..menguatkan jiwa. So kali ni kita lupakan kejap soal tu..sbb aku nk gitaw seluruh dunia yang minggu ni aku blk umah!!!!wahhhhhhhh...bahagia sangat!!dah lama gle aku tak balik umah.Dari start sem ni smpai la skrg.maknanya dah 2 bulan.huhu..aku rindukan suasana berbuka di rumah..aku rindukan family aku. Jadi aku menyeru kepada seluruh dunia, jom minggu ni kita blk!buka puasa dengan family.



p/s:selamat menjalani ibadah puasa semua.

Khamis, 20 Ogos 2009

KITA SELALU LUPA

Kita selalu lupa Yang kekadang kita menjadi pentingkan diri.terlalu pentingkan diri sehingga mengabaikan hati dan perasaan orang lain
Kita selalu lupa Yang kekadang kt telah menyakiti hati orang lain atas kerana sikap kita
Kita selalu lupa Memandang kesusahan orang lain ketika kita senang
Dan kita selalu lupa
Yang kekadang kita terlalu menjaga hati orang lain hingga tidak lagi menghiraukan hati sendiri
Yang kekadang kita menjadi terlalu baik sehingga orang memijak kita.
Kita selalu lupa, Menghulur pertolongan kepada mereka yang susah kerana kita terlalu memikirkan diri sendiri
Kita selalu lupa, Yang kita ni terlalu ego..terlalu ego sampaikan tidak berani mengaku kelemahan sendiri.
Kita selalu lupa, Untuk meminta maaf walaupun kita sedar kita yang salah
Kita selalu lupa,Yang kita ni selalu mencari salah orang lain dan xsedar salah diri sendiri.
Kita selalu lupa,Mengaku dan berlaku jujur tentang apa yang kita rasa demi untuk untuk menjaga hati orang lain.
Kita selalu lupa, untuk bertolak ansur dan saling memahami.
Dan kita selalu lupa, hidup ini saling bergantung dan memerlukan antara satu sama lain
Kita selalu lupa dan sampai bilakah kita harus terus
lupa???

Isnin, 17 Ogos 2009

Kena tag dengan Sue

Aku telah ditag oleh xrumet aku,suraiza..hoho

nama2 timangan:
Zati (ni selalu di kalangan member), Wani (di kalangan saudara mara), Adek (dlm family), Makcu..(anak buah aku pgl), bdk kecik (sbb aku manja)ngee~~

anda seorang yang:
erm..sorang yg ap ek?aku seorang yg bernama zati hazwani.anak bongsu dlm family.so bole di katakan aku agk manja. Aku dikenali sbg org yg cakap byk dan selalu xley dok diam.so aku selalu dibuli.huhu.tp ada kekadang tu aku buli blk.huahua.Aku suka jalan2 dan xsuka suasana yg bosan.

insan yang teristimewa:
Mama ngn abah..adi haziman,adi hazmil dan zati hafiza.xlupa insan yg br lahir,izz raiyan.lg..kawan2 aku dan insan yg aku cyg dan da one who will spend the whole life wif me.i relly love him.ehehe

lagu kesukaan:
Aku suka lagu indon.so byk ar lagu pop indon yg aku lyn.lg aku suka lagu indie.pastu bl aku sedey aku lyn lagu jiwang.wah pecah rahsia.huahua..

food kesukaan anda:
erm..susah nk jawab.sbb byk makanan yg aku suka.aku xberasa suka western.tah.kdg2 bley r kot.aku lebih suka mkn nasik, xpon..laksa,bihun sup,char koew teow d xlupa big apple. Bila blk umah aku suka mkn kerabu mangga..sama keladi.then..nsk tomato yg mama aku msk.fuh.sdpnya..!!

sikap yg membuatkan anda stress:
Aku stress bl org terlalu bising bl aku tgh khusyuk studi xpon bl aku tgh smyg.lagi..aku stress bl dgn tiba2 aku x dak mood nk studi pdhal esok ada test. lg aku stress bila org suka mghlg secara tiba2.mcm biskut.
Aku stress bl kena menunggu benda yg entah ap menda la kesudahannya dan aku sgt2 stress bila org tu ckp xserupa bikin.
Kalu sikap aku sendiri,aku stress sbb aku kaki shopping dan suka mghabiskan duit.

3 benda yg mesti ada dalam beg anda:
3 benda?mestila purse,hp aku yg cikai,dan kamera aku yg aku sgt syg.menemani aku smbl dgr lagu.hihi

warna kesukaan anda:
Actually aku pun xtaw warna ap yg aku suka tp mata aku ni suka warna2 yg sempoi d kena ngn aku.warna bj yg byk aku ada ialah kelabu,merah..pink..itam,biru..kuning.so aku pun xtaw warna ap yg aku suka sbnrnya.aku suka warna warni kot.haha

kali t’akhir anda menangis dan mengapa:
ermm..ni yg xsuka ni.tya psl nanges2.las aku nanges adalah semalam.sebabnya..dirahsiakan.biasalah,manusia sentiasa diuji.so nk nges,nges ja.dr dipendam lg la skt ati.

Ahad, 16 Ogos 2009

TAFSIRAN DEMI TAFSIRAN



Aku suka ayat2 ni..so aku copy utk diletakkan dlm entri.Selamat merenung semua..



Suatu masa kita akan bertemu seseorang yang keunikannya sehaluan dengan kita, kita bersama dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan yang dinamakan cinta. Ada sesuatu yang tidak ingin kita lepaskan. Seseorang yang tidak ingin kita tinggalkan. Tapi ingatlah, melepaskan bukan akhir dari dunia, melainkan awal suatu kehidupan baru. Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang disakiti, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Kerana merekalah yang dapat menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka.

Cinta yang sejati, adalah ketika kita menitiskan air mata dan masih mengingatinya, ketika kita masih menunggunya dengan setia, ketika dia mula mencintai orang lain tapi kita masih boleh tersenyum. Apabila cinta tidak tercapai, bebaskan diri, biarkan hati kembali melebarkan sayap dan terbang ke alam bebas lagi. Ingatlah, bahawa kita mungkin akan menemukan cinta dan kehilangannya, tapi ketika cinta itu mati, kita tidak perlu mati bersamanya.
Seseorang yang kuat bukannya mereka yang selalu menang, melainkan mereka yang tetap gigih ketika mereka jatuh. Entah bagaimana dalam perjalanan kehidupan, kita belajar tentang diri sendiri dan menyedari bahawa penyesalan tidak seharusnya ada. Hanyalah penghargaan abadi atas pilihan-pilihan kehidupan yang telah kita buat.

Mencintai bukanlah bagaimana kita melupakan, mendengar, melihat dan melepaskan tapi bagaimana kita memaafkan, mengerti, merasakan dan bertahan. Lebih berbahaya menitiskan airmata dalam hati, dibandingkan menangis tersedu-sedu. Air mata yang keluar dapat dihapus, tetapi air mata yang tersembunyi mengguriskan luka yang tidak akan pernah hilang.

Dalam cinta sesama manusia, kita sering sukar untuk menang. Tapi ketika cinta itu tulus, meskipun kalah, kita tetap menang hanya kerana kita bahagia dapat mencintai seseorang lebih dari kita mencintai diri sendiri. Akan tiba saatnya di mana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita, tapi kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih bahagia apabila kita melepaskannya. Sebaliknya, apabila kita benar-benar mencintai seseorang, jangan lepaskan dia, jangan percaya bahawa melepaskan selalu bererti kita benar-benar mencintai. Berjuanglah demi cintamu, itulah cinta sejati. Lebih baik menanti orang yang kita inginkan daripada berjalan bersama orang yang sedia ada. Kadangkala, orang yang kita cintai adalah orang yang paling menyakiti hati dan kadangkala teman yang menangis bersama adalah cinta yang tidak kita sedari.

Aku bahagia dlm idup aku.bukan kerana aku mendapat segalanya yang aku nak,tetapi aku menghargai dan mensyukuri apa yang aku ada. Dia tidaklah sesempurna mana tetapi aku tahu dia yang terbaik buat aku.


Jumaat, 14 Ogos 2009

PERGI


Aku..............................................................


#


#
#
#
#
#
#
#
#
#
#


#
#
#
#


Biarkan 'dia' pergi.....


Bila itu yang terbaik buat aku dan 'dia'




Aku....................................


lepaskan 'dia' dari sisiku.....


Bila itu yg bisa buat 'dia' bahgia.




Aku....................................


Biarkan semuanya berlalu


Walaupun hati aku jadik pilu.




Aku tak akan selalu dapat apa yang aku mahu


TETAPI


Aku dapat apa yang perlu.




p/s:knp?knp dan mengapa entri ini dibuat?jwpannya aku pun xtahu.




Khamis, 13 Ogos 2009

UJIAN DEMI UJIAN

Hari ini aku puasa. Jam sekarang da tepat menunjukkan pukul 7.sementara menunggu waktu berbuka, xdak keja nk buat..maka aku kembali kepada penulisan2 tentang kehidupan.
Lagi seminggu seluruh umat Islam akan menyambut satu bulan yang amat mulia. Yang akan melatih hambanya untuk banyak bersabar dalam mghadapi dugaan berpuasa. Di harapkan semoga bulan yang barakah itu akan membawa sinar kebaikan buat semua.Menghapuskan segala keburukan,kejahatan dan dosa dan berlumba-lumba melakukan kebaikan dan mengejar pahala.

Entah kenapa sejak akhir2 ni aku selalu diuji dengan pelbagai kerenah manusia. Hati ini jugak sering diuji. Alhamdulilah mujurlah diri ini masih dapat terus tersenyum walaupun dalam hati tak siapa yang tahu. Adakah mungkin Dia sedang melatih aku utk bersabar?dan juga menguji sejauh mana tahap keimanan aku dalam menahan kemarahan..Apabila diuji..kadang2 aku rasa aku semakin dekat denganNya. Menadah tangan bermohon dikuatkan hati, diberikan kesabarn yang tinggi dalam menghadapi rencah kehidupan.

Begitulah kehidupan. Ada pasang dan surutnya. Hari ini kita tersenyum,bergelak ketawa..tetapi hari esok kita belum tentu mampu tersenyum seperti hari ini. Kita xakan selamanya merasa kesunyian dan kesedihan dan..xselalunya jugak kita akan merasa bahagia. Cuma yang perlu, kita bersyukur dengan apa kita ada. Masih bernafas dan diberi peluang utk merasai pelbagai pengalaman di dunia ini. Kita tidak akan mampu untuk membuat semua org sayang dan menghargai kita.Apa yang perlu, kita menyayangi dan menghargai semua orang. Kerana..setiap manusia mempunyai peranan masing2 yang perlu kita hargai. Dan kita juga xperlu untuk mengharap semua orang memahami kita. Apa perlu,kita cuba memahami setiap orang yg ada dgn kita dengan sebaiknya. Kita jugak xperlu membalas bila mana orang berbuat jahat kepada kita. Teruskan dengan senyuman dan berdoa agar dia berubah dan beroleh keberkatan. Kita jugak xperlu terlalu berharap atas pertolongan orang. Apa yang perlu percaya pada diri dan kadang2 kita perlu melakukannya sendiri. Kita jugak xperlu untuk mengharap semua orang akan bersama kita sebabnya sampai bila kt mampu bersama?kadang2 kita terpaksa keseorangan jugak. Siapa kata menjalani kehidupan itu mudah? Kehidupan itu tidak menyeksakan tetapi ia menguji dan kt akn sering rasa teruji. Untuk berjaya bukan mudah. Sebabnya xsemua akan senang bila melihat kita berjaya. Orang yg ego tak akn mgucap sekali pun kata tahniah walaupun dia adalah teman rapat kita.Perlukah kita sebegitu?Tak perlu kan? Yang penting sucikan hati..betulkan niat..InsyaAllah..kita akan peroleh keberkatan.

Rabu, 12 Ogos 2009

APABILA KEADAAN BERUBAH

Apabila keadaan berubah, banyak benda yg berubah. Kadang2 sama ada kita mahu @ xmahu, kita terpaksa ikut berubah. Sedih apabila melihat keadaan itu tidak lg seperti dlu. Rindu dgn kenangan lalu. Namun kita sedar, sampai bila kita akan sentiasa di takuk yang sama? Sedangkan masa lagi berubah, inikan pula manusia. Tegarkan kita dalam mengharungi arus perubahan?Bersediakan kita untuk memperkasakan hati dan jiwa menerima perubahan itu walau sesakit mana pun ia? @ beranikah kita mengambil risiko menerima perubahan dalam diri, membuat transformasi yang akan membuat segalanya bakal berubah? Kata pepatah sekali bah melanda,sekali pantai berubah.
Memandang kesekeliling, membuka mata, merenung orang ramai yang lalu lalang,@ memerhati kenalan rapat, aku sedar banyak benda yang berubah. Kalu dulu keseorangan, kini sudah berdua. Kalau dulu naik bas, kini sudah berkereta. Kalu dulu tidak pandai bergaya, kini sudah bijak bergaya. Kalu dulu tak pandai senyum, kini sudah pandai menghadiahkan senyuman. Aku bahagia melihat kenalan-kenalan aku bahagia apabila perubahan itu membahagiakan mereka.
Tetapi sampai bilakah perubahan itu mampu membahagiakan kita? Dalam tak sedar, apabila kita berubah, ada hati kecil yg terluka lalu terasa sunyi apabila kenalan rapat yang dulunya selalu bergelak tawa bersama kini tiada lagi masa untuk bersama. Perubahan demi perubahan berlaku dan kita sedar kita tidak akan mampu untuk memuaskan hati semua pihak. Dari membujang, kita berumah tangga, lalu kita masih mahu menjadi seperti dulu.Persoalannya mampukah kita? Apatah lagi jika itu adalah seorang perempuan.Kalau dulu syurga di tapak kaki ibu, apabila berkahwin syurga seorang isteri adalah di bawah tapak kaki suaminya.Hendak @ tak hendak,kita terpaksa menerima perubahan itu walaupun sedaya upaya kita berusaha untuk menjadi seperti dulu. Percayalah, dalam melakukan perubahan, banyak benda yang terpaksa kita korbankan. Namun,jangan sesekali melakukan perubahan sehingga tidak lagi menghirau sensitiviti orang-orang di sesekeliling kita. Apatah lagi kepada mereka yang telah banyak berjasa.
Aku percaya perubahan itu penting dalam kehidupan. Yang akan menjadi daya pengerak untuk kita melangkah dan mengorak lebih jauh. Dalam perubahan, kita membina kematangan. Dalam perubahan , kita mencari kekuatan.Dan dalam perubahan itu juga, ada kalanya kita merasa kesunyian. Tetapi jangan sesekali, dalam perubahan itu, kita menjadi lupa diri, menyerlahkan kesombongan atau apa2 sahaja sikap negatif. Jadilah seperti ikan di lautan, walaupun hidup dalam air yang masin, namun ikan itu tidak turut berubah menjadi masin. Berfikirlah sejenak apabila diri ini berubah, apakah aku menjadi lebih baik dari sebelumnya? @ lebih teruk dari sebelumnya? Dengan itu,kita akan menjadi manusia yang flexible dan akan sentiasa berbahagia dalam kehidupan.