tapi aku sendiri pun dah lupa bila aku tulis nih.
apa2 pun perlu diingat sajak ni memang jiwang(haha)
kpda yang sudah xmampu nk baca, bolehlah tanpa segan silu berambus dari page aku.(huahua..kasar nampak..)
Jeng jeng...Dengan lafaz bismilahirahmanirahim...TERIMALAH..
28 Oktober 2005
Jangan kau kata aku lupa
bermula kisah cinta kita
Bukan semudah ungkapan I LOVE U,
menyelami maknanya,meniti kasihnya,
menuntut seribu satu pengorbanan.
Kerna cinta itu bukan sentiasa buat kita senyum dan ketawa.
Kerna cinta itu juga,
pernah buat kita menangis terluka,
marah tak terkata,
rindu kadang-kadang menyapa..
dan cemburu memburu jiwa.
Kisah cinta kita,
bukanlah segah cinta romeo dan juliet
tidak juga semahsyur cinta Taj Mahal.
Hanya kita yang tahu makna cinta itu,
indahnya tidak terkata.
Kerana melaluinya...
Kita bisa merasai segalanya.
Senyum,tawa,sedih,marah,geram,menyampah..
rindu,terluka,cemburu..
semuanya bersatu dalam satu makna CINTA kita.
Mengimbau kenangan lalu,
membuat jiwa ini terusik.
Ingat lagi tak?
Kita sama-sama mengharungi badai yang melanda.
Dikala aku lemah dek kontroversi dan tohmahan yang mencengkam jiwa.
Di saat kita dihadapkan ke muka kaunselor kerana aduan yang tidak disangka.
gerunnya bukan kepalang.
Mujurlah kita masih bersama,
mengharungi segala onak dan duri dengan hati yang tabah..
Kerana kita percaya Allah itu Maha Adil dan lebih Mengetahui.
Ingat lagi tak?
Wajah aku yang suram dan muram,
akibat keputusan exam yang tidak memuaskan.
Kau datang memujuk dan meniupkan semngat dalam diri aku untuk lebih berusaha dan terus berusaha,
Demi kejayaan kita bersama di masa depan.
Lalu,
berbekalkan semangat itu,
juga restu keluarga..
Kita sama-sama berusaha mengejar CITA dan CINTA yang satu.
Biarpun apa dikata, asalkan kita masih di jalan yang benar,
kita tetap teruskan..
cuma kekadang terpaksa mengelak demi menjaga maruah diri dan keluarga.
Doa kita panjatkan agar dipermudahkan segala urusan
dan hubungan ini perpanjangan..
Alhamdulilah..segalanya termakbul sehinggalah ke saat ini.
Ingat lagi tak??
Melalui hari-hari exam spm yang sungguh mendebarkan,
memerah otak,penat dan jerih,
akhirnya berakhir jua..
Ingat lagi tak?
Pada date kita di pekan Kulim? (haha..kelakar)
dan hari itu juga hari terakhir kita di sana..
bergelar seorang pelajar sekolah..
Ketika itu,yang bermain di fikiran dan hati,
apakah akan ada lagi kesempatan untuk kita bertemu?
dan yang pasti,
aku pasti merinduimu!
Mengharungi hari-hari tanpa kau selepas itu
teramat pilu dan menyayat hati.
Terasa diri begitu sunyi dan sepi
hanya message dan call pengubat rindu kita.
Sungguh dan tak bohong,
sukar untuk aku hidup tanpamu di sisi!
Namun aku kuatkan hati
Setiap kali di sujudku,
Aku mohon kepada Tuhan Yang Esa,
agar dipertemukan jodoh untuk kita bersua lagi.
Tidak ku duga,
Syukur ke hadirat Ilahi,
doa kita temakbul!
Tawaran Asasi undang-undang Uitm Shah alam membuatkan hati ini tersenyum girang
petanda antara kau dan aku,
kan bersua kembali.
Kisah CINTA kita,
mengajar aku eri kasih sayang,
mengenalkan aku makna pengorbanan,
menjadikan aku perempuan yang bertambah kuat dan tabah
malah semakin matang meneroka makna kehidupan.
Semoga Cinta kita berkekalan hendakNya
dan dipanjangkan jodoh, disatukan dijinjang perkahwinan
dan..
BAHAGIA selamanya.
INSYAALLAH..
p/s:aku ta pernah main2 bila aku katakan, I LOVE U!u are my only ONE!ever and after!Amin..kepada semua,doakan jodoh kami berpanjangan dan berkekalan selamanya..doa kalian adalah kekuatan cinta kami.

4 ulasan:
waahhh
sunggoh menyentoh jiwa laa..huhu
amin...=)
moga berbahgia salu eh...
serius terharu
xpenah tau pn t buat sajak ni
xtau nk ckp ape dah
sgt sweet d mnyayat hati..tq syg!
I LOVE U
dak fuu yang jiwang
hahahaha
sweet nya
hope jdoh berpnjangan
smpi akhir hyat..
Catat Ulasan